Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts

Friday, September 25, 2009

UBAT: Moden atau herba tradisional, mana pilihan anda?

teks: zaheerah
segmen: Muslimah Bestari


SALING-TINDAKAN UBAT MODEN DAN HERBA

Lazimnya apabila jatuh sakit seperti demam, orang pertama yang kita jumpa pastinya doktor. Paling tidakpun jika masih boleh bertahan sekadar membeli sahaja ubat di farmasi.

Boleh dikatakan ubat merupakan salah satu cara yang berkesan serta murah jika dibandingkan dengan kaedah lain dalam menentang penyakit. Malah, pada hari ini setiap penyakit ada penawarnya. Selain makan ubat untuk mengurangkan kesakitan yang dihadapi secara tiba-tiba seperti sakit kepala dan sakit perut ada yang terpaksa bergantung kepada ubat secara berterusan dan diambil pada waktu ditetapkan seperti penghidap diabetis, pesakit jantung dan sebagainya.

Lebih teruk lagi, ada juga orang perlu mengambil ubat sepanjang hayat seperti Tee Hui Yee penerima jantung yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan jantung kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN) tahun lalu.

Ubat konvensional vs herba

Bercakap tentang perihal ubat, ketika ini terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan sama ada terjual di farmasi mahupun disediakan oleh pihak hospital dan klinik. Ubat konvensional ataupun moden ini dihasilkan berasaskan kajian penyelidikan rapi dari peringkat makmal sehingga klinikal (manusia). Justeru, ubat moden ini dianggap selamat dan berkesan diambil mengikut panduan yang ditetapkan oleh pakar.

Selain itu, terdapat juga ubat yang dihasilkan berasaskan tradisional yang dibuat daripada herba dan sumber tumbuh-tumbuhan dihasilkan dalam bentuk kapsul sekali gus dikomersilkan. Lazimnya ubat-ubat ini untuk rawatan dalaman wanita, resdung, membuang angin, sakit sendi-sendi dan sebgainya.

Menurut Profesor. Dr. Abu Bakar Abdul Majeed, Dekan Fakulti Farmasi dari Universiti Teknologi MARA, 'sediaan' (bukan ubat) herba banyak berasaskan kepada penggunaan tradisional. Namun demikian, katanya, terdapat juga sediaan herba yang telah dijadikan ubat konvensional selepas dipastikan ciri-ciri seperti di atas, contohnya digoxin untuk jantung, vincristine dan vinblastin untuk barah, dan sennoside untuk merawat sembelit. Justeru sediaan herba boleh dijadikan ubat konvensional jika melalui proses pempastian tindakan dari makmal ke ujian klinikal.

Dari segi keberkesanan masing-masing mempunyai manfaat dan keistimewaan tersendiri kepada pesakit baik sebagai penyembuhan, kawalan, pengurangan kesakitan dan sebagainya.

Namun, wujud persoalan sama ada sesuai atau tidak bagi pesakit untuk mencampur-aduk ubat-ubat yang diperolehi dari hospital dengan ubat herba. Hal ini mungkin kerana ada pihak yang merasakan bahawa amalan perubatan menggunakan herba adalah sesuatu yang baik kerana herba dianggap selamat dan kaedah menggunakan herba adalah dianggap sinonim atau selaras dengan Perubatan Islam.

CH: CARA UBAT BERTINDAK

Mengupas mengenai persoalan ini, menurut Abu Bakar, buat masa ini masih belum terdapat apa-apa bukti yang menunjukkan wujud saling tindakan antara kedua-dua jenis ubat ini andai diambil secara bersama.

“Sebenarnya, kita masih mendokumentasikan saling tindakan antara sediaan herba dengan ubat konvensional. Oleh itu, kita belum mengetahui bahawa pengambilan kedua-duanya sekaligus adalah selamat seratus peratus ataupun sebaliknya,” jelasnya.

Walau bagaimanapun beliau tidak menolak ubat moden dan ubat herba boleh saling bertindak melalui beberapa cara, antaranya ialah gangguan terhadap penyerapan ubat di dalam usus. Kebiasaannya menurut beliau, ubat herba menjejaskan penyerapan ubat moden yang mengandungi unsur logam seperti kalsium. Namun demikian, tambahnya lagi, kesan ini tidak begitu membimbangkan.

“Di samping itu, ubat herba dikatakan mampu menjejaskan proses perkumuhan ubat moden. Walaupun demikian, kesan ubat herba menukar kadar pembuangan air kencing biasanya sangat lemah dan tidak menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Tambah Abu bakar, selain tindak balas tersebut, ubat herba berkeupayaan untuk meningkatkan paras ubat moden di dalam darah. Ubat yang telah diserap ke dalam darah wujud bebas atau terikat kepada protein di dalam darah. Katanya, keseimbangan ini penting untuk mengelakkan daripada paras ubat di dalam darah berada di tahap yang terlalu tinggi.

Namun, saling-tindakan jenis ini juga katanya tidak dapat dibuktikan dengan jelas dan hanya dilihat ketika ujikaji di dalam makmal sahaja.

“Meskipun masih belum dapat membuktikan seratus peratus akan tindak balas bagi pengambilan kedua-dua jenis ubat ini sekaligus, adalah lebih baik jika seseorang yang mengambil ubat seperti ubat anti-hipertensif, kencing manis, dan sebagainya, mengelakkan daripada mengambil sebarang sediaan herba agar tiada kesan yang tidak diingini berlaku.

Panduan pengambilan ubat-ubatan

Walaupun masih tiada lagi sebarang bukti kukuh mengenai kesan penggunaan ubat daripada kedua-dua kategori ini, Abu Bakar menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam memilih ubat, terutama ubat yang dibeli selain daripada klinik mahupun hospital. Di samping itu, beliau menggariskan beberapa panduan cara pengambilan ubat yang baik.
Antaranya:
  • Sekiranya ingin mengambil kedua-dua jenis ubat ini secara serentak mahupun salah satu, rujuk dan dapatkan terlebih dahulu nasihat pakar.
  • Pengguna perlu menyemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa di Kementerian Kesihatan tentang sama ada ubat herba didaftarkan atau tidak. Sekurang-kurangnya mereka akan lebih yakin bahawa jika berlaku saling tindakan hasil daripada penggunaan ubat herba yang berdaftar, asal-usulnya dapat dikenalpasti melalui pembuat atau pembekal utama ubat-ubat tersebut.
  • Sediaan herba dalam bentuk ulam dan sayur-sayuran yang biasa diambil bersama makanan harian bolehlah diteruskan memakannya walaupun masih berubat, kecuali jika ada larangan dari pihak doktor atau ahli farmasi.
  • Namun demikian, perlulah dipastikan bahawa jika kedua-duanya digunakan sekaligus, biarlah tiada saling tindakan yang akan berlaku di antaranya.


End..


Thursday, September 17, 2009

Sesuatu yang mungkin kita tidak tahu @ sedar...

Info menarik dari email teman yang harapnya dapat memberi manfaat kita bersama..InsyaAllah..

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg palingdiminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengarceramah beliau..Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidakkesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orangajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasapenuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm,bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukumsolat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung takmau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyidah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang disekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang bacaal-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minitsebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratulihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…

Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasandalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebabpanjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah,tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yangterbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya,make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakandoa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini keranaterdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut..Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin"dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 kerumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

8. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudahkita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..takpayah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, apela..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

9. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergihaji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tuutk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

10. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu...selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapiitu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada takboleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah...


*hmm..ada terkena batang idung penulis sendiri yakni pasal niat takbiratul ihram tu..jahat punya setan!...kena 'membaikpulih' perkara ini sebaik-baiknya..;p

Thursday, September 10, 2009

Antara kemanusiaan vs kerakusan manusia

“ Pokan….”, terpancar di hadapan mata saya satu sinaran cahaya yang tidak pernah saya lihat sepanjang hidup saya…

…lalu saya terfikir,” bom jatuh di atas rumah saya?”. Berapa lama telah berlalu saya tidak ketahui, terperangkap dan tidak dapat bergerak di bawah runtuhan tanah.

…saya menjadi panic, dengan mulut penuh dengan debu Lumpur, menyukarkan saya untuk bernafas..saya sudah mula berputus asa…

..walaupun menghadapi kesulitan ketika itu, saya bernasib baik tidak mengalami kecederaan, , tetapi bingung bagaimana saya boleh berada atas atap genting rumah.

…saya terus berteriak,” matahari jatuh..!!”..itu mungkin gelembung awan bom atom yang meletup ketika itu, saya menjadi takut dan terus menangis…

…beberapa bahagian badannya luka tercucuk serpihan kaca, kami hanya dapat mencabut beberapa keping kaca besar yang tercucuk di mukanya.

