Monday, January 28, 2008

Rahsia Kelahiran dalam Bulan Islam

For Muslim only...

Rahsia Kelahiran Dalam Bulan Islam telah di petik dari sebuah email...
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan: Wallahualam..

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya
.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki
.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


p/s: Nak tahu bulan berapa dilahirkan pergi sini...
" http://www.islam.com/islamicdates.asp?ct='yes'"

bagi pendapat peribadi aku, sebenarnya banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi sifat dan kelakuan kita. ia boleh berlaku hasil daripada didikan dan pengaruh dalam keluarga seperti ibu dan bapa. Selain itu faktor persekitaran lain seperti rakan sebaya dan sebagainya. Pendidikan sewaktu kita masih kecil pada aku adalah yang lebih mustahak kerana ia ketika peringkat inilah kita mudah terpengaruh denagn situasi dan keadaan sekeliling. pendek kata ketika itu golongan ini diibaratkan kain putih yang akan dicorakkan. baik pengaruh itu maka baiklah sifat dan keperibadian kita...InsyaAllah..

Tuesday, January 22, 2008

Sedarlah bahawa kita sebenarnya...

Kita sebenarnya......

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !
......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
.......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

WALLAHHUALLAM……

Saturday, January 19, 2008

Ronda-ronda Genting Highland


view from cable car

Sengaja aku ambil cuti 31 Disember lalu untuk bawa adik si bongsu untuk jalan-jalan makan angin di Genting Highland. Sudah lama rasanya tak datang ke mari, adalah dalam 5 tahun kot. Itupun sempat main 1 game jer, sebab lepas dah main Roller Coaster yang pusing macam hantu, aku dengan mak pening2 lalat (maklumlah pertama kali cuba game ni). Sudahnya kami berehat kat surau…huhuhu..rugi…rugi…


gayat betul...huhuhu


calm and peace
Bolehlah nak bawa budak-budak ke sini, sebab masa itupun tak ramai orang, kerana waktu bekerja ketika itu. Tetapi agak mengecewakan kerana suhu kat dana tidak sesejuk pada masa dahulu. Biasa sahaja, macam di Lembah Klang. Cuma kalau hujan renyai sikit barulah ada rasa dingin sedikit. Aku berpendapat mungkin kerana faktor pembangunan agak drastik di sekitar kawasan yang menyebabkan berlaku perubahan suhu yang bagiku agak ketara. Sambil menunggu giliran main permainan yang ada, aku sempat juga lihat lori keluar masuk bawa pasir dan sebagainya. Sedih aku…teringat pula bait-bait petikan lagu ‘Hijau’ oleh penyanyi Zainal Abidin. ‘bumi yang tiada udara bagai tiada nyawa. Dia dicemar manusia, yang jahil ketawa’ (aku pun tak ingat liriknya, lagu favourite dulu2 tu)


Hanya mampu tengok dari jauh "Flying Carpet' ni, tak sanggup naik. Habis juga suara nanti.


sempat juga posing, walau takut dalam cable car

Aku sebenarnya lemah nak ke mari, memikirkan terpaksa menaiki cable car untuk ke puncak. Aduh..gayat, seriau pun ada, alegik betullah aku kat tempat tinggi-tinggi ni. Aku duduk statik tidak gerak-gerak, sambil fikir yang bukan-bukan. Adik aku pula cool saja dia, siap gerak-gerak lagi dalam cable car. Katanya, ‘ala relaxlah’. Dalam hati aku, sedapnya dia berkata-kata…huhuhu..


Serik naik benda ni, takut........



Hansome man..pweeet!

Banyak games yang kami main, posing sana sini. Yang syoknya aku suka sangat tengok replika besar MR ENERGIZER sambil tangan dia, tunjukkan isyarat bagus..yeah…!
Cute betul dengan giginya yang putih menawan tu..



takutnyer...


amacam..ada berani ka?...





































































































Friday, January 18, 2008

Liver damage



Take note…don't always sleep late!!

Good rest and sound sleep is very Important... if u don't sleep well, The toxic in your body will accumulate..Affecting your health and your mood..

The main causes of liver damage are:
1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause.
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and
artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil
use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil.
Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very
fit.
8. Consuming overly done foods also add to the burden of liver. Veggies
should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in
one sitting, do not store.

We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our body to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to "schedule.

Because: Evening at 9 - 11pm : is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (de-toxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in an unrelaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have the negative impact on her health.

Evening at 11pm - 1am : The de-toxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.

Early morning 1 - 3am : de-toxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep
state.

Early morning 3 - 5am : de-toxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the de-toxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.

Morning 5 - 7am : de-toxification in the colon, you should empty your bowel.

Morning 7 - 9am : Absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick. Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9-10am rather than no meal at all. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals. Aside from that, midnight to 4am is the time when the bone marrow produces blood.

Therefore, have a good sleep and don't sleep late.

Sharing Is Caring!

Live Well

A cure for coughing

I'm not sure if this is true - well no harm trying right?

Don't laugh, it works 100% of the time although the scientists at the
Canada Research council (who discovered it) aren't sure why.

To stop nighttime coughing in a child (or adult as we found out
personally), put Vicks Vaporub generously on the bottom of the feet at
bedtime then cover with socks.

Even persistent, heavy, deep coughing will stop in about 5 minutes and stay stopped for many, many hours of relief. Works 100% of the time and is more effective in children than
even very strong prescription cough medicines. In addition it is extremely soothing and comforting and they will sleep soundly.

The head of the Canada Research Council described these findings on the part of their scientists when they were investigating the effectiveness and usage of prescription cough medicines in children as compared to alternative therapies like acupressure. Cough medicines for kids often
do more harm than good due to the chemical makeup of these strong drugs. It was a surprising finding and found to be more effective than prescribed medicines for children at bedtime, and in
addition, to have a soothing and calming effect on sick children who then went on to sleep soundly.

Someone who tried it said it felt like a warm blanket enveloped her, the coughing stopped in a few minutes and this was a deep, (incredibly annoying!) every few seconds, uncontrollable cough, plus she slept cough free for hours every night that she used it.

If you end up sick, try it yourself and you will be absolutely amazed by the effect.
(haven't try yet)

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Wednesday, January 16, 2008

an email for today

An email for today…
I like this email that I got from my friends. Read this email makes me smile.. hope u guys also have the same feeling like me while reading it. It also makes me think twice before visit my rich friend, which I don’t think I have..perhaps…

Enjoy it..

* Why I Don't Visit Rich Friends.....*Why I Don't Visit My Rich Friends Anymore......

Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and...

Question : "What would you like to have.. Fruit Juice, Soda,Tea,Chocolate, Capuccino, Frapuccino, or Coffee?"
Answer: " Tea, please..."
Question : "Ceylon Tea, Indian Tea, Herbal Tea, Bush Tea,Honey BushTea, Iced Tea or Green Tea?"
Answer : "Ceylon Tea.
"Question : "How would you like it? Black or white?
Answer: "White."
Question: "Milk or fresh cream?
Answer: "With milk."
Question: "Goat's milk or cow's milk?"
Answer: "With cow's milk please.
"Question: "Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: "Um.. I'll just take it black."
Question: "Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar.."
Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar."
Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Forget about the tea, just give me a glass of water in stead."
Question: "Mineral water, tap water or distilled water?
Answer: "Mineral water."
Question: "Flavored or non-flavored?"
Answer: "I think I'll just die of thirst..."

(translate dalm BM, maknanya, mamposlah aku kalau macam nih!

Saturday, January 5, 2008

Ada apa dengan Istidraj


Email-email menyinggah yang setiap hari kuterima cukup bermakna. Namun, bukanlah aku maksudkan email yang mengarut, yang langsung tidak memberi kesan sama ada sebagai motivasi diri atau sebagai suatu ilmu yang menyebabkan aku renung sejenak sambil memikirkan hikmah dan manfaat di sebaliknya.

Banyak email-email yang bersifat ilmu agama yang pasti akan membuatkan aku bermuhasabah dan lebih mengenali diri. Antaranya email yang kuterima dari sahabatku yang amat aku hargai mengenai Istidraj. Mungkin ramai yang tidak tahu pengertiannya. Namun kupasti setelah mereka mengetahuinya, pasti mereka terkejut atau paling kurang salah sangka mengenai maksud sebenar kasih sayang Allah swt terhadap mereka selama ini.

Petikan email tersebut bermula dengan kisah pendek sebagai suatu mukadimah yang mampu menarik minat pembaca;

Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihatseseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allahswt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itutetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur makasesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayangpada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kitaakan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukansuara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya.

Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant andinteresting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah.. Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi). Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkelirudengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanyaadalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulahsaw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pulaorang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, oranglain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantikNabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong". Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batuatau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap),dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin puntidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinyatuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkanbersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya,dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan.

Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kitacari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorangitu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaanAllah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Yang termampu..

Prinsip kehidupan yang digendong dan sekali gus menjadi kekuatan buat diri ini cukup mudah. “Sekiranya kita boleh memilih dan berkuasa atas kehidupan sendiri, segala-galanya akan tercipta bersesuaian dengan keinginan kita. Tetapi sebagai hamba-Nya kita tidak berhak atas hidup yang seperti ini.”

Kuasa mencipta dan memilih segala-galanya milik Allah swt. Ini termaktub dalam Firman Allah bermaksud:

“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkannya berlaku dan Dialah juga yang memilih, tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dan Tuhanmu Mengetahui daripada apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.”
Surah al-Qasas, ayat 68-69

Lantaran itu, aku sebagai hamba-Nya sekadar mampu berdoa & bertawakal atas segala usaha yang dilakukan. Mudah-mudahan apa yang diinginkan, diharapkan, diangankan menjadi kenyataan..InsyaAllah…

ADABI melazatkan ...

Adabi..melazatkan, Adabi..menyelerakan…mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dan kuah..”. begitulah petikan lagu iklan komersil produk tersebut di kaca televisyen sedikit masa lalu. Jika sebut tentang Adabi, pasti anda hanya terbayangkan sup bunjut dan ramuan rempah ratusnya yang asli dan terkenal itu. Mungkin kebanyakan anda tidak mengetahui bahawa jenama keluaran bumiputera itu kini melebarkan sub perniagaannya dengan membuka Restoran Sup Adabi di pinggiran ibu kota.

Restoran yang mula dibuka setahun yang lalu dan menggunakan tagline- “Setiap Hidangan Terbaik, Setiap Layanan Terpantas, Setiap Pelanggan Terpenting” ini adalah destinasi baru yang perlu anda kunjungi terutama bagi penggemar aneka sup tradisional. Di sini, selain sajian utamanya-sup gearbox, ia juga menyajikan 18 variasi sup istimewa dengan identiti dan rasa tersendiri yang terdiri daripada kategori sup warisan (dari utara semenanjung, sup pekat (dari selatan semenanjung), sup ekor nusantara (dari Medan, Indonesia) sup ikan dan terbaru, resipi sup istimewa dari Patthani dari Yala, Thailand. Dan pastinya menggunakan rempah ratus asli Adabi.

Selain hidangan berkonsepkan sup yang lazat, anda juga boleh mencuba set beriani kuzi ayam atau kambing dan set asam pedas ikan dari Johor, set masak lemak cili padi daging salai sajian warisan Negeri Sembilan, set nasi dagang dari Kelantan, nasi ayam kampung dan sebagainya. Bagi kanak-kanak, hidangan cucur kids dari Adabi juga disediakan!

Lebih menarik, pengunjung dapat menikmati semua hidangan ini sambil menikmati hiasan dalaman restoran yang berkonsepkan rempah ratus Malaysia.

Keistimewaan:

Menu istimewa:
Terdapat lebih 30 menu disediakan. Menghidangkan beraneka sup tradisional, seperti sup gearbox, sup ekor, sup ikan dan sebagainya. Set ayam kampung goreng, set asam pedas, set masak lemak cili padi daging salai, nasi goreng kampong, mi sup utara, set nasi lemak ayam goreng berempah, mi kari, lontong, dessert seperti pengat, cendol, mini burger dan cucur kids Adabi dan lain-lain.

Alamat premis:
· Lot 27, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur.
· A-G-10 & A-G-11, Jalan SS 6/5A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya.

Kapasiti pengunjung:
Boleh memuatkan hampir 120 pengunjung pada satu-satu masa.

Waktu operasi:
Setiap hari kecuali hari Jumaat: dari 8 pagi hingga 12 malam
Jumaat: 11 pagi hingga 12 malam

Keistimewaan sup:
Sup mempunyai pelbagai khasiat antaranya; melegakan kesakitan dalam badan, membuang gas dalam usus dan juga merupakan pemanas badan. Ia mengandungi pelbagai rencah dan enak dinikmati ketika panas.

mari buat aneka kek..oishi desu!

Selain menjamu kuih muih tradisional kepada tetamu yang berkunjung ke rumah di pagi raya, apa kata sesekali lakukan transformasi dengan menghidangkan mereka beraneka kek yang menyelerakan lagi enak! Ikuti langkah demi langkah penyediaan lima kek mudah eksklusif dari puan Nor Aini Adnan. Beliau juga berkongsi beberapa tips berguna yang boleh diaplikasikan dalam penyediaan apa jua jenis kek citarasa anda.

1-KEK DALAM SARANG

Bahan untuk pastri:
125 gram marjerin
1 biji telur
300 gram tepung serbaguna
20 gram gula serbuk

Inti:
125 gram mentega
100 gram gula kaster
3 biji telur
125 gram tepung berserbuk penaik
1 camca kecil esen vanilla

Cara membuat:

1 Untuk pastri: Gaul semua bahan dan terap ke dalam tin kek bulat berukuran 22 sm.
Ketepikan.
2 Untuk inti: Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji berselang seli dengan tepung. Tuangkan esen vanilla dan gaulkan hingga rata.
4. Perlahan-lahan tuang adunan inti tersebut ke dalam tin kek yang telah disediakan (pastri). Bakar didalam ketuhar bersuhu 180 darjah C selama 30 minit sehingga keemasan. Keluarkan dari acuan, potong dan hidang.

Tip chef: Apabila memutar mentega atau marjerin dengan gula, pastikan gula telah hancur sepenuhnya dan adunan menjadi putih sebelum menambah bahan seterusnya.

2-KEK PELANGI

Bahan-bahan:
280 gram mentega
260 gram gula kaster
5 biji telur
50 ml susu sejat
280 gram tepung berserbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil oren emulco
Pewarna merah jambu, hijau dan coklat emulco

Cara membuat:
1 Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2 Masukkan telur berselang seli dengan susu, tepung, esen vanilla dan emulco. Kacau rata.
3 Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan merah jambu, hijau, colat dan yang bakinya dibiarkan warna asal.
4 Tuangkan sedikit-sedikit berselang seli ke dalam acuan bulat ukuran 22 sm. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 °C selama 45-50 minit hingga keemasan. Biar hingga sejuk sebelum dipotong.

Tip chef: Masukkan tepung ke dalam adunan mentega atau marjerin berselang seli dengan telur, esen vanila dan bahan-bahan kering yang lain seperti kelapa, kekacang atau hirisan coklat.

3-KEK CAWAN MINI KELAPA
Bahan-bahan:
125 gram mentega
125 gram gula kaster
3 biji telur
100 gram tepung berserbuk penaik
50 gram kelapa kering
½ camca kecil esen vanila

Hiasan
125 gram gula aising (diayak)
3-4 camca kecil jus oren
Gula warna
Bunga gula

Cara membuat:
1 Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang.
2 Masukkan telur satu persatu.
3 Kemudian masukkan bahan kering seperti tepung, kelapa dan esen vanilla. Gaul sebati.
4 Tuangkan ke dalam kertas kek cawan mini dan tabur sedikit gula warna dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit hingga keemasan.

Tip chef: Penggunaan esen vanila amat diperlukan dalam setiap adunan kek sama ada perisa lain digunakan atau tidak. Bahan ini bertujuan untuk mengurangkan bau telur.

4-SWISS ROLL JEM
Bahan-bahan:
4 biji telur
100 gram tepung berserbuk penaik
100 gram gula kaster
50 ml minyak jagung
1 camca kecil esen vanila

150 gram jem strawberi
3 camca besar gula serbuk
Hirisan ceri merah

Cara membuat:
1 Putar telur hingga ringan dan kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi hampir putih warnanya.
2 Kacau sehingga adunan benar-benar sebati dan tuangkan campuran minyak jagung dan esen pandan. Kacau rata.
3 Ratakan adunan ke dalam acuan ‘swiss roll’ berukuran 25 sm.x 25 sm. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke tahap 180°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.
4 Setelah masak, terbalikkan kek dengan segera ke atas tuala dapur dan gulung. Biarkan sejuk.
5 Buka gulungan kek dan ratakan jem. Gulung semula dengan ketat dan ketepikan selama 10 minit.
6 Letakkan di atas pinggan hidang dan taburkan gula serbuk.

Tip chef: Tambah sedikit air, jus, susu atau cecair ke dalam adunan kek supaya kek lebih lembut setelah dimasak.

