Monday, November 24, 2008

Cara Melupuskan Kertas barang Yang Tertera Ayat Alquran Atau Nama Allah

aku harap dapat petikan ini dari sumber dipercayai...

Berikut soalan individu musykil tentang Cara Melupuskan Kertas atau barang Yang Tertera Ayat Alquran Atau Nama Allah

Soalan:
Assalamualaikum, Saya dan keluarga saya sudah lama mengalami kesukaran untuk melupuskan kertas-kertas yang tertulis ayat al-quran terutamanya buku-buku latihan yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Ada orang kata, untuk melupuskannya, kita hendaklah bakarkannya, tetapi saya tinggal di K.Lumpur dimana dikawasan ini adalah dilarang melakukan pembakaran, lagipun kertas yang hendak dibakar adalah amat banyak. Dan, jikalau dibakarkan pun, dimana saya hendak buangkan abunya? Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sadara/i dapat menyelesaikan masalah saya dengan memberikan jawapan yang sesuai dan releven berasaskan hukum islam supaya saya dapat melupuskannya.

yang benar,
pelajar kesusahan

Jawapan:
Ulamak2 tidak menetapkan dengan cara membakarnya sahaja tetapi apa cara yang dapat melupuskan tulisannya adalah harus. Tetapi dengan cara membakar adalah lebih mudah. Masalah tiada tempat yg sesuai saya kira tidak dapat diterima kerana ia bolih dilakukan ditempat2 yang lain dan dengan cara sedikit demi sedikit dan abunya bolih ditanam ditempat2 yang tidak kotor seperti dipinggir2 hutan.

Perihal kad kahwin, kad hari jadi dan sewaktu dengannya..

Hanya untuk makluman bersama, juga boleh lah di uar-uarkan kepada kawan-kawan atau pun saudara se islam. Petikan dr email yang kuterima.

"Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada diantara you all dengar juga. Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apapun.

Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang. Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, sebaik-baiknya jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi.. Tulislah dalam bahasa rumi. Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah Allah dan dzat-dzatnya.

Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah. Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah allah itu sama dengan kita membuang al quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama.

Wallah hu alam.

P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita tak perasan walhal impaknya amatlah besar.....

komen penulis:
hmm..nampaknya akulah antara 'pembuang' utama kad2 jemputan ni...disebabkan aku tak suka tengok rumah bersepah, lalu aku pun lakukan tugasan cleaning dengan membuang makalah2 ni yang kuanggap 'sampah'....aduhai...

Friday, November 7, 2008

kemaruk Amazing RAce Asia..

yeah...amazing race asia 3, kini sudah semakin menuju ke kemuncaknya apabila pesertanya kini hanya tinggal 4 couples....setiap hari khamis malam jumaat siarannya hatiku berdebar, adrenalin ku mengetatkan dadaku seolah aku juga turut sama berlari bersama peserta ARA3...

dan pastinya aku menyokong sepenuhnya pasanagn negara kita, ida nerina dan alamak lupa lak aku couple dia...ceria orangnya...oh namanya tania!..nasib nampaknya menyebelahi mereka setelah 2 kali hampir disingkirkan....minggu ni diaorang berjaya dapat tempat ke2...

tak sabar rasanya nak tunggu siaran minggu depan...harap2 pasangan eksyen dr filipina geof dengan siapa entah..lupa lak.. terkeluarlah minggu depan...

go..go..ida & tania....