Tiba-tiba di bawah tapak kaki saya kedengaran suara lemah ibu..saya gembira kerana ibu masih hidup!..bila dilihat rupa-rupanya saya berdiri betul-betul di atas punggung ibu..kedengaran juga suara Chiiko yang rupa-rupanya berada di bawah badan ibu. Dirinya selamat dalam dakapan ibu walaupun sebahagian badannya tertimbus.

…” awak akan mati dalam masa 2 ke 3 hari lagi”, doctor itu menambah lagi, “tiada ubat yang mujawab untuk merawat penyakit Pikadon (penyakit bom atom)ini,”

----------------------------------*...................

Demikian beberapa petikan begitu signifikan yang diceritakan oleh Encik Tsukasa Watanabe di hadapan hampir 100 tetamu jemputan termasuk Duta Jepun ke Malaysia, sempena majlis Perasmian Pameran Malapetaka Bom Atom: Hiroshima & Nagasaki 1945 baru-baru ini. Merupakan pameran yang julung-julung kali diadakan di Asia.

Warga emas ini adalah salah seorang mangsa ledakan bom atom atau hibakusha ketika berlaku tragedi tersebut di Nagasaki. Ketika itu usianya baru 13 tahun. Walaupun pengalaman tersebut sekadar diluahkan dengan kata-kata, namun, dari raut wajahnya sudah cukup menggambarkan betapa peritnya keadaan itu, suatu senario dahsyat yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sentiasa dikenang sebagai antara tragedi kemusnahan manusia dan alam paling menyayat hati.

Usai dirinya yang ketika itu tidak faham erti peperangan, kezaliman kemanusiaan, dan lebih-lebih lagi apakah itu bom atom yang pembangunannya sekadar bertujuan ingin menunjuk-menunjuk akan kekuatan sesebuah negara.



Tsukasa Watanabe ketika muda

Gambar terkini Watanabe..77 tahun


Natijah Perang Dunia

Perang Dunia Kedua memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.

Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komenwel, Perancis, Amerika, Kesatuan Soviet dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Akibat kedua-dua ledakan bom atom yang dikenali sebagai Little Boy (dijatuhkan di Hiroshima) dan Fat Man oleh Kapal terbang pengebom B-29 di Nagasaki hampir 200, 000 ribu penduduk tidak berdosa menjadi korban. Malah angka ini semakin meningkat selepas 1945, apabila kebanyakkan mereka mati akibat sinaran radiasi bom atom atau radioaktif yang kesannya akan mula dirasai selepas beberapa tahun.

Sinaran yang berbahaya ini akan mengakibatkan beberapa penyakit seperti leukimia, kanser, si ibu berpotensi melahirkan anak yang cacat ataupun mati dan banyak lagi. Malah mengikut En Watanabe, dirinya sendiri mempunyai lebih 10 jenis penyakit selain mata kanannya buta akibat pancaran tersebut.

Bernasib baik..Datuk Haji Abdul Razak rakyat Malaysai yang terselamat dari targedi

Pun demikian, walaupun sudah mencecah 77 tahun, dirinya masih kelihatan cergas dan penuh semangat. Masih saya ingat ketika membawa deligasi dari Jepun ini melawat Putrajaya, beliau begitu ligat berjalan-jalan, pergi ke Alamanda membeli belah dari satu kedai ke satu kedai lain membeli kain sebagai cenderamata untuk anaknya walhal kami semua dah cukup penat.

Rakan-rakan yang menemaninya, mengeluh, ”watanabe san ni, dia tak penat langsung”..apapun kami kagum dengan semangat beliau. Mungkin akibat tragedi tersebut membuatkan beliau begitu menghargai kehidupannya dan ingin menikmatinya ini selagi nyawa masih di kandung badan.

Selain Encik Watanabe, ada seorang lagi hibakusha yang masih hidup yang juga merupakan warganegara Malaysia iaitu Datuk Abdul Razak Abdul Hamid,84 tahun. Beliau juga antara tetamu terhormat ketika majlis perasmian tersebut. Malah pihak Jepun sangat menantikan kehadiran beliau yang saban tahun dijemput ke Hiroshima setiap kali ulangtahun bandaraya tersebut memperingati mangsa bom atom.


Diiringi melawat pameran

Sewaktu malapetaka ini berlaku, beliau yang juga dikenali Cikgu Razak bersama 5 atau 3 (saya tak pasti) orang rakyat Malaysia yang lain ditaja oleh kerajaan Jepun untuk menyambung pelajaran di sana. Beliau mengambil jurusan pendidikan. Malangnya, daripada berlima, hanya beliau sahaja yang selamat pulang ke Tanah melayu ketika itu.

Berikut petikan cerita beliau yang kupetik dari sebuah laman web;
Tiba-tiba terdengar bunyi siren. Semua kelam kabut berlari menyorok dalam lubang perlindungan. Kemudian siren berbunyi lagi menandakan keadaan selamat.Sebaik saja pelajaran bersambung, terdengar bunyi yang sangat kuat. Boom!
Bangunan kayu dua tingkat kelas itu runtuh dan turut terperosok di bawah runtuhan kayu.“Saya tak tahu berapa lama tertimbus. Apabila sedar, saya nampak cahaya samar-samar lalu merangkak ke arah cahaya itu,” katanya yang cedera ringan di kepala.
Selepas berdiri tegak, Abdul Razak terpegun kerana keadaan sekeliling berjerebu dan sebahagian besar bangunan ranap menyembah bumi.Toda menyuruh Abdul Razak pulang ke asrama, tetapi beliau sendiri tidak tahu mencari arah ke asrama.Ketika berjalan mencari-cari, Abdul Razak bertemu rakannya dari Kelantan, Nik Yusuf Nik Ali. Seorang lagi rakan senegara ialah Syed Omar Aksagoff.
Nik menjerit: “Razak! Cepat balik tolong kawan-kawan di asrama.” Saya tanya: ”Awak macam mana? Nik berkata: ”Saya sihat, tak ada apa-apa.”Rupa-rupanya hari itu adalah pertemuan terakhir dua sahabat karib itu.
Nik Yusuf kemudian hilang begitu saja.Selepas menemui asrama yang sudah menyembah bumi, Abdul Razak bertungkus lumus membantu rakan-rakan dan penduduk Jepun yang terselamat hingga petang.Pada petang itu, berlaku kebakaran besar yang meragut nyawa mereka yang masih hidup.“Saya nampak di seberang sungai, orang lari ke tebing tetapi dihalang arus deras.
Api menggila seperti puting beliung mara menyambar mereka di tebing.“Api itu seperti bermata, mara ke seberang sungai kawasan saya berdiri melalui sebuah jambatan,” katanya.
Abdul Razak yang melihat tragedi di seberang sungai tidak berdiam diri lalu berlari ke sebuah jambatan lain. Dengan izin Allah, ada sebuah rakit tertambat di situ.Beliau bersama rakan-rakannya menaiki rakit yang hanya mampu menampung kira-kira 15 orang. Baki di daratan hangus dijilat api.
Di atas rakit pula, beberapa orang yang mungkin kerana terlalu dahaga meminta air. Abd Razak mencedok air sungai dan diberikan kepada orang itu.Orang itu mati serta-merta selepas minum. Beberapa orang lain juga menerima nasib sama.
“Barang kali kerana air sungai ini penuh dengan mayat, banyak kuman dan perlu dipanaskan terlebih dulu. Tetapi selepas minum air yang dijerang, mereka juga mati.“Walaupun saya enggan lagi memberikan mereka air, tetapi mereka kata, tak apa, biarlah kami mati asalkan dapat air,” katanya.
Apabila malam menjelma, barulah bantuan ubat-ubatan dan makanan dari tempat lain tiba.Abdul Razak dan rakan-rakannya bernasib baik kerana seorang penduduk Jepun membawa mereka tinggal di rumahnya selama seminggu.Pihak berkuasa Jepun kemudian mengesan mereka dan dibawa ke Tokyo. Ketika perjalanan, Syed Omar yang sakit ditinggalkan di Kyoto.Tiga bulan kemudian, Abdul Razak mendapat tahu bahawa Syed Omar meninggal dunia.
Teka-teki kehilangan Nik Yusuf pula berakhir apabila Abdul Razak menemui nama Nik Yusuf Nik Ali-Malaya di kawasan perkuburan mangsa Hiroshima.Di Tokyo, hampir sebulan Abdul Razak menerima rawatan kerana kekurangan sel putih dan selepas Jepun menyerah kalah, Amerika Syarikat menguasai negara itu.
Pegawai Amerika Syarikat menemu bualnya dan oleh kerana tidak ada siapa lagi yang menaja pembelajarannya, beliau disuruh pulang ke Malaya.Setiba di rumah keluarganya di Kampung Baru pada Disember 1945, keadaan kecoh kerana tiada siapa menyangka beliau masih hidup.
-----------------&..............................
Himpunan Mesej Keamanan yang ditulis oleh pelawat


Origami...Junichi san sedang mengajar cara membuat burung jenjang dengan kertas

Bernilai...jam dinding turut dipamer yang jarumnya berhenti tepat jam 11.02 menunjukkan ledakan berlaku pada waktu ini.