5-KEK PISANG KACANG WALNUT
Bahan-bahan:
375 gram gula perang
Secubit garam
125 gram majerin
3 biji telur
320 gram tepung berserbuk penaik
1 camca kecil soda bikarbonat
125 ml. susu masam
2 biji pisang (dikisar)
1 camca kecil esen vanila
60 gram kacang walnut (dicincang)
Gula aising untuk ditabur di atas kek

Cara membuat:
1 Pukul gula perang, garam dan majerin sehingga ringan dan kembang.
2 Masukkan telur satu persatu, dipukul adunan sebati pada tiap-tiap tambahan telur.
3 Masukkan bahan-bahan kering (tepung dan kacang walnut cincang).
4 Tuangkan bersama susu masam.
5 Tuang adunan ke dalam acuan kek berlubang tengah berukuran 23 sentimeter yang telah disapu minyak pada permukaannya. Bakar di dalam ketuhar yang telah di panaskan ke tahap 170°C selama 1 jam. Sejukkan kek di dalam acuan selama 5 minit dan terbalikkan ke atas pinggan hidang.

Tip chef: Bagi memastikan sama ada kek telah masak sepenuhnya atau tidak, hanya boleh dilakukan setelah kek menjalani 3/4 waktu membakarnya. Jika tidak kek akan mengecut atau rosak.

Hidangan lazat di Naluri Cafe

“Selain menghidangkan masakan Melayu dan barat yang pastinya memenuhi selera anda, kami di Naluri Café memastikan kehadiran anda akan ‘sambut’ bersama persekitaran premis cukup bersih lagi selesa dan servis terbaik dari meja ke meja pelanggan oleh kakitangan terlatih kami,” kata Ahmad Nazri selaku Pengurus Naluri Café tatkala ditanya keistimewaan kafe yang mula dibuka pada 13 Julai 2007.

Selain itu menurut Ahmad Nazri, kafé yang terletak di tengah pusat bandaraya Shah Alam ini turut menyajikan menu dalam saiz hidangan besar pada harga cukup berpatutan. Pendek kata kunjungan anda menikmati variasi menu di sini amat berbaloi!

Kafe yang baru sahaja berusia setahun jagung ini menyajikan hidangan lazat lagi menyelerakan hasil air tangan daripada chef berpengalaman dari hotel seperti Sirloin steak, set nasi beriani ayam dan daging kambing, mee sup dan sebagainya.

Mengenai minuman, pengunjung harus mencuba ice blended Samba, mangga dan durian belanda. Rasanya memang sedap. Selain itu, ice blended mocha tidak kurang juga enaknya.
Sesekali ingin mencuba kelainan dalam menu harian anda, apa kata datang ke kafé ini sambil menikmati set hidangan lengkap yang bukan sahaja enak berkhasiat tetapi ditawarkan pada harga berpatutan. Didatangkan tiga set menu istimewa antaranya;

Info Naluri Café

Menu istimewa:
Stik sirloin(RM18.80), chicken chop(RM9.80), char kue teow(RM5.50), mi hailam(RM5.50), nasi goreng Naluri(RM5.80), soto ayam(5.80), sup tulang herbal(RM4.80), BBQ chicken(RM11.80), ubi kayu rebus/goreng(RM4.50), mixed salad(RM4.80), cucur ikan bilis(RM4.80), nasi lemak Naluri special (RM5.80), lontong(RM5.80), ice blended Samba(RM5.50), ice blended durian belanda(RM3.50).

Lokasi:
No 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J/9J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor (belakang Hotel Concorde Shah Alam)

Tarikh mula operasi:
13 Julai 2007

Waktu operasi:
11 pagi hingga 12 malam (setiap hari kecuali Jumaat)
4 petang hingga 12 malam (Jumaat)

Keistimewaan:
- Dimiliki sepenuhnya oleh Sinaran Naluri Sdn Bhd
- Café ini mampu memuatkan 75 pelanggan dalam satu-satu masa
- Dekorasi kafé simple dengan konsep moden kontemporari. Hiasan dinding pasti memikat elanggan dengan lukisan bercirikan kesenian Islam.
- Pekerjanya seramai 15 orang dilatih secara profesional oleh tenaga pengajar berpengalaman.
- Menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar wi-fi secara percuma kepada pelanggan.

Sup penaik selera dan kesihatan

Sup sering disajikan sebagai makanan sampingan ataupun sebagai ‘pembuka selera’ sesebuah hidangan. Namun disebalik peranan tersebut dikatakan sup sebenarnya mengandungi 1001 khasiat yang tersembunyi antaranya mampu dijadikan penawar untuk demam dan sakit urat. Bagi yang ingin jadikan sup sebagai menu berkhasiat untuk keluarga, mari mencuba dan berkongsi resipi hidangan aneka sup menggunakan pelbagai rempah ratus asli Adabi yang punyai rasa tersendiri pastinya berkhasiat lagi menyelerakan.

Note:
Setiap sukatan hidangan sup adalah anggaran untuk 10 hingga 20 orang
Perlu dipastikan sup dihidang pada suhu 60 hingga 70 darjah Celcius untuk mengekalkan keenakan dan mengelakkan ia dari berketul.


1. SUP PEKAT KAMBING
Bahan-bahan:
2 paket pes pekat
12 liter air
Daging kambing
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang

Bahan kisar:
450 gram kentang direbus
20 gram daun bawang
20 gram daun sup
200 gram bawang besar
30 gram bawang putih
2 paket sup bunjut Adabi

Cara menyediakan:

Rebus kesemua bahan B bersama pes sehingga kentang benar-benar empuk.
Kemudian bahan ini dikisar untuk dijadikan pemekat sup. Ketepikan.
Rebus pula daging kambing dan masukkan semula pemekat sup tadi. Masak untuk seketika.
Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.


2. SUP GEARBOX SPECIAL
Bahan-bahan:
200 gram pes sup gearbox special
1 liter air rebusan daging (stok)
Gearbox yang telah direbus
Daun sup
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng

Cara menyediakan:
Masukkan pes ke dalam air rebusan, dan biarkan sehingga mendidih di atas api perlahan
Masukkan gearbox dan biarkan selama lima minit atau sehingga ia mendidih semula.
Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang.

3. SUP EKOR NUSANTARA
Bahan-bahan:
2 kg ekor
4 inci halia
10 gram bawang putih dikisar untuk dijadikan bumbu
5 gram lada putih

177 gram bawang kecil dipotong dadu
1.2 gram buah pelaga
2 gram bunga lawang
80 gram stok ayam
680 gram kentang dipotong dadu
220 gram lobak merah dipotong dadu
12 gram daun sup (bahagian batang)
Daun sup
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng

Cara menyediakan:
Rebus ekor sehingga empuk (anggaran 2 ½ jam). Tos dan ketepikan.
Kemudian rebus 4 liter air dan masukkan rempah (bunga lawang, buah pelaga), kentang dan bumbu yang telah disediakan tadi.
Apabila kentang hampir empuk, masukkan labak merah, stok ayam, bawang kecil dan batang daun sup.
Didihkan air rebusan ini selama 10 minit sebelum sedia untuk dihidangkan.

4.SUP IKAN
Bahan-bahan:
12 gram minyak masak
1 paket sup bunjut ikan Adabi

80 gram bawang kecil
30 gram bawang putih dikisar
15 gram halia
1500 gram air
170 gram kentang (dibelah empat)
600 gram ikan (citarasa sendiri) dipotong kecil
80 gram tomato
30 gram serai (diketuk)
80 gram seleri (dihiris)
Bahan perasa secukupnya
Daun sup
Bawang goreng - dihiris untuk hiasan

Cara menyediakan:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
Masukkan air diikuti kentang dan sup bunjut ikan Adabi
Setelah kentang empuk, masukkan ikan, tomato, serai dan seleri. Masak selama 8 hingga 10 minit sebelum dimasukkan bahan perasa dan kacau seketika.
Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

5.SUP PEKAT TULANG
Bahan-bahan:
2 paket pes pekat
12 liter air
Tulang rusuk
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang

Bahan kisar:
450 gram kentang direbus
20 gram daun bawang
20 gram daun sup semua bahan ini dikisar
200 gram bawang besar
30 gram bawang putih
2 paket sup bunjut Adabi

Cara menyediakan:
Rebus kesemua bahan B bersama pes sehingga kentang benar-benar empuk.
Kemudian bahan ini dikisar untuk dijadikan pemekat sup. Ketepikan.
Rebus pula tulang dan masukkan semula pemekat sup tadi. Masak untuk seketika.
Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

6. SUP WARISAN DAGING
Bahan-bahan:
200 gram pes sup warisan Adabi
1 liter air rebusan daging (stok)
Daging lembu (yang telah direbus dipotong kecil)
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara menyediakan:
Masukkan pes di dalam air rebusan sehingga mendidih dengan api perlahan.
Masukkan daging dan biarkan selama 5 minit atau sehingga ia mendidih semula.
Taburkan hirisan daun bawang dan sup serta bawang goreng apabila hendak dihidang.