Di sebalik tragedi peperangan

Saya rasa cukup bertuah menjadi salah seoerang yang terlibat dalam menjayakan pameran yang julung-julung kali diadakan di Asia ini. Ia sekaligus membuka mata dan memberi kesedaran merasai betapa peritnya pemusnahan akibat ledakan bom nuklear.

Pun demikian,satu persoalan yang bermain di benak difikiran saya..dalam usaha negara Jepun melaungkan penderitaan yang mereka alami lebih 64 tahun akibat letusan bom atom kepada masyarakat dunia, namun tidak pernah pula mendedahkan atau menyentuh soal kekejaman mereka sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu dan China pada Perang Dunia 2.

Adakah mereka seolah cuba menyembunyikan fakta tersebut dari pengetahuan dunia atau rakyatnya sendiri. Saya pasti kebanyakan warganya terutama generasi muda tidak mengetahui akan kekejaman tentera mereka suatu ketika dahulu. Malah langsung tidak pernah didedahkan dalam catatan sejarah negara mahupun buku-buku sejarah di sekolah.
Ada saya terdengar pendapat seorang student yang mengatakan Jepun tak pernah mendedahkan perkara ini, dan golongan mudanya tidak menahu langsung mengenainya, mereka memusnahkan buku-buku atau apa jua bukti yang terkandung rentetan sejarah mengenainya...benar atau tidak, tidak dapat pula saya pastikan.

Imej-imej hitam putih yang pernah dirakam sewaktu perang tersebut dimana dapat menyaksikan seorang tentera Jepun memancung kepala banduan perang dan menanam mereka hidup-hidup masih segar dalam ingatan saya tatkala leka mencari informasi Perang Dunia 2 dari Internet. Perlakuan mereka tidak ubah seperti kekejaman rejim Khmer.

Paling menyayat hati sewaktu menonton dokumentari di saluran astro sedikit masa dahulu, apabila salah seorang mangsa kekejaman tentera Jepun di China menceritakan bagaimana ibunya dirogol dan ramai lagi golongan wanita senasib dengannya menjadi mangsa kerakusan tentera dari negara matahari terbit itu.

Lebih memeranjatkan hal ini turut diakui oleh salah seorang tentera yang masih hidup untuk menceritakan pengalaman tersebut dan dirakamkan dalam bentuk dokumentari untuk tatapan generasi kini. Dan dalam temuramah itu, dia sempat meminta maaf atas tindakan tentera Jepun ke atas warga China dahulu. Tiba-tiba jer saya teringat filem Embun (eh betul ker ada tajuk ni yer lakonan Umi Aida dan Izi Yahya..rasanya kot)..benci betul tengok scene ni!..

Kejam..sebanyak 39 panel foto dipamerkan yang menunjukkan imej yang cukup menyayat hati akibat tragedi


Mendapat sambutan....momen pada majlis perasmian


1Malaysia..saya cukup suka tengok pelbagai kaum berkumpul dlm satu tempat seperti ini..rasa aman sgt!


Saksikanlah sendiri penderitaan akibat malapetaka bom atom





Mesej keamanan yang dikumpul akan dibawa pulang ke Nagasaki Peace Memorial Hall untuk disimpan.


Pohon Keamanan...origami yang dihasilkan oleh para pengunjung akan digantung dan seterusnya di simpan di Nagasaki Memorial Hall.

Origami & Mesej Keamanan.
Antara aktiviti pameran adalah pembuatan origami (paper cranes) dan menulis mesej keamanan. rupanya ada sejarah dlm membuat cranes. sememangnya orang Jepun pandai membuat paper cranes, namun ia menjadi fenomena terutama di Nagsaki dan Hiroshima apabila salah seorang mangsa ledakan Bom atom di Hirsohima, iaitu Sadako Sasaki menderita leukimia selepas 10 tahun terdedah oleh radiasi. ketika kejadian beliau baru berusia 2 tahun.
sepanjang di hospital untuk merawat penyakitnya, beliau percaya dengan membuat cranes sebanyak 1000 penyakitnya dapat disembuh. bagaimanapun setelah 8 bulan menderita akhirnya dia meninggal. berita ini mengejutkan rakyat jepun dan merupakan kematian akibat radiasi yang paling menyentuh hati.. rakan-rakannya yang mendengar cerita pembuatan paper cranes oleh Sadako telah membuat perkara yang sama. ia seterusnya menjadi simbol keamanan mereka dengan harapan ledakan bom atom tidak berulang lagi.
Untuk pengetahun, kesemua paper cranes dan mesej keamanan yang dibuat ini akan dibawa pulang dan disimpan di Nagasaki Peace Memorial Hall di Jepun.

inilah wajah Sadako Sasaki
Kesedaran & Keinsafan

Apakah hikmah @ pengajaran di sebalik serangan tentera Jepun ke atas Pearl Houbour dan kezaliman mereka terhadap penduduk Tanah Melayu dan China vs serangan bom atom ke atas bandaraya Hiroshima dan Nagasaki. Adakah ianya salah satu bentuk balasan di atas segala tindakan mereka terhadap negara luar. Itu juga tidak dapat saya pastikan.
Namun, apa yang boleh saya pastikan kesemua perlakuan yang tidak berperikemanusiaan itu adalah impak besar jika pemimpin yang ego, mementingkan diri sendiri memilih alasan untuk berperang jika gagal mencapai kata sepakat di meja rundingan, maka peranglah jawapannya!.

Dan sebagai seorang insani, saya cukup bersyukur dapat hidup dalam negara yang serba aman makmur ini dan paling penting tidak berhadapan dengan peperangan tragis ini. Walau bagaimanpun, sebagai insan juga saya turut bersimpati dengan nasib mereka yang terpaksa mengharungi dan menderita sebagai mangsa akibat peperangan.
Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu terdapat teori mengatakan bom atom yang diletuskan di dua bandaraya Jepun itu sebagai bahan eksperiman untuk US menguji sejauh mana kehebatan kedua-dua bom tersebut. ‘Bagus’ betul ‘bahan eksperimen’ dorang!!!. Patutlah dalam filem dokumentari yang ditayangkan di pameran menunjukkan beberapa tentera US berada berlegar di pusat ledakan untuk mengesan radiasi tidak berapa selepas ledakan.

Dengan demikian segala yang berlaku (hasil Perang Dunia I & II) ini diharap membuka mata kepada setiap pemimpin negara di dunia untuk tidak mengulangi sejarah kembali. Jadikan ia semua satu bentuk pengajaran dan jangan memperjudikan nasib rakyat hanya kerana anda berbeza ideologi, ego, membangga diri dengan kekuatan ketenteraan dan senjata masing-masing atau apa jua alasan anda untuk melancarkan perang.

Sebaliknya bersamalah berganding bahu, bertoleransi, bersama mencapai kata sepakat secara aman untuk memastikan keamanan sejagat yang abadi dan tiada lagi perang dunia seterusnya. Memetik kata-kata akhir ceritera dari Encik Watanabe, katanya;

”peperangan menjadikan manusia membunuh sesama sendiri dan akan mempengaruhi hati budi manusia. Kita semua tidak memerlukan senjata nuklear dan senjata pembunuh yang lain sekiranya peperangan dapat dihapuskan.

(No more Hiroshima, No More Nagasaki, No More War….)

- bulan ramadhan sepanjang tahun sejak duduk di taman batu muda ni, saya dan famili rasa seolah-olah berada di zon perang..mana taknya umah depan surau dan padang..so budak2 suka lepak depan umah dan melancarkan pelbagai serangan mercun bertubi-tubi....mengganggu keamanan betul!bingit telinga dibuatnya!..ayah dah banyak kali suh main jauh2 sikit , tengah padang ker..tapi hampeh, buat sakit tekak jer...tak makan saman... samapaikan anak buah umur 4 tahun pun selalu cakap,.." hei diamlah!..hehehe...

















Gadis yang terbakar tangannya

suka tengok langit biru..dirakam dalam kete dan jem

Sebuah kisah menarik yang dipetik dari buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

PADA suatu ketika, ada seorang gadis yang bernama Jariah datang menemui Rasulullah SAW. Ketika itu dia dalam keadaan sedih sambil memegang tangannya. Dia mahu mengadu kepada Rasulullah tentang tangan kanannya yang sakit dan merah kehitaman.