7.SUP WARISAN AYAM KAMPUNG
Bahan-bahan:
200 gram pes sup warisan Adabi
1 liter air rebusan ayam (stok)
Ayam kampung (yang telah direbus dan dibuang kulitnya)
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara menyediakan:
Masukkan pes ke dalam air rebusan sehingga mendidih dengan api perlahan.
Masukkan ayam kampung dan biarkan selama 5 minit atau sehingga ia mendidih semula.
Taburkan hirisan daun bawang dan sup serta bawang goreng apabila hendak dihidang.
Pastikan sup dihidang pada suhu 60 hingga 70 darjah Celcius.

DERMA DARAH: Tubuh sihat, pahala dapat

Setiap hari darah diperlukan bagi menyelamatkan nyawa seperti mereka yang menjalani pembedahan, wanita tumpah darah ketika bersalin, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia, masalah anemia, demam denggi dan sebagainya.

Melihat kepada keperluannya ini, boleh dikatakan hampir setiap hari diadakan kempen menderma darah di tempat-tempat umum sama ada di hospital, pusat membeli belah, ruang legar institut pengajian tinggi, dewan orang ramai, dan sebagainya. Malah ada juga pengurusan jabatan sumber manusia sesebuah organisasi awam mahupun swasta yang peka dengan kepentingan menderma darah inisiatif menyediakan perkhidmatan ini dengan kerjasama jabatan kesihatan di ruang legar organisasi mereka.

Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan turut giat mempromosikan hal ini untuk memberi kesedaran setiap rakyat Malaysia menerusi media elektonik mahupun bercetak. Setelah segala usaha dilakukan namun masih ramai memandang sebelah mata meskipun umum mengetahui bekalan darah negara ini ditahap membimbangkan. Alasan demi alasan sering diberi antaranya pernah menderma sebelum ini, tidak ada masa, takut dimasukkan jarum dan sebagainya.

Manfaat derma darah
Selain dari menderma wang ringgit, pakaian, makanan dan minuman dan sebagainya perbuatan menderma darah mahupun organ badan lain sekalipun di dalam Islam dianggap amalan yang paling tinggi kedudukannya di samping mempunyai hikmahnya tersendiri. Selain dari mendapat ganjaran pahala dan rahmatnya kita juga beroleh kebajikan dan sekali gus membantu pesakit yang benar-benar memerlukannya.

Menurut Dr. Syeikh Yusuf Qaradhawi seorang cendekiawan Islam terbilang dari Mesir, menderma darah merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah, kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa manusia lain tanpa mengira batasan agama (Muslim ataupun tidak). Ia adalah satu tindakan yang mana kebaikannya telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya di dalam al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud; “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” (Al-Maidah : ayat 32).

Dari sudut kesihatan pula, sebenarnya menderma darah merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang berkeupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, ia seterusnya membuatkan tubuh badan berasa lebih segar dan sihat. Pada masa sama, kecekapan badan menggunakan zat besi akan meningkat memandangkan keperluannya penting bagi menghasilkan sel darah merah yang baru. Secara tidak langsung, membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.

Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain.

Prosedur menderma darah:

Jika anda berusia 18 hingga 65 tahun dan berat badan melebihi 45 kilogram anda layak untuk menderma. Namun, sebaiknya keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam diri setiap individu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak Antara criteria lain membolehkan anda menderma darah selain sihat tubuh badan ialah;
  • Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
  • Tidak menghidap penyakit kronik.
  • Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
  • Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
  • Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.
  • Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
    Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
    Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
    Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
    Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
    Mengambil dadah secara suntikan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila beritahu sebelum menderma darah.
  • Berapa banyak darah yang akan diambil?
    Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid folik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru. Proses menderma darah hanya akan mengambil masa antara 7 hingga 10 minit. Bagi Muslimah bekerjaya waktu rehat tengah hari mungkin adalah paling sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk menyumbangkan darah mereka kepada golonga memerlukan

    Apa yang perlu dilakukan selepas menderma.

    Anda dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti berat, bersukan atau senaman berat dalam tempoh 5 jam selepas menderma darah.
  • Perbanyakkan meminum air dalam tempoh 24 jam. Di samping itu, anda perlu mengambil sebiji zat besi dan asid folik setiap kali selepas makan seperti disyorkan.
  • Elakkan dari minum minuman keras, merokok atau makan hingga terlalu kenyang
    Sekirannya anda mengalami sebarang reaksi seperti berasa pening, pitam, dapatkan bantuan rakan sekerja atau orang terdekat dan terus baring dengan kedua kaki ditinggikan seketika sehingga pulih.

    Semoga sumbangan ikhlas anda menderma darah dapat membantu meringankan beban dan penderitaan yang dialami oleh pesakit dan juga keluarganya. Ia secara tidak langsung mewujudkan rasa kasih sayang dan tali persaudaraan sesama insan.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai derma darah hubungi Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia atau lawati laman web:www.pdn.gov.my

  • CITA-CITA JADI WARTAWAN Tapi guru kerjaya terbaik

    Tidak pernah terdetik di hatinya bahawa suatu hari nanti akan menjadi seorang guru. Ini kerana cita-cita asalnya ingin menjadi wartawan Bahasa Inggeris di sebuah syarikat penerbitan terkenal di ibu negara.

    Malangnya hasratnya itu terbantut kerana desakan bapanya seorang majistret, yang mahu dia menjadi pendidik. Oleh itu, tiada cara lagi boleh dilakukan oleh Hajah Fauziah Datuk Mahmood, kecuali menurut kemahuan orang tuanya walaupun dalam keadaan terpaksa.

    “Cita-cita sebenar Ummi mahu jadi wartawan. Ummi suka menulis dan sesuai dengan jiwa Ummi yang suka bercakap, ‘kepoh’ dan lasak. Tetapi lain pula jadinya kerana ayah mahu Ummi jadi guru. Suatu hari ketika pulang ke rumah, ayah beri sepucuk surat tawaran ke maktab perguruan. Walaupun telah menyuarakan hasrat hati tidak berminat, ayah tetap bertegas. Mahu tak mahu, terpaksalah Ummi pergi dengan hati yang berat,” kata wanita peramah ini yang lebih mesra membahasakan diri Ummi.

    Disebabkan hatinya ‘tidak rela’ dengan kerjaya ini, kata Ummi, pada awal pengajian di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM), sengaja dia ‘menggagalkan’ diri setiap kali peperiksaan. Malahan setiap tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar dilakukannya ala kadar. Yang lucunya, kata Ummi dia gagal berbuat demikian, kerana secara ‘automatik’ dia akan menjawab soalan dengan betul.

    “Macam mana nak gagal, jika setiap kali dapat kertas soalan sahaja, jawabnya bersungguh-sungguh. Nak jawab salah pun tak boleh, kerana Ummi tahu jawapannya. Cuma apabila buat tugasan, Ummi buat hentam sahaja,” ketawanya menceritakan kembali kisahnya menjadi guru.

    Hati tersentuh
    Namun sikap ‘acuh tak acuhnya’ mula berubah ketika dia menjalani latihan amali di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka. Pengalamannya berhadapan dengan murid luar bandar telah menyedarkannya, bahawa tidak semua orang bernasib baik. Sayu hatinya melihat ada murid yang tidak berstoking ke sekolah, pakaian seragam tidak diganti dan sebagainya.
    Sejak itu, Ummi mulai sedar bahawa kesenangan yang dimilikinya itu untuk dia membantu mereka. Lebih menyentuh perasaannya, juga menjadi titik tolak keazamannya untuk menjadi guru yang baik dan berdedikasi, tatkala menerima hadiah ‘berharga’ daripada salah seorang murid.

    “Ketika itu hari terakhir latihan amali Ummi di sekolah itu. Selepas majlis perpisahan, ketika di atas bas, seorang murid yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan menghadiahkan Ummi sepuluh naskhah Reader’s Digest edisi lama yang dibungkus dalam surat khabar. Saat itu juga Ummi menangis dan mulai insaf dengan perbuatan Ummi yang sebelum ini bersikap sambil lewa,” kata wanita yang berasal dari Johor Bahru ini.