"Ya Rasulullah, tolonglah saya. Saya tidak mampu menahan kesakitan tangan saya ini. Sudilah Rasulullah mendoakan tangan saya ini supaya pulih seperti sediakala," rayu gadis itu.
Rasulullah berasa terharu dengan penderitaan gadis itu, lalu baginda berkata, "Wahai Jariah, kenapa tanganmu itu boleh terbakar?"

"Pada malam tadi, saya bermimpi. Ketika saya bangun, saya dapati tangan saya sudah terbakar," kata gadis itu lagi.

Rasulullah pun bertanya kepadanya, "Cuba ceritakan kepadaku tentang mimpi kamu."
"Malam tadi, saya bermimpi seakan-akan hari kiamat telah datang. Suasana dunia menjadi goncang, gunung-ganang berterbangan. Ia sungguh mengerikan dan tidak pernah saya melihatnya sebelum ini. Saya juga dapat melihat orang-orang di dalam neraka Jahanam yang meluap-luap apinya.

"Di tempat lain pula saya melihat syurga yang luas dan terbuka lebar. Ketika saya menyaksikan api neraka Jahanam itu, saya seolah-olah pengsan kerana ngeri melihatnya. Saya sangat terkejut apabila melihat ibu saya berada di dalam jurang neraka. Keadaan ibu sangat menyedihkan. Saya hairan kenapa ibu ditempatkan di neraka sedangkan dia membuat amalan baik di dunia," terang gadis itu.

"Bagaimana keadaan ibu kamu ketika di dunia?" tanya Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, ibu saya adalah seorang yang kuat beribadat, taat kepada suami, sabar dan bercakap benar," jawab gadis itu.

"Mengapa ibumu ditempatkan di neraka?" tanya Rasulullah lagi.
"Di dalam mimpi saya itu, saya telah bertemu dengan ibu. Ibu mengatakan itulah tempat bagi orang-orang yang bakhil. Hanya sehelai kain dan sepotong lemak yang dibawanya di mana dia pernah menyedekahkannya sewaktu berada di dunia.

Dengan amalan itu sahajalah, ibuku dapat berlindung daripada api neraka. Kemudian saya bertanya pula kepada ibu, di manakah ayah berada? Ibu memberitahu ayah sedang berada di syurga.

Kemudian, saya pun pergi mencari ayah di dalam syurga. Saya lihat ayah sangat bahagia di situ. Ayah sedang memberi minuman kepada sahabat-sahabatnya. Air minuman itu diambil daripada tangan Saidina Ali, kemudian Saidina Ali pula mengambilnya daripada Saidina Umar dan Saidina Umar juga mengambil air itu daripada tangan Rasulullah.

Kemudian, saya bertanya kepada ayah, kenapa ayah memberi minuman itu kepada orang lain, kenapa tidak memberikan minuman itu kepada ibu? Ayah memberitahu saya bahawa ibu berada ditempat orang-orang yang bakhil dan orang-orang yang membuat maksiat kepada Allah. Dengan sebab itulah, Allah mengharamkan mereka daripada telaga Rasulullah.

Wahai Rasulullah, saya kasihan melihat ibu, lalu saya mengambil air dari telaga Rasulullah, kemudian diberikan kepada ibu untuk diminum. Tiba-tiba, ibu saya mengeluarkan suara yang menakutkan. Allah telah membakar tangan saya kerana memberikan ibu minum air yang diambil dari telaga Rasulullah. Sedangkan telaga itu hanya untuk orang-orang yang tidak membuat maksiat dan orang-orang yang suka berbuat sedekah," cerita gadis itu dengan jelas.

Maka Rasulullah berkata kepada gadis itu, "Kerana sifat bakhil ibumu itulah yang menyebabkan dia menjadi penghuni neraka".

Setelah melihat tangan gadis yang terbakar itu, Rasulullah meletak tongkatnya pada tangan gadis itu sambil berdoa, "Ya Allah, ya Tuhanku, sembuhkanlah tangannya."

Dengan kehendak Allah SWT dan berkat daripada Rasulullah, tangan gadis itu sembuh seperti sediakala.

-sama-samalah kita ambil iktibar di sebalik kisah ini....

Wednesday, July 22, 2009

Apakah pernah kita mengalami perasaan malas beribadah

Telah sekian lama saya menyimpan koleksi artikel-artikel berunsur keagamaan, kerohanian, muhasabah diri, motivasi dan sebagainya seperti tajuk artikel ini. Dengan harapan diri ini dapat diperbaiki walau tidak secara drastik tetapi beransur-ansur menuju ke jalan yang lebih baik, lebih hampir dengan Penciptaku..InsyaAllah...walaupun kuakui begitu banyak cabaran dan dugaan dari 'anasir-anasir' jahat yang sentiasa cuba menyesatkan umat Rasullulah..saw...

Ya Allah aku berlindung kepadaMu dan memohon agar diperkuatkan iman ku melawan hasutan syaitan...

Lantaran itu, sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dosa kecil mahupun besar..kesalahan yang mungkin dianggap dosa kecil tetapi jika sering dilakukan dan diamalkan sudah pasti menjadi besar, dosa yang selama ini dianggap remehatau dipandang enteng rupa-rupanya dijanjikan pembalasan yang cukup besar di akhirat kelak.


Apapun saya cuba dan masih lagi bermuhasabah diri, masih cuba untuk memperbaiki diri, walaupun ia bukan suatu perkara yang mudah...

Untuk teman-teman yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni (yang lebih banyak merapu meraban ni..;p), khas post di pagi jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, saya selitkan di sini petikan artikel menarik untuk dikongsi bersama..saya pun dah lupa dari mana saya ambil..harapnya kita sama-sama dapat mengambil pengajaran darinya...

Yang mana baik datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk dan seburuk-buruknya itu dari diri saya sendiri...

----------------------------------persembahan artikel...................

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah. Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri.

Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya.

Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat. Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita.

Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka.

Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando.

Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis. Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan.

Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Monday, April 27, 2009

kisah Teladan- Pisang & Hati

baca dan nilai moral di sebaliknya..(saya pun kenalah buat jugak..hehe)

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Friday, February 6, 2009

mereka lebih Islam dari aku yang Islam lagi hina ini..

Josh Hassan, Yahudi peluk Islam
petikan dr utusan online:

Jika saya tidak memeluk Islam, mungkin saya seorang penganut Hindu atau seorang Kristian. Tetapi mengapa saya hendak menyembah seorang Nabi (Nabi Isa a.s) sedangkan baginda sendiri tidak pernah mengaku dirinya mempunyai ciri-ciri ketuhanan untuk disembah oleh manusia.

Demikian pengakuan Josh Hassan, yang dilahirkan sebagai Yahudi. Menjelang usia 10 tahun, kedua-dua orang tua saya memasukkan saya ke Conservative Syanagogogue. Ia terletak di Brookline, Massachussetts yang majoriti penduduknya terdiri dari bangsa Yahudi. Saya dihantar ke situ semata-mata bagi mempelajari bahasa Hebrew dan mendalami agama Yahudi itu sendiri.
Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada Yahudi dari Israel yang berjaya membuatkan saya percaya kepada kebenaran agama itu. Di usia semuda itu, saya seorang yang percaya kepada wujudnya tuhan. Juga begitu berminat untuk membaca kisah-kisah dari Kitab Taurat dan Kitab Perjanjian Lama yang kesemua ini menjadikan saya menjadi seorang kuat berpegang kepada Yahudi melebihi dari ibu bapa saya sendiri dan rakan-rakan saya yang lain.

Begitu pun ketika dalam pengajian mengenai Yahudi dan Israel di Rumah Ibadat Yahudi itu saya ditemukan dengan satu agama yang agak baru kepada saya, iaitu Islam. Namun yang lebih mengejutkan apabila Islam juga mempercayai Tuhan yang Satu 'sebagaimana' ajaran utama Yahudi. Saya begitu tertarik dengan kepercayaan umat Islam terhadap Allah, kitab suci mereka al-Quran serta menunaikan haji ke Mekah.

Namun, oleh kerana pengajian di situ mempunyai agenda tersembunyi iaitu tarikan kuat terhadap Israel, fikiran saya telah kuat dipengaruhi bahwa Islam terdiri daripada pengganas-pengganas yang sentiasa bertindak kejam dengan menjadikan orang Yahudi sebagai sasaran serangan letupan dinamit.
Saya perlu berpegang teguh bahawa orang Yahudi, merupakan umat terpilih dan orang Arab itu, terdiri daripada mereka yang kesemuanya jahat belaka. Sejak itu saya tidak lagi mendengar mengenai Islam sehinggalah pada tahun 1999.

Dalam tempoh itu, terutamanya dari tahun 1994 hingga 1995 keluarga saya telah menukar daripada ajaran Yahudi yang ortodoks kepada yang lebih liberal yang kami panggil Yahudi Baru (Reform Jews). Melaluinya Rabbi kami bukan lagi kosher. Namun di suatu saat saya mula meragui kemampuan Rabbi, iaitu seorang pemimpin suci sebagai lelaki yang memimpin kesemua penganut Yahudi supaya mendekati Tuhan.

Kekecewaan terhadap agama Yahudi yang semakin tumbuh dalam diri menyebabkan tanpa ada pilihan lain, minat saya kembali semua kepada agama Kristian. Saya berasa agak kagum ketika itu melihatkan agama Nasrani ini kerana sepertinya agama itu mempunyai kekuatan yang tersendiri setelah sedikit demi sedikit saya mendapati Yahudi merupakan agama yang korup.

Lalu saya melangkahkan kaki buat pertama kali dalam upacara sembahyang di sebuah gereja dan cuba bercakap dengan para paderi ketika itu. Tetapi saya menghadapi saat yang paling sukar yang pernah saya lalui untuk mempercayai Nabi Isa a.s sebagai dewa atau tuhan yang layak untuk disembah. Tetapi saya terpaksa memaksa diri saya untuk menyembah kepada 'Anak Tuhan' itu dengan sedaya upaya tetapi saya masih tidak menemui jawapan.

Oleh kerana saya masih keliru, saya terus mempelajari Catechism (Soal Jawab Kristian) dan mengikut upacara sembahyang tanpa saya melakukan upacara baptis terlebih dahulu. Tambahan pula, saya belum boleh diterima dalam mazhab Katholik kerana seseorang yang hendak memeluk Katholik perlu mempelajari terlebih dahulu selama sembilan bulan.
Tetapi andai kata saya meninggal dunia sebelum sempat sembilan bulan, adakah para paderi tersebut akan bertanggungjawab terhadap status agama saya. Sedangkan mereka tahu saya mempunyai niat memeluk Kristian.

Saya akhirnya tidak mampu untuk menerima Kristian kerana seperti yang saya dengar sebelum ini dan seperti yang saya pelajari, agama itu dipenuhi doktrin-doktrin yang tidak benar.
Pada 26 Januari 1999 saya terus berhenti menghadiri kelas-kelas mengenai ajaran Kristian. Tindakan itu begitu menggembirakan orang tua saya. Tetapi saya masih percaya mengenai wujudnya Tuhan Yang Satu dan sehinggalah pada suatu hari ketika berada di sebuah perpustakaan dan melalui rujukan saya melalui Ensiklopedia Britannica saya menjumpai kisah Nabi Muhammad SAW.

Namun saya amat sedih apabila diceritakan mengenai baginda dikatakan telah menyembelih kesemua orang Yahudi yang berasal daripada pelbagai kabilah terutama semasa baginda berhijrah ke Madinah. Saya berasa sungguh marah dan keliru dalam masa yang sama, saya telah diajar sedari dulu mengenai tindakan Rasulullah yang membunuh dan menyembelih orang Yahudi menyebabkan kini saya seolah-olah telah kehabisan pilihan.

Namun saya tahu bahawa ensiklopedia itu juga korup dan saya bercadang untuk mengenali rumah ibadat dalam islam iaitu masjid seperti yang disebut dalam ensiklopedia itu.
Sehinggalah pada 28 Februari 1999 saya ternampak sebuah masjid di Jalan Prospect di Boston dan tanpa membuang masa saya mengunjungi masjid tersebut. Hati saya begitu berdebar-debar kerana saya mudah dikenali sebagai Yahudi dengan identiti yang saya miliki. Sehinggalah saya dibawa menemui anggota jemaah masjid tersebut sebaik sahaja mereka selesai melakukan ibadat.

Saya menyatakan hasrat untuk mempelajari Islam kepada mereka dan tanpa disangka-sangka perkara tersebut disambut baik oleh mereka. Saya umpama dihujani hadiah dalam satu masa yang sama, apabila kesemua lelaki di masjid itu berlumba-lumba memberi penerangan mengenai Islam kepada saya.

Saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan dan merasakan tempoh untuk saya memeluk Islam semakin dekat dan saya cukup bersedia untuk melafazkan kalimah syahadah.
"Tetapi adakah anda pasti? Anda tidak dipaksa untuk melakukan perkara ini (memeluk Islam!)," ujar mereka dalam nada bersaudara dan mesra. Saya agak terkejut dan mengakui saya tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan sehinggalah saya benar-benar mantap dan mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Jadi, hari itu saya belum memeluk Islam secara rasmi. Namun ia merupakan hari Sabtu yang indah apabila kami terus berkenalan daripada semua anggota jemaah masjid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berbeza latar belakang. Saya mendapati mereka semua mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, iaitu menyembah Tuhan yang satu, iaitu Allah SWT. Sehinggalah pada 6 Mei 2000, saya kembali ke masjid, yang ketika itu saya perhatikan para jemaah sedang menunaikan solat zuhur dan sujud kepada Allah.

Saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama. Sejurus selesai mereka berjemaah, saya tampil untuk memeluk Islam secara rasmi. Dalam seumur hidup saya, mengucap dua kalimah syahadah itu kemudiannya didapati merupakan perkara terbaik yang pernah saya lakukan.

Tetapi kalaulah saya melakukan lebih awal lagi, tidakkah itu adalah lebih baik lagi?!.

Dakwah seni Peter Sanders

lagi petikan menarik dari utusan online:

NAMA Andreas Gursky (lahir 1955) mampu membuatkan kita semua ralit. Jurugambar terkenal dari Jerman ini mampu memberikan sentuhan-sentuhan seni berestetika tinggi terhadap semua hasil-hasil karya walaupun hanya dalam bentuk gambar!

Ini kerana gambar seperti yang disifatkan oleh sesetengah pihak merupakan hasil seni yang sebenar, realisme! Tidak kabur, tidak mujarad (absurd) tetapi masih dengan nilai-nilai tersendiri yang hebat.

Maka tidak mustahil apabila karya Gursky yang bertajuk 99 cent 1999 yang dihasilkan pada tahun 1999 menjadi gambar fotografi yang paling mahal di dunia. Ia apabila Sotheby berjaya melelongkan gambar itu pada 7 Februari 2007 dengan harga RM11.7 juta. Walhal gambar itu adalah mainan warna-warni produk-produk sebuah pasar raya yang dirakam dengan begitu menarik oleh Gursky. Objeknya mudah, namun subjek terpulang kepada yang melihatnya untuk intepretasi gambar tersebut.

Namun dari Barat ini juga, nama seperti Peter Sanders yang berasal dari England, lebih menjadikan seni fotografi itu agar lebih bermaruah. Peralatan kamera beliau jadikan senjata yang paling ampuh dan menepati sasaran agar tiada lagi kekeliruan dan pemikiran yang sempit dan kolot mengenai Islam.

Ini menyaksikan Sanders mengabdikan seluruh diri dan kehidupannya demi mendapatkan wajah-wajah yang memberikan pelbagai perspektif yang berbeza mengenai Islam.
Namun tidakkah penganut dan elemen semua agama di dunia ini membawakan bersama mereka wajah-wajah yang indah dan menarik? "Semua agama mempunyai keindahan mereka tersendiri tetapi keindahan Islam sering dibayangi dengan pelbagai fitnah keganasan, kemiskinan, ketinggalan dan segala macam yang bobrok dan buruk.

"Jadi, jika tidak saya yang beragama Islam mempunyai kemahiran, perlukah kita menunggu orang lain melakukannya untuk kita, bukan sahaja soal membersihkan imej namun sebagai satu elemen untuk menyampaikan mesej dakwah?" katanya dalam satu pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Dalam nada bergurau, penulis menyifatkan usaha Sanders ini, tidak sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, sanggup ke serata pelosok dunia bagi merakamkan wajah-wajah Islam untuk tatapan semua.

"Pastinya saya bukan Rasulullah tetapi saya meneruskan usaha yang sewajarnya untuk Islam, namun baginda masih yang terbaik untuk segala-galanya. Walaupun saya berperanan umpama jambatan bagi menghubungkan khususnya Islam kepada dunia Barat tetapi apalah sangat berbanding usaha kita ini dengan segala macam pengorbanan yang dilakukan oleh baginda," katanya sambil tersenyum. Berkali-kali beliau menegaskan tidak sebagaimana anggota masyarakat seni yang lain, hasil karyanya bukan bertujuan mengembungkan poket.
"Saya tidak beroleh apa-apa, sama ada dari beratus ribu keping gambar yang diambil dan buku-buku yang saya hasilkan kerana apa yang penting Islam mesti dibela walaupun dari sekeping gambar," tegasnya.

Maka apa wajarnya lagi Peter Sanders untuk bergelar saudara baru? Tentu sekali tidak sejak memeluk Islam pada tahun 1971. Malah beliau sendiri tidak suka dengan gelaran itu kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah berlaku transisi dalam hidup dan kesanggupan untuk menerima apabila ditawarkan mengenai Islam.