    Membawa perubahan
    Bekas guru Bahasa Inggeris ini menimba banyak pengalaman mengajar sekolah di pendalaman. Sepanjang tempoh tersebut, banyak mengajarnya erti kehidupan dan merasai kesusahan orang lain. Walaupun sesekali berhadapan kesulitan, tetapi atas tiket keikhlasannya menyemai bakti mendidik anak bangsanya, terutama golongan kurang berkemampuan, dia hadapinya dengan tabah.

    Buktinya dia sanggup berulang-alik ke sekolah yang terletak hampir 30 batu dari rumah sewanya. Hampir separuh pendapatan yang diterimanya sebanyak RM310 sebulan digunakan untuk menyewa teksi pergi dan pulang dari sekolah.

    Berkongsi detik manis sepanjang pembabitannya selama 25 tahun bergelar guru, isteri kepada perunding motivasi dan penceramah terkenal Haji Hushim Salleh ini berbangga kerana berjaya membawa perubahan kepada sekolah tempatnya berkhidmat terutama pada tahun-tahun awal pembabitannya sebagai guru.

    “Kebanyakan murid sekolah pendalaman, tidak didedahkan dengan sebarang aktiviti ko-kurikulum seperti sukan serta aktiviti pelajar. Bimbang keadaan ini boleh memberi kesan seperti membentuk sifat pasif para pelajar, Ummi ambil inisiatif menubuhkan pasukan bola jaring, melatih mereka, unit beruniform brownies dan sebagainya.

    “Ia sebagai satu proses pendedahan. Mereka datang ke sekolah bukan sahaja untuk belajar, tetapi juga merangsang minda untuk peka dengan keadaan sekeliling dan membentuk keyakinan dan potensi diri,” katanya yang juga menggunakan elemen berbentuk hiburan dan ceria bagi menarik minat pelajar dalam kelas terutama meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris seperti bercerita, menyanyi, pementasan drama dan lain-lain lagi.

    Bawa anak murid tengok wayang
    Mungkin tidak pernah dibuat orang ketika itu. Jika orang lain lebih suka menonton wayang dengan pasangan atau sekumpulan rakan mereka, lain pula bagi Ummi. Inilah pertama kali penulis dengar guru membawa pelajarnya keluar menonton wayang. Walaupun agak ‘luar biasa’ tetapi begitulah caranya mendedahkan mereka kepada kehidupan luar yang ternyata asing buat mereka.

    “Mereka memang tidak pernah pergi ke bandar. Justeru untuk mendedahkan mereka kepada dunia luar dan tahu keadaan sekeliling, Ummi membawa pelajar naik bas awam ke bandar untuk menonton wayang. Gembira mereka bukan kepalang. Maklumlah inilah pertama kali mereka menjejakkan kaki ke bandar. Lucu juga tengok, lebih separuh orang dalam bas itu, semua pelajar,” katanya yang memiliki Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Tiada masalah beratur di bank
    Tiada yang diharapkan oleh guru apabila melihat seorang demi seorang anak didiknya menjadi insan berjaya. Menganggap profesion perguruan kerjaya mulia, dia bangga kerana ada antara pelajarnya yang telah pun bergelar doktor, pakar bius, pegawai bank, juruterbang dan sebagainya.

    Dengan nada bergurau, katanya dia tiada masalah jika ke bank atau hospital yang sesak dengan orang ramai. Ini kerana ketika sedang beratur, dia disapa oleh pegawai yang mengaku anak muridnya.

    “Bukanlah rasa bangga kerana dapat layanan ‘istimewa’ dan dikecualikan pula daripada beratur seperti orang lain. Tapi bangga kerana ada pelajar masih mengingati saya sebagai guru mereka. Inilah berkatnya menjadi guru. Pendek kata memang tiada masalah jika ke hospital atau bank,” katanya yang pernah menabur bakti di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang.

    Jika tidak kerana masalah kesihatan yang dihadapinya, Ummi masih meneruskan kerjaya yang dicintai sehingga bersara wajib. Anak muridnya juga mahu dia terus mengajar. Begitulah, tanda bukti betapa sayangnya dia dalam dunia perguruan. Kalau boleh dia tidak mahu mengundur diri sebelum masanya. Kerjayanya sebagai guru lebih dua dekad dianggapnya terlalu singkat. Tetapi, ekoran penyakit darah tinggi yang dihadapinya memaksa dia mengundur diri dengan bersara awal daripada tempoh yang sepatutnya.

    Namun, wanita cekal ini tidak boleh duduk diam. Ternyata naluri seorang guru dalam dirinya tidak lenyap begitu sahaja. Berkat dorongan yang diberikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rafie Mahat (Allahyarham), supaya tidak terus berhenti begitu sahaja, mendorong Ummi membuka pusat tuisyen berhampiran rumahnya dengan menggunakan wang hasil persaraannya.

    “Beliau meminta saya agar jangan berhenti menjadi guru. Sebaliknya mahu saya buat sesuatu menggunakan pengalaman dan ilmu yang ada. Katanya, tidak ramai yang mempunyai kelulusan TESL dan sangat rugi bakat yang ada disia-siakan begitu sahaja. Hasilnya tertubuhlah Pusat Tuisyen Berjaya Bestari,” katanya sebelum mengakhiri temu bual pada petang itu.

    MAKAN MALAM Benarkah Punca Gemuk?

    Bilakah waktu makan yang terbaik bagi kita? Apabila bercakap mengenai waktu makan yang baik, yang sering jadi tumpuan adalah kepentingan mengambil hidangan waktu pagi atau sarapan, sama ada untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

    Sarapan selalunya dianggap penting kerana ia dikatakan dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian sepanjang hari berbanding makan malam yang memperlihatkan penggunaan tenaga atau kalori yang bersifat minimum.

    Namun sebenarnya makan malam juga tidak kurang pentingnya dan tidak
    harusnya diabaikan. Mungkin makan pada waktu ini kurang ‘popular’ dan sering kali diabaikan kerana rata-rata mengambil kesempatan melangkau atau skipping makan malam sebagai salah satu cara untuk berdiet.

    BERAT BADAN BERTAMBAH
    Penolong Pengarah Pemakanan, Kementerian Kesihatan, Surainee Wahab berkata, segelintir masyarakat beranggapan bahawa mengambil makanan pada waktu malam boleh mengakibatkan mereka terdedah kepada risiko pertambahan berat badan.

    “Sebenarnya pendapat ini tidak tepat sama sekali. Ini kerana faktor-faktor kegemukan lazimnya adalah disebabkan oleh pemakanan yang kurang sihat seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak dan tinggi kalori serta gaya hidup yang sedentari,” terangnya.

    Sebaliknya jelas Surainee, dengan melangkau sesuatu masa makan boleh membawa kepada kelaparan yang tidak terkawal dan biasanya menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan dan sekali gus lupa tentang pemakanan yang baik.

    Justeru amalan pemakanan yang baik jelasnya, adalah dengan mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam secara teratur setiap hari. Sebaik-baiknya dinasihatkan setiap pengambilan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit. Pada masa sama, beliau juga mengingatkan orang ramai agar elakkan diri daripada tidak mengambil sarapan, atau tidak makan atau makan tengah hari sedikit sahaja dan makan malam dengan banyak.

    KONTEKS BUDAYA

    Di samping manfaat kepada kesihatan diri, sebenarnya makan malam juga penting dari segi budaya kerana ia sering kali dijadikan upacara penting untuk menyambut perayaan atau hari-hari yang istimewa. Misalnya, makan besar sempena tahun baru Cina, makan malam sempena menyambut hari jadi ahli keluarga dan sebagainya.

    Hal ini jelas menunjukkan kepentingan makan malan dalam konteks adat dan budaya. Selain itu, bagi ibu bapa yang bekerja di siang hari, makan malam juga adalah satu-satunya masa untuk bersama dan bermesra dengan anak-anak dan secara tidak langsung mengeratkan tali kekeluargaan.

    PANDUAN PEMAKANAN
    Takut untuk makan malam kerana bimbang gemuk? Justeru bagaimanakah cara pemakanan (terutamanya makan malam) yang baik?

    Tip berikut mungkin boleh dijadikan panduan makan malam yang sihat
    1. Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan termasuk makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi karbohidrat, protein serta sayur-sayuran dalam kuantiti yang betul.
    2. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak pada setiap masa.
    3. Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400 sehingga 500 kalori.
    4. Waktu makan malam yang ideal adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat, boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
    5. Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini kerana, kalori yang diambil daripada makanan tersebut akan digunakan sedikit sahaja memandangkan malam adalah waktu untuk tidur.
    6. Makan hanya di meja makan yang sesuai. Elakkan makan malam sambil menonton televisyen. Ini kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil anda menonton rancangan kegemaran.
    7. Elakkan mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Sesetengah orang sensitif kepada kafeina. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
    8. Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Cukup sekadar menjamah hidangan untuk mengambil hati tuan rumah.