"Ada sesetengah menolak sesudah ditawarkan tetapi saya tidak ada masalah untuk menerima Islam itu dan dalam masa yang sama, saya masih mengekalkan diri saya, Cuma mungkin saya menjadi seorang yang sedikit bijak dan agak penyabar. "Ini kerana seseorang yang berjanggut merah datang dan berkata, saya seorang Islam. Jadi adakah saya juga perlu mewarnakan janggut bagi menunjukkan saya juga seorang Islam," soalnya.

Sejak pernah menyiarkan kisah pengislaman Sanders pada tahun 2006 di Mega, Utusan Malaysia, sedari itu azam ditanam untuk menemuinya dan kesempatan menemuinya sempena Pameran 'Seni Perpaduan: Islam di Britain' yang berlangsung dari 20 Januari lalu hingga 20 April 2009, menampilkan gambaran mendalam akan kehidupan umat Islam di Britain di Muzium Kesenian Islam, didapati Sanders seorang yang sangat sederhana. Tidak sahaja pada penampilan, tetapi beliau sesekali tidak akan menjual pengaruh kuat yang beliau miliki untuk menjadi seorang ahli politik.

"Mengapa perlu?" soalnya kembali.
"Cukuplah saya seorang bergiat dalam seni (fotografi) saya tidak boleh menjadi seorang ahli politik, saya tidak menggemari (politik) kerana politik satu fenomena seperti cuaca, kerap berubah. Malah kerap kepada yang kotor.

"Saya faham politik itu bagaimana kita memanipulasi interaksi sesama manusia tetapi bagi saya seorang ahli politik yang tulen, jika siang dia berpolitik maka pada sebelah malamnya dia seorang yang beribadat sepanjang malam. Jadi, jika dia mengambil tindakan, ia merupakan tindakan yang diberkati malah datangnya dari Allah. "Jika berpolitik tanpa sembahyang dan bermunajat kepada Allah, apa maknanya itu? Saya tidak boleh, jika saya berpolitik saya mungkin ahli politik yang memberi bencana kepada orang lain," katanya.

Namun dari raut wajah, Sanders tidak mampu menyembunyikan perasaan kecewa di saat pengabdian beliau tercemar dengan detik-detik keganasan Israel terhadap umat Islam yang sangat beliau sayangi itu. "Di saat saya mengabadikan keunikan Islam dengan seribu satu wajah keriangan, senyuman, kehidupan yang aktif, kejayaan, kepakaran dan sebagainya hari ini, semua ini seolah-olah sudah tidak bermakna lagi apabila begitu ramai umat Islam yang menderita dalam neraka dunia dan menempuh kematian mereka dengan seribu satu kengerian," katanya.

Namun bagi Sanders, kekecewaan bukan tembok penghalang, malah jika di satu bahagian umat Islam ditindas perlu ada umat Islam di bahagian dunia lain yang bebas dan merdeka meneruskan perjuangan tanpa henti agar memberi kekuatan kepada yang ditindas itu.

Namun tahukah anda mengapa Sanders gemar merakam wajah-wajah wanita Islam sebagai subjek utama dalam medium fotografinya itu?

"Saya bukan hendak mendiskriminasi mana-mana pihak atau mengambil kesempatan terhadap keunikan yang tergambar melalui wajah dan aktiviti wanita sebagai subjek utama saya.
"Tetapi kerana saya tidak mahu Islam dikenali sebagai dunia yang dikuasai oleh lelaki. Elemen lelaki, wajah bengis bersama pedang sering kali menjadi gambaran oleh golongan bukan Islam," katanya. Ini mendorong Sanders hendak menceritakan hakikat sebenarnya wanita-wanita Islam hari ini. "Mereka golongan yang memainkan peranan yang sangat aktif walaupun hanya bergelar suri rumah. "Walaupun kadang kala ada enggan wajah mereka dirakamkan tetapi apabila saya menjelaskan niat sebenar saya, mereka akhirnya bersetuju dan membenarkan wajah dan aktiviti mereka dirakamkan melalui lensa kamera saya ini," katanya.

Namun anda tentu lebih tertanya mengapa Sanders tidak membawakan mesej-mesej dari Bandar Gaza, Palestin yang bagai neraka dunia itu.

"Selain saya bukan bertugas sebagai jurugambar atau koresponden perang, adakah anda yakin saya mempunyai hati yang kuat dan tabah? "Saya terlalu simpati terhadap ramai kalangan rakan yang bertugas di zon perang, mereka akhirnya tidak mampu hatta untuk tidur akibat tugas-tugas yang mencabar itu," katanya.

Ini tentu mengingatkan anda kepada jurugambar terkenal dari Afrika, Kevin Carter. Apa yang terjadinya kepadanya selepas tiga bulan berjaya merakamkan gambar kebuluran seorang kanak-kanak Somalia yang kurus kering menanti saat untuk diratah oleh burung hering!
Walaupun pada Mei 23 1994 beliau dianugerahkan Hadiah Pulitzer kategori Feature Photography pada 27 Julai 1994, beliau membiarkan gas karbon monoksida dari lubang ekzos lori kecilnya menjadi racun membunuh dalam usahanya untuk membunuh diri dalam usia 33 tahun.

Beliau meninggalkan nota bunuh diri antara lain yang berbunyi: "Aku begitu tertekan, tanpa duit untuk menyara kanak-kanak (kebuluran)...Aku begitu dihantui dengan memori-memori kejam pembunuhan dan mayat-mayat serta marah dan kesakitan...kanak-kanak yang kebulur dan cedera, lelaki-lelaki yang gembira sambil membunuh..."

Mereka mungkin mempunyai jiwa yang kuat tetapi jika sering diasak dengan tugas-tugas untuk merakamkan kematian tragis, maka seorang Islam yang hebat seperti Peter Sanders tidak mustahil pada suatu hari akan tumbang juga akhirnya.

Lalu Sanders atau nama Islamnya, Abdul Al Adheem akan terus berada di lokasi-lokasi di mana Islam itu indah, Islam itu adalah yang paling benar!

"Saya pernah ke Baitul Maqdis, Palestin sebanyak dua kali dan perasaan saya adalah yang paling pilu ketika itu dan ini membuatkan saya berazam untuk membebaskan bumi suci itu hatta dari tiap sudut bahagian dunia dan tidak ada perkataan jauh untuk itu," katanya.

-nanti aku ingin melihat gambar-2 nya di Muzium Kesenian Islam, pasti menarik!

Tuesday, February 3, 2009

Janganlah begitu...

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yangberlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa kerana mati boleh datangbila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan, Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

akibat tak dengar kata...

wah tajuk post aku kali ni macam gempak jer kan..macam tajuk sinetron indonesia mlm2 kat tv9 tu erk yang banyak ceritakan tentang akibat tu akibat ni..dah lama juga aku tak tonton citer2 tu..entah ada lagi ker idak..

aku sahaja jer guna tajuk di atas untuk kaitkan dengan pengalaman aku lewat petang tadi..pengalaman yang cukup membuatkan aku kecut perut, terketar2 samapai nak tekan klac pun tak larat...hehe

al-kisahnya sebelum aku pulang kerja jam 5.30 petang, hujan sudahpun turun dgn lebat..aku yang tak sabar2 nak balik ni ambil keputusan kurang bijak untuk redah juga..walhal serentak ketika itu juga aku dalam dilema, berbelah bagi untuk pulang pada waktu itu juga atau tidak. aku masih ingat kata2 dari berapa orang kenalanku dan juga stafku sendiri bahawa lazimnya kalau hujan2 lebat sebegini pasti akan mengundang banjir di depan pintu masuk um lagi, tambah mereka lagi, selalu kereta2 terkandas akibat ditenggelami air.
"ah mungkin sempat lagi ni, aku samapi sebelum banjir naik," kataku sedapkan hati untuk menyokong tindakan 'beraniku' itu.

dalam beberapa meter sebelum sempat melalui pintu gerbang utama, aku dapat menyaksikan sekelilingku penuh dengan air...umpama berada di pesisiran pantai..pokok2 pun hampir suku ditenggelamkan air, air dari parit besar mengalir deras yang kelajuannya cukup sesuai sekali untuk orang yang sanggup main papan luncur (merentas ombak tu)...takku sangka samapi begitu sekali keadaannya setiap kali hujan lebat.

aku apalagi ketika itu sudah tidak boleh berpatah balik, nak ku u-turn ku lihat air juga semakain tinggi dan ada kereta teragak2 untuk melintasnya..jadi aku teruskan juga melalui kawasan banjir tersebut..air naik begitu pantas..kakiku pun terketar2, dek sejuk kerana kesejukan air-corn dan akibat takut pun yer...perasaan macam air masuk dlm keter jer..hehe.. ketika berhenti di satu sudut dan menunggu giliran untuk bergerak, aku sempat bertanya pada abang pengawal keselamatan yg sedang menjaga trafik ketika itu.." bang, boleh ker kete saya melintas ni (maklumlah keretaku agak rendah).