      Contoh hidangan makan malam yang sihat:
      Menu 1
      Nasi putih 1 cawan
      Ikan bawal goreng 1 kecil
      Sup sayur campur 1 mangkuk kecil
      Kerabu pegaga 1 cawan
      Air kosong 1 gelas

      Menu 2
      Nasi putih 1 cawan
      Sup bayam dan tauhu 1 mangkuk kecil
      Terung sambal ( panggang) 1 biji sederhana
      Asam pedas ikan senangin 1 ekor sederhana
      Air kosong 1 gelas

      Menu 3
      Satu mangkuk mihun sup
      (lebihkan sayur dan kurangkan minyak)
      Segelas air kosong

    MENGENAI SUP
    Bagi sesetengah orang, sup adalah makanan yang ringkas, senang disediakan, menjimatkan, dan juga menyihatkan. Malah bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, biasanya hanya mengambil semangkuk sup sayur sebagai alas perut sebelum tidur.

    Sup boleh menjadi makanan yang rendah kalori dan menyihatkan, malah boleh juga jadi sebaliknya Ini bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan serta cara penyediaan sup tersebut.

    Seelok-eloknya, sediakan sup yang berasaskan sayur-sayuran dan elakkan atau minimumkan penggunaan minyak semasa menyediakan hidangan tersebut. Jika boleh, elakkan membeli sup yang dijual di kedai-kedai makan atau sup segera yang dijual di pasar raya. Ini kerana, biasanya sup yang dijual atau sup segera ini tinggi dengan kandungan garam.

    Oleh kerana sup memberikan rasa kenyang, makanan ini sesuai untuk dijadikan makanan pembuka selera. Secara tidak langsung, anda akan makan sedikit sahaja makanan yang seterusnya. Namun begitu, tidak bermakna dengan mengambil sup, anda akan dapat mengurangkan berat badan.

    Kunci utama untuk mengurangkan berat badan adalah makan mengikut keperluan dan juga melakukan senaman. Diet yang hanya mengandungi sup sayur sahaja juga tidak digalakkan. Jangan lupa, anda perlu juga mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat iaitu nasi, roti, mi, mihun dan sebagainya serta makanan berprotein dan berkalsium (ayam, ikan, daging, susu dan hasil tenusu) dalam diet harian.

    Susu diet sihat untuk semua

    Setiap individu disarankan untuk mengamalkan minum susu sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Susu lebih-lebih lagi digalakkan kepada golongan kanak-kanak kerana khasiat pemakanan yang terkandung di dalamnya diperlukan untuk mereka membesar dengan sihat, cergas dan ceria.

    Sebagai ibu bapa, anda harus mengetahui khasiat susu untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Menurut Pegawai Dietetik (Dietitian) Hospital Kuala Lumpur, Nor Sharita Mohd Saad, kanak-kanak yang berusia empat sehingga lapan tahun disarankan untuk minum susu sebanyak 800 miligram kalsium iaitu 2.6 (2 - 2/3) gelas susu sehari. Manakala bagi mereka yang berusia dari sembilan sehingga remaja berumur 18 tahun adalah sebanyak 1300 miligram kalsium iaitu bersamaan 4.3 (4-1/3) gelas susu sehari.

    KHASIAT SUSU
    Menjelaskan lebih lanjut perihal susu, menurut Nor Sharita, susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien seperti protein dan kalsium yang bermanfaat untuk kesihatan tulang dan gigi yang kuat. Di samping itu, susu adalah sumber vitamin dan mineral yang baik yang setiap satunya memiliki satu atau lebih jenis fungsinya kepada kesihatan tubuh badan manusia.
    Antaranya;

    • Vitamin D dan K adalah penting untuk kesihatan dan pembentukan tulang.
    • Vitamin B12 dan Riboflavin sangat diperlukan untuk kesihatan kardiovaskular (jantung) dan penghasilan tenaga.
    • Vitamin B untuk penghasilan tenaga
    • Vitamin A untuk sistem imunisasi
    • Vitamin K dan Magnesium untuk kesihatan jantung
    • Selenium merupakan mineral (trace mineral) yang berperanan sebagai penghalang penyakit barah.
    • Tiamina (vitamin B) penting untuk fungsi kognitif, terutama untuk sistem daya ingatan.

      “Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga. Bagaimanapun, kandungan kalsium yang terdapat dalam susu menjadikannya istimewa,” katanya.

      PUNCA KERACUNAN SUSU
      Berdasarkan signifikan khasiat susu kepada golongan ini, maka tidak hairanlah mengapa pihak kerajaan melaksanakan program bantuan susu sekolah di seluruh negara yang bermula sejak tahun 1960-an lagi.

    Namun akhir-akhir ini berita mengenai masalah keracunan makanan yang didapati berpunca daripada kualiti minuman yang dibekalkan kepada para pelajar ini dilaporkan menerusi media elektronik mahupun cetak. Menurut berita tersebut, dilaporkan ramai murid yang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah setelah meminum susu kotak yang dibekalkan.

    Mengulas mengenai masalah ini, Sharita berkata, hal ini tidak mustahil berlaku kepada sesiapa memandangkan sifat ‘semula jadi’ susu yang merupakan bahan mentah yang mudah rosak.

    “Secara saintifik, susu sebenarnya mengandungi asid yang rendah tetapi tinggi kandungan zat makanan (nutrien). Keadaan ini menyebabkan ia sangat sesuai untuk pembiakan bakteria, termasuk jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan,” jelasnya.

    Jelas Sharita, susu UHT (ultra-high temperature) atau susu terpasteur disediakan melalui kaedah pemanasan susu pada suhu sederhana (lazimnya di bawah 100 darjah Celcius). Ini katanya bertujuan bagi memanjangkan hayat susu tersebut kepada beberapa hari memandangkan bakteria yang tahan panas akan menjadi tidak aktif buat sementara waktu.

    Namun menurutnya, sekiranya susu tidak dipanaskan secukupnya, terdapat risiko mikroorganisma tersebut tidak mati, sebaliknya akan terus membiak.

    “Dalam keadaan susu yang rendah asid, menyebabkan banyak bakteria membiak, termasuklah Clostridium botulinum yang menjadi punca keracunan makanan. Justeru adalah tidak mustahil masalah keracunan susu adalah disebabkan susu tidak disimpan pada susu yang sesuai,” jelas Sharita.

    PANDUAN PENGAMBILAN SUSU YANG BERKESAN
    Walaupun kini pembuatan susu secara komersial menggunakan teknologi moden yang serba canggih dan pantas, namun itu tidak bererti anda boleh lalai daripada mengambil langkah berhati-hati sebelum membelinya. Pastikan terlebih dahulu anda memeriksa tarikh luput yang tercetak pada label susu. Jangan membeli susu yang tinnya telah kemik atau paket yang kembang.

    Sebenarnya minum susu juga ada caranya yang tersendiri. Selain ia disimpan di dalam peti sejuk, sebelum minum, anda perlulah perhatikan terlebih dahulu keadaan fizikal susu tersebut. Sekiranya ia berkeladak, pejal, berlendir dan berbau busuk, maka elakkan daripada meminumnya.

    Tambah Sharita, susu yang telah dibuka perlu disimpan di dalam peti sejuk dan hendaklah dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Selain itu, sebagai sumber alternatif mendapatkan khasiat sama yang dibekalkan oleh susu, beliau turut menyarankan pengambilan hasil-hasil tenusu lain seperti yogurt, keju, ais krim dan lain-lain untuk kepelbagaian dalam diet harian.

    "Tiada Guru Yang Mahu Memukul Murid" Aminah Aboo Bakar



    Sejak menjadi penulis bagi ruangan ini, telah membuka mata dan menyedarkan diri ini kebenaran betapa mulianya kerjaya seorang guru. Tanggungjawab mereka bukan sahaja mendidik dengan ilmu semata-mata tetapi juga bertindak sebagai ejen dalam membentuk sahsiah generasi muda menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pengorbanan dan komitmen mereka ini ternyata tidak mampu dinilai dengan wang ringgit.

    Malah Islam sendiri memberi penghormatan tinggi kepada pendidik atau murabbi, muallim, muaddib, mudarris alim atau ulama ini. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, malah masyarakat mengenai komitmen dan hubungan dengan hukum Allah.

    Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikanlah sedikit ruang dalam majlis, maka berikanlah ruang, nescaya Allah memperluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan (ingatlah) Allah itu Maha Mengetahui terhadap apa saja yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

    Ayat di atas jelas membuktikan Islam memberi penghormatan tinggi kepada ahli ilmu. Oleh itu, dengan ilmu yang ada pada guru atau pendidik, mereka wajib menyampaikannya kepada orang memerlukan. Menerusi ilmu inilah dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah dan dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan, sekali gus melahirkan bangsa yang maju dalam segala aspek. Oleh itu, guru mestilah menjalankan tugas dengan hati-hati, ikhlas, jujur dan beramanah.

    Tanggungjawab guru yang tidak ternilai ini juga menjadi dorongan kepada Aminah Aboo Bakar sejak kecil lagi untuk mengejar cita-cita sebagai pendidik. Malah, bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia menganggap tugas mendidik adalah warisan dari para nabi yang sentiasa mendidik umat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Walaupun ketika itu, dibelenggu kemiskinan hidup, namun, ia tidak sedikitpun menjadi penghalang wanita ini meneruskan impiannnya itu.

    Menurut anak kelima dari tujuh bersaudara ini, ketika remaja beliau akan membantu ibunya yang merupakan ibu tunggal menjual kuih. Malah, atas kesedaran sendiri untuk menambah pendapatan keluarga, Aminah mengambil upah membasuh dan menggosok baju setiap kali pulang dari sekolah. Berkat kesungguhannya untuk mengubah nasib keluarga dan demi mengejar cita-cita menjadi pendidik, akhirnya terbayar apabila beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pendidikan pada 1971.

    Sekolah bermasalah

    Tanggal 12 Mei 1975 menjadi tarikh keramat baginya, kerana ia merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah sebagai seorang guru. Kata orang hari pertama pasti akan melakar detik manis, berjumpa kenalan baru dari kalangan guru, suasana persekitaran dan pelajar baru yang diharap memberi layanan baik dan mesra, tetapi keadaan itu sebaliknya tidak berlaku kepada Aminah. Penerimaan pelajar, katanya cukup ’berbeza’.

    Sekolah ini memang terkenal dengan masalah disiplin. Hari pertama kesabaran saya diuji oleh sekumpulan pelajar tingkatan Lima. Mungkin melihat kepada keadaan fizikal saya ketika itu agak kecil, mudah untuk mereka permainkan. Sewaktu dalam kelas, mereka menyembunyikan pemadam papan hitam, jadi saya terpaksa menggunakan kain buruk. Tidak sangka rupanya pelajar nakal ini meletakkan seekor katak dibawahnya. Esoknya saya mengadu kepada pengetua dan meminta kebenaran untuk merotan mereka yang terlibat. Akhirnya saya rotan mereka di hadapan pengetua.

    ”Saya tahu, jika tidak bertindak demikian, mereka akan ingat saya takut dan senang dipermainkan. Hikmahnya, sejak insiden tersebut mengajar saya menjadi lebih tegas mungkin melihat kepada keberanian saya itu, pengetua terus melantik saya menjadi ketua guru disiplin,” kata bekas guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang berasal dari Pulau Pinang ini.

    Menurut wanita yang cukup lembut tatkala bertutur ini, sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru, beliau sering ditempatkan ke sekolah yang bermasalah terutama aspek disiplin dan pengurusan kewangan sekolah. Namun, tidak pernah sesekali beliau mengeluh, kerana baginya itulah antara cabaran perlu dihadapi sebagai seorang guru dan disebaliknya pasti ada hikmah. Beliau berhadapan rintangan tersebut dengan bersungguh-sungguh dan penuh kesabaran.

    ”Semua yang berlaku ada hikmahnya. Contohnya, walaupun pada mulanya pening memikirkan bagaimana untuk menguruskan masalah kewangan sekolah yang suatu ketika agak teruk, namun akhirnya saya bersyukur ia dapat diatasi. Lebih menarik, secara tidak langsung ia turut meningkatkan kemahiran saya dalam pengurusan kewangan sekolah. Sebenarnya guru perlu bersedia dalam apa jua situasi . Masih saya ingat di saat berlakunya banjir di kawasan sekolah ketika bertugas di negeri Pahang, gurulah yang paling sibuk mengawal keselamatan pelajar ketika banjir, menjaga harta benda sekolah, kawalan penyakit selepas banjir dan sebagainya,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini yang pernah beberapa kali menerima anugerah kecemerlang pengurusan kewangan sekolah.

    Happy mood’ di kalangan guru
    Aminah yang pernah menerima Anugerah Tokoh Guru Daerah Gombak 2006 ini mendedahkan beberapa pendekatan tersendiri yang dipraktiskan sepanjang 30 tahun pembabitan dalam dunia pendidikan baik sebagai guru mahupun pengetua. Dengan menganggap tanggungjawab ini sebagai satu ibadah, beliau tegas dalam mendidik anak bangsanya, tetapi dengan cara berhemah. Beliau mahu anak murid hormat dan segan kepadanya sebagai guru dan bukannya kerana takut.

    Di samping itu, katanya, setiap kali sebelum melaksanakan sesuatu tindakan baik berkenaan urusan pentadbiran sekolah mahupun disiplin pelajar, beliau sentiasa memohon petunjuk kepada Allah agar keputusan yang bakal dilakukannya adalah tepat. Tambah beliau lagi, sekiranya terpaksa mengenakan tindakan kepada pelajar seperti hukuman rotan, beliau terlebih dahulu akan jelaskan kepada pelajar itu mengapa tindakan itu harus dilakukan terhadap mereka.

    Selain pelajar, beliau yang kini lebih banyak menghabiskan masa lapangnya dengan hobi berkebun dan menjahit setelah bersara pada Mac 2006 ini, juga mementingkan hubungan baik dan mesra di kalangan guru dan pihak pentadbiran sekolah. Baginya, amat penting bagi seorang ketua mewujudkan suasana’happy mood’ semasa bekerja dengan kakitangan. Jika guru dihimpit dengan pelbagai tekanan, katanya, ia akan menjejaskan emosi guru terbabit dan sekali gus mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran pelajar.

    ”Sebenarnya tugas guru ini memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kerana itu, saya menekankan suasana ceria dan persekitaran yang kondusif di dalam sekolah dan tidak mahu para guru bertugas dalam suasana tertekan. Sekiranya keadaan ini berlaku akan menjejaskan emosi mereka dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pengajaran mereka. Saya menganggap kakitangan sekolah seperti keluarga sendiri. Malah ada di kalangan ahli keluarga mereka juga saya kenali. Membuat saya terharu, apabila sekolah menganjurkan sesuatu program, ada di antara suami dan anak-anak staf turut datang membantu seperti aktiviti gotong-royong dan sebagainya,” jelas Aminah yang turut menekankan konsep kepimpinan melalui teladan dengan menjadikan diri sebagai contoh kepada anak buahnya.

    Beri kepercayaan sepenuhnya
    Diminta mengulas mengenai berita guru menghukum dan mencederakan pelajar yang sering terpapar di dada akhbar akhir-akhir ini, Aminah secara peribadi berpendapat, kurang persediaan dalaman menyebabkan guru kurang sabar dengan kerenah pelajar sehingga bertindak demikian. Namun pada masa sama katanya, guru juga tidak sepatutnya persalahkan sepenuhnya. Beliau melihat masyarakat sekeliling terutama golongan ibu bapa kurang memberi sokongan dan komitmen dalam membantu guru untuk mendidik anak mereka, sebaliknya mereka terlalu bersikap melindungi dan mempercayai anak mereka.

    Sekiranya hal dibiarkan berterusan bukan sahaja memberi tekanan kepada pendidik,malah tambahnya, turut menyebabkan status dan maruah guru terjejas. Sebaiknya, kata Aminah, ibu bapa harus meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada guru yang diberi tanggungjawab oleh mereka mendisiplinkan dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka.

    ”Ramai menuding jari ke arah guru bila hal ini timbul. Kita perlu sedar bahawa pelajar sekarang bukan seperti pelajar dahulu, mereka kini lebih banyak dipengaruhi anasir luar. Budak dahulu begitu menghormati guru dan mereka tidak berani untuk mengadu kepada ibu bapa jika dirotan dan dimarahi, kerana tahu nasib mereka tidak akan dibela, sebaliknya akan dimarahi keluarga. Ibu bapa janganlah terlalu emosi menyalahkan guru jika anak mereka dikenakan hukuman, kerana tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Sebaiknya mereka perlu memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap pendidik kerana mereka telah dilatih dan diberi asas ilmu perguruan selengkapnya,” jelas Aminah.