"pakai gear 1, speed jer, jangan berhenti , naik atas bukit ni terus dulu pun takpe." kata abang tu penuh bersemangat.

aku pun ikutlah cakap abang tu, sambil bertawakal agar keretaku tak tersangkut...aku press minyak smpailah aku naik ke atas bukit menuju ke ipbba..tempat yang tak pernah2 aku pergi walaupun dekat dengan tempat kerjaku (mungkin pernah kot datang interview seorang pengetua). pada mulanya kete ku 'terbatuk2' gak sikit mungkin masuk air...tapi aku cepat2 presss minyak agar enjin tak mati..samapilah aku parking di depan sebuah musollah. alhamdulillah kereta dah ok sikit..

akupun lepaklah kat sana samapi jam 6.45 tunggu hujan berhenti, sebelum meneruskan perjalanan pulang..dalam perjalanan pulang melalui jln bangsar tu, aku dapat lihat beberapa buah kete tersadai di tepi jalan, ada yang menunggu giliran di angkat oleh trak penunda...mercedes pun ada you..
alhamdulillah..nasib baik kereta aku tidak mengalmi keadaan seperti mereka..kalau tidak entahlah, apalah aku nak buat kalau terjadi..hehe

serius ku katakan bahawa pengalaman tersebut cukup menakutkan aku, risau dan panik...menyesal lak tak dengar kata orang...hah..rasakan aku!
selepas ini, aku tidak mungkin pulang dlm keadaan hujan lebat lagi..biarlah bila hujan beransur reda..samapi malam pun malamlah..:)

so moral of the story is...."lu fikirlah sendiri...! ..:)

(kenyang makan spegeti buatan sendiri)

Tuesday, December 23, 2008

Hikmah Berwudhu Dengan Niat

Semoga dengan sedikit ilmu yang dicalitkan di sini akan memberi kebaikan pada diri dan anda sekalian untuk di bawa ke 'sana' kelak..InsyaAllah..

Hikmah Berwuduk Dengan Niat

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.















Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?



Wednesday, October 22, 2008

aku nyaris...

Hari ini aku keluar dari rumah seperti biasa menuju ke tempat kerja ku di Bangsar. Seperti biasa juga aku menyusuri laluan Lebuhraya Mahameru dengan kereta kesayanganku (ekceli kereta ayah.., aku belum mampu beli sebuah :) ) pada kadar sederhana laju maklumkan kawasan itu lazimnya agak lenggang...lagipun kereta pun baru dibaikpulih, melayanglah juga RM2 ribu...tapi bila enjin dah ok, lain pulak yang rosaknya, aircon lak tak sejuk...aduih..pening2...

Nasib baik aku pergi dan pulang dr tempat kerja jarang buka aircon. Aku sorang-sorang dalam kereta tu tak kisah sangat..kalau ada penumpang maunya berpeluh diaorang macam tengah bersauna kot..hehehe

So ketika aku memberi signal untuk mengambil lane tengah, tiba-tiba terdengar bunyi orang brake kereta kuat sangat, aku menjeling ke belakang menerusi lampu sisi kerana kufikirkan akukah yang menyebabkan kereta yang berada di lane kanan sekali itu berhenti secara drastik begitu...

Tapi rupa-rupanya semua kereta di hadapan menjadi perlahan tiba-tiba sebab ada sedikit kemalangan berlaku antara 2 buah kereta dan berhenti di tepi jalan. Nasib baik aku sempat mengalihkan pandangan mataku ke hadapan semula dan menekan brake apabila kereta mulai perlahan. Fuhhh.. berderau darahku dan rasa panik sekejap, kerana nyaris melanggar kereta di hadapanku...syukur tidak berlaku perkara ngeri itu..

Belumpun abis kepanikkan aku tu, di hadapan tak samapai 10 meter pula berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton baru BML platnya WRU terhempas ke satu tembok, teruk jugalah...aku rasa tuan punya kereta tersebut wanita kot..aku tengok dia di sebelah kereta tersebut sambil ditemani seseorang.

Kesian dia, bukan hanya kereta baru dibeli kemek teruk, kena pulak baiki kereta tu..tapi yang membuatkan aku hairan bagaimana ia berlaku, boleh tersasar keluar dari jalan. Mungkin ada 2 teori berkemungkinan (wah pandai jer wat spekulasi..:)), pertama; mungkin wanita itu mambawa kereta agak laju sehingga sukar dikawal lalu merempuh tembok itu atau kedua ada masalah dengan kereta barunya itu dari segi penyelenggaraan atau sebagainya...wallahualam

Aku bukanlah nak menuduh kereta buatan malaysia tidak bagus dari segi kualitinya, tetapi banyak juga aku dengar mengenai masalah kereta tempatan ini, walaupun baru dibeli seminggu dua, (sahabatku dan ’adik angkatnya’ jangan marah yer..(mereka pengguna baru) hehe), ada jer yang bunyi tak sedap di belakang kereta, alarm tak berfungsilah, stering bergegar dan sebagainya...

itu pendapat peribadiku sahaja..

Tuesday, October 21, 2008

Barbarisme Barat-Eropah

"BARAT adalah penjahat terbesar dalam sejarah. Barat adalah suatu kebetulan. Kebudayaannya adalah suatu hal yang tidak wajar, kerana tidak mempunyai dimensi yang asli," ungkap Roger Garaudy, seorang pemikir besar Perancis, dalam bukunya Promesses De L'Islam (Janji-janji Islam).

Garaudy, seorang pengkritik keras terhadap kebudayaan Barat Eropah, pernah menyandang jawatan Setiausaha Agung Parti Komunis Perancis dan akhirnya memeluk Islam setelah sekian lama mengkaji hubungan kebudayaan Barat dan Islam serta kecewa dengan Barat Eropah yang menganggap Islam sebagai musuh yang berbahaya.

Garaudy dengan sifatnya sebagai seorang bangsa Barat Eropah Perancis telah menentang keras sikap membuta-tuli Barat Eropah terhadap Islam dan mengingatkan hutang budi Barat Eropah kepada Islam yang tidak putus membantu pengetahuan Barat dalam menyuburkan seni, sains, sastera dan falsafah.

Bahkan Garaudy berkesimpulan bahawa Timur lebih maju daripada Barat Eropah yang belum cukup beradab, menjajah dan memanipulasi hasil bumi serta menebal rasisnya.
Garaudy menyuarakan pandangannya itu pada awal tahun 1980-an dan kebenaran pandangannya tetap relevan sehingga kini.

Ini terbukti apabila di koloni Jerman baru-baru ini telah diadakan Kongres Antarabangsa anti-Islam yang mendapat tentangan dari Malaysia. Memang sejarah Barat Eropah adalah sejarah berperang. Mereka menawan bangsa-bangsa bukan Eropah dengan begitu kejam sekali untuk mendirikan negara-negara baru dan empayar-empayar mereka.

Kerakusan ini diteruskan atas nama menghapuskan terorisme global dan pemusnahan senjata nuklear. Ketika berlakunya serangan 11 September terhadap bangunan World Trade Center, New York, mereka menjadikan alasan terbaik bagi bangsa Anglo-Saxon Eropah untuk kembali ganas dan bengis serta menjustifikasikan alasan-alasan untuk melancarkan serangan terhadap orang-orang Islam sama ada yang bersalah atau tidak.

Mereka ingin menunjuk kepada dunia bahawa mereka kuat dan sesiapa yang mencabar mereka akan diserang oleh tentera habis-habisan.

Ziauddin Sardar, Ashis Nandy dan Merryl Wyn Davies dalam buku Barbaric Others: A Manifesto on Western Racism telah membahaskan dengan menarik bagaimana Barat Eropah melihat bangsa bukan Eropah sebagai biadab, hamba yang boleh dipergunakan sewenang-wenangnya.

Dengan berhujah bahawa sejak Christopher Columbus eksplorasi belayar untuk mencari dunia baru pada 1492, hasrat dan niat buruk Barat Eropah untuk mendominasi bangsa lain jelas terserlah.

Istilah Barbaric Other yang digunakan oleh Sardar sebenarnya menggambarkan kebalikkan bahawa Barat Eropah sebenarnya yang barbaric dan bukannya bangsa bukan Eropah yang diperanginya.

Namun, dengan perangkap psikologi, bangsa bukan Eropah telah berjaya diideologikan sebagai bangsa barbaric yang mundur dan perlu diberi tunjuk ajar untuk hidup dengan lebih bertamadun.