    Thursday, January 3, 2008

    Lost World of Tambun

    pembentukan hasil hakisan air

    Siapa sangka disebalik taman tema Lost World of Tambun (LWOT) yang terkenal di tengah bandaraya Ipoh, Perak sebenarnya menyimpan 1001 rahsia khazanah alam yang tidak diketahui oleh pelancong yang berkunjung waima penduduk tempatan sekalipun. Namun, kesempatan yang diberikan pihak pengurusan LWOT kepada sekumpulan wartawan bagi menyertai kem perkhemahan selama dua hari di sini baru-baru ini memberi peluang kepada kami untuk menerokai keistimewaan yang tidak diketahui itu.

    Di sebalik keriangan pengunjung di taman tema yang mengambil masa dua jam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur ini, kami di bawa ke suatu lokasi yang agak terasing dari orang ramai yang dikelilingi pemandangan hijau yang cukup mendamaikan.
    macam pelombong jer
    Khazanah alam berusia 400 juta tahun
    Walaupun LWOT didirikan di kawasan yang cukup luas, namun keaslian dan hidupan semula jadi flora dan fauna dilihat masih kekal terpelihara. Peluang meredah hutan yang yang mempunyai permukaan tanah yang agak basah dan licin, mendedahkan kami kepada kekayaan alam tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Rupa-rupanya masih banyak lagi sumber dari bumi kita yang tidak diketahui umum akan khasiatnya.

    Ini kerana menurut Wira Ismail selaku ketua ekspedisi ini, ada di antara sumber dari hutan ini dikenal pasti boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit ringan terutama untuk kesiahatan wanita.

    Sebenarnya kawasan Tambun, Perak ini turut dikelilingi oleh gunung dan gua batu kapur yang telah pun berusia lebih 400 juta tahun. Ia antara gua batu kapur yang masih berdiriutuh di negeri yang terletak di utara semenanjung Malaysia ini. Terdapat sebuah batu kapur digelar Needle of Tambun yang dianggarkan berketinggian 10 tingkat sebuah bangunan menjadi mercu tanda keajaiban semula jadi LWOT.

    Ekspedisi seterusnya menjelajahi Gua Anak Datok yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia dikatakan antara penempatan awal manusia di zaman pra sejarah. Ini dibuktikan dengan beberapa lukisan purba peninggalan sejarah lampau yang masih kelihatan di dinding gua. Di dalamnya terdapatnya habitat hidupan liar seperti kelawar dan ular( mengikut musim). Menjadi pengalaman manis penulis kerana berkesempatan melihat kelawar lebih dekat dalam sebuah lubang yang di kenal pasti menjadi lokasi pembiakannya.

    Walaupun keadaan di dalam gua tidak rata dan agak curam, namun pihak pengurusan menyediakan ruang pendakian yang selamat bagi menjamin keselamatan para pengunjung. Untuk menambah lagi aktiviti ektreme di lokasi ini, sesuai dengan bentuk permukaannya, LWOT bercadang untuk menyediakan aktiviti memanjat gunung batu kapur pada masa akan datang.
    hey budak,buat apa tuh?..

    antara pemandangan menarik di taman tema LWOT

    Mitos dan realiti
    Mata terpesona dengan pelbagai struktur gua yang terbentuk hasil daripada titisan dan aliran air yang mengalir sejak berjuta tahun lamanya. Malah hasil daripada proses ini telah membentuk stalaktit dan stalagmit yang menakjubkan di beberapa sudut gua. Kelihatan beberapa bentuk menarik yang ganjil dan mempunyai keunikan tersendiri seperti tiga batu yang bersaiz sederhana digelar Tiga Adik-beradik Perempuan Stalagmit (3 Sisters Stalagmite).

    Selain itu, terdapat kesan tapak kaki yang dikatakan kepunyaan bigfoot di dinding gua. Namun, tidak dapat dipastikan sama ia sekadar mitos mahupun realiti. Walau apapun sejarahnya, ia mungkin menjadi antara salah satu daya tarikan untuk pencinta alam semula jadi khususnya untuk datang menerokai sendiri pengalaman tersebut.

    Menurut kajian geologi, kawasan batu kapur yang terletak di Lembah Kinta ini mempunyai kandungan magnesium yang tinggi. Daripadanya dapat menghasilkan kepingan batu marmar yang cantik dan sesuai dijadikan perhiasan. Di dalam gua tersebut juga terdapat kolam air kecil semula jadi yang sangat jernih. Menurut Pengurus Besar LWOT Calvin Ho yang begitu sporting dengan turut menyertai penjelajahan ini berkata, air takungan berkenaan mengandungi banyak garam mineral semula jadi yang sesuai untuk penanaman sayuran seperti taugeh yang menjadi tanaman utama di Ipoh.

    Merentasi terowong berair
    Perjalanan menempuh Terowong Enam Batu (Six Mile Tunnel) benar-benar menimbulkan suasana teruja kepada semua peserta kerana perlu mengharungi kawasan berair sedalam kira-kira satu meter dengan jarak perjalanan sejauh 700 meter. Yang lucunya, sebelum itu penulis agak gusar apabila diberitahu perlu meredah perjalanan sejauh enam batu berdasarkan nama terowong tersebut, tetapi sebaliknya lega kerana ia hanya sekadar nama lokasi sahaja.

    Sebelum itu kami dibekalkan dengan segala kelengkapan keselamatan yang lengkap. Ketika itu kami kelihatan tidak ubah seperti pelombong biji timah amatur dengan lampu suluh kepala dan topi keselamatan. Bezanya, kami mengenakan jaket keselamatan kerana perlu meredahi air sejuk hingga ke paras dada.

    Fobia airWalaupun pada mulanya rasa gementar dan agak ‘tertekan’ berendam dalam air, namun perasaan itu mulai lenyap sebaik menikmati permandangan yang sungguh mengasyikan. Sepanjang perjalanan hati tidak henti mengucap pujian kepada Tuhan Maha Pencipta di atas kejadian-Nya yang cukup menakjubkan. Di kiri kanan gua anda akan melihat pembentukan stalagmit dan stalaktit, batu kristal pelbagai warna, batu karang, sususnan kepingan batu yang rapi, dan jika bernasib baik anda mungkin dapat melihat ikan kecil.

    Perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam dengan diterangi cahaya lampu suluh yang dipasang pada topi yang dipakai, memberi peluang kepada peserta merasai segala kepayahan yang pernah ditempuh masyarakat zaman dahulu kala. Ini kerana laluan terbabit dipercayai pernah digunakan untuk pelbagai tujuan terutama ketika zaman darurat di negara ini. Namun segala kepayahan dan keletihan yang ditempuh tidak melemahkan semangat kerana semua peserta berasa perlu mengharunginya dan menikmati sepenuhnya segala keindahan peninggalan yang terdapat di laluan terowong berkenaan.

    -LWOT dalam kenangan

    Brain Damaging Habits

    some good information for all...

    1. No Breakfast
    People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration. (certain people do this)

    2. Overeating
    It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.(most people do this)

    3. Smoking
    It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.(is a bad habits)

    4. High Sugar consumption
    Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development. (most people do this, that's for sure)

    5. Air Pollution
    The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency. (most people unaware)

    6. Sleep Deprivation
    Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells. (certain people i guess)

    7. Head covered while sleeping
    Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

    8. Working your brain during illness
    Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

    9. Lacking in stimulating thoughts
    Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

    10. Talking Rarely
    Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain. (lack people do this)

    ************ *******
    The main causes of liver damage are:

    1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.
    2. Not urinating in the morning.
    3. Too much eating.
    4. Skipping breakfast.
    5. Consuming too much medication.
    6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring , and artificial sweetener.
    7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.
    8. Consuming raw (overly done) Foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store. We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to "schedule."

    Because : Evening at 9 - 11 PM : is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (detoxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in an unrelaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on health. Evening at 11pm - 1 am : is the detoxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.
    Early morning 1 - 3 am : detoxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state. Early morning 3 - 5 am : detoxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the detoxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process. Morning 5 - 7am : detoxification in the colon, you should empty your bowel.Morning 7 - 9 am : absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30 am , for those who are sick. Breakfast before 7:30 am is very beneficial to those wanting to stay fit.

    Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 - 10 am rather than no meal at all. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals. Aside from that, midnight to 4:00 am is the time when the bone marrow produces blood. Therefore, have a good sleep and don't sleep late.

    DO TAKE CARE ABOUT YOUR HEALTH...... ......... .. preventing is better than cure..