Menurut Sardar dan rakannya lagi, ideologi Barat Eropah sebagai suatu yang superior akhirnya menemukan tempat dalam hal-hal kebudayaan seperti perfileman dan puluhan hasil sastera sehingga segala-galanya harus dilihat dari kaca mata Barat Eropah yang menguasai.

Dalam karya-karya filem seperti Salvador arahan Oliver Stone dan Apocalypse Now arahan Francis Ford Coppola menggambarkan betapa operasi-operasi CIA berjaya menumpaskan penduduk tempatan yang gilakan kuasa dan akhirnya CIA berjaya mengembalikan keamanan dengan melantik 'orang-orang' yang disukainya.

Ini membenarkan apa yang dikatakan oleh sasterawan Inggeris, Joseph Conrad dalam Nostromo: A Tale of the Seaboard iaitu: "Kita orang Barat akan menentukan siapa penduduk asli yang baik atau yang jahat untuk mewakili kita. Kita ciptakan mereka, kita ajarkan mereka untuk berbicara dan berfikir, dan ketika mereka memberontak, mereka hanya menegaskan pandangan kita terhadap mereka sebagai anak-anak yang bodoh." (BODOH SUNGGUH ORANG BARAT)

Bagi Sardar, perjumpaan Dunia Baru Columbus merupakan simbol kepada kerakusan dan kekejaman Barat Eropah yang tidak henti-henti menguasai bangsa-bangsa lain dan terus menerus mencari wilayah baru untuk ditaklukinya.

Hari ini, mereka terus menjumpainya dan menguasainya atas nama globalisasi, IMF, Cyberspace, terorisme, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan bermacam-macam lagi.
Bangsa Barat Eropahlah yang sebenarnya barbaric. Dalam Kamus Inggeris-Melayu terbitan Utusan Publications, barbaric bererti biadab, ganas, kasar, kejam, bengis, dan manusia yang tidak bertamadun. Kesemua sifat ini terdapat dalam bangsa Barat Eropah yang kita kenali hari ini.

Namun untuk menghadapi kerakusan bangsa Barat Eropah yang barbaric ini tidaklah semudah yang disangka. Ini kerana mereka telah menjelma sebagai penentu agenda dalam segala hal sehingga kita sukar untuk lari daripada pergantungan terhadap mereka.

Lihatlah produk-produk sampah mereka seperti filem-filem Terminator dan Collateral Damage yang terus menguasai benak-benak kita; produk-produk makanan segera mereka terus menyelerakan kita sehingga pada saat-saat tertentu, kita sendiri menghadapi kesukaran untuk merumuskan jati diri kita sendiri. Itulah bangsa Barat Eropah yang barbaric yang cukup hebat dan licik.

Kita tetap tinggal sebagai bangsa Timur-Islam yang halus pekertinya tetapi hebat dimanipulasikan.


-artikel menarik kupetik dari utusan...

Monday, September 8, 2008

Berdoa satu Ibadah..

Artikel menarik aku baca pagi ni. Satu penulisan yang cukup bermanfaat dan sesuai bagi mereka yang sedang berhadapan dengan kekecewaan, ketidakcelaruan hidup, merasakan musibah cukup berat untuk ditanggungi, menganggap hidup ini tidak adil dan tidak lagi bermakna, menghadapi dugaan dari Allah (seperti yangku hadapi) dan seangkatan dengannya..

Semoga ia memberi perangsang dan sinar kepada diri dan juga anda, agar terus bangkit keluar dari kepompong kekecewaan, ratapan yang tidak berpenghujung, mudah melaungkan rasa putus asa dan seumpamanya. Sebaliknya anggaplah kesemua ujian itu sebagai kasih sayang Allah swt terhadap hamba-Nya. Ingatlah hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua..InsyaAllah..

petikan sumber dari utusan..

Biarpun Allah menentukan qadak, qadar seseorang, namun nasib yang dialami oleh seseorang itu ada kaitannya dengan tindak-tanduk, cara berfikir dan bertindak. Usaha yang dilakukan biar dalam keadaan apa sekalipun, tidak semestinya membuahkan natijah yang diharapkan. Banyak faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi tindak-tanduk seseorang.

Sesungguhnya, tugas seorang hamba itu ialah berusaha sebaik mungkin, berdoa kepada Allah, kemudian baru menyerah diri kepada-Nya. Itulah yang dinamakan tawakal. Hanya Allah yang menentukan segala-galanya, menurut ihsan-Nya yang tidak boleh diubah atau digagahi oleh manusia. Tugas kita ialah berusaha, manakala kemustajaban atau kemakbulan, itu ialah urusan Allah SWT.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, yang mempunyai rahsia qada dan qadar yang tidak mudah difahami atau dimaklumi oleh manusia. Sesungguhnya Allah apabila telah menentukan qada dan qadarnya, Ia mahukan agar setiap hamba itu reda terhadap-Nya.

Allah menyuruh agar setiap orang itu memohon kepada-Nya dan Dia akan memperkenan permohonan tersebut (Ghafir: 60& Ibrahim: 34). Dalam sebuah hadis riwayat oleh Ahmad, Abu Daud Tarmizi, Ibn Majah dan al-Hakim, dari Salman, ia bersabda: Sesungguhnya Allah itu hidup lagi mulia. Ia berasa malu apabila seseorang hamba itu mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu Ia menolak kedua-dua tangannya dalam keadaan kosong tersembunyi keduanya.

Berdoa
Keterangan-keterangan daripada al- Quran dan hadis-hadis memperlihatkan bahawa Allah mengharapkan agar setiap hamba itu berdoa kepada-Nya, dalam setiap keadaan, ketika kaya, mewah, juga ketika dalam kesusahan, kerana berdoa itu merupakan otak ibadah.

Andainya manusia itu memerlukan otak untuk semua urusan dan kegiatan harian, maka ibadah memerlukan doa. Berdoa adalah ibadah. Setiap ibadah yang dilakukan oleh manusia akan diberi ganjaran oleh Allah.

Oleh kerana itu, apabila seseorang itu memahami hakikat doa, falsafah dan rahsia doa, dia tidak akan berputus asa untuk berdoa, biarpun doanya masih tidak dikabulkan, kerana adanya ganjaran di sebalik doa yang dipohon.

Allah menjanjikan kemakbulan setiap doa. Namun demikian andainya doa seseorang itu masih tidak dikabulkan, sakit yang dideritai tidak sembuh-sembuh, biarpun puas berubat, hutang semakin banyak biarpun usaha bisnes dilakukan bersungguh, ini tidak bermakna Allah itu memungkiri janji-janji-Nya. Maha Suci Allah daripada bersifat kekurangan. Ada rahsia-rahsia di sebalik ketentuan qada dan qadar yang perlu difahami untuk dijadikan pegangan dalam usaha melenyapkan rasa kecewa.

Tabiat semula jadi manusia itu sentiasa resah dan tidak memadai ketika dalam keadaan kesusahan ataupun ketika menerima nikmat Allah. Hanya mereka yang dapat melakukan sembahyang dengan tetap sahaja dapat menghilangkan rasa resah dan tidak reda tadi.
Manusia juga mempunyai rasa tamak dan rakus biarpun setelah menerima nikmat Allah dengan limpah-ruah.

Hanya dengan iman, rasa tamak rakus ini dapat dibenamkan. Rasulullah ada bersabda bahawa manusia akan insaf dan menyedari diri dengan bala atau cubaan Allah, iaitu dengan sakit, kematian orang yang dikasihi ataupun dengan kehilangan harta benda, seperti kecurian, musnah dalam kebakaran, kerugian berniaga, harga saham menjunam, perbelanjaan mengubati penyakit, membayar kos tuntutan mahkamah dan sebagainya.

Allah menentukan qadak dan qadar seumpama ini untuk dijadikan pengajaran atau iktibar kepada mereka yang terlibat juga orang lain yang menyaksikannya. Namun, tidak kurang mereka yang mendapat bala Allah, rasa insaf itu tidak timbul, ataupun insaf buat sementara waktu sahaja. Dan berubah kembali kepada tabiat buruknya apabila kesengsaraannya dapat diatasi, bisnes kembali pulih, penyakit menjadi sembuh, manakala kematian yang pernah diratapi luput dari ingatan.

Allah menyuruh agar setiap hamba itu berdoa, Dia akan memperkenankannya. Kemustajaban doa ada kalanya diberi cepat iaitu ketika seseorang itu masih hidup atau ditangguh baginya di akhirat, ataupun dengan doa itu akan dihapuskan dosa-dosanya menurut kadar doa yang dipohon, selagi ia tidak berdoa dengan sesuatu dosa ataupun memutuskan hubungan kekeluargaan.

Orang yang buta mungkin kecewa dengan penderitaan berpanjangan yang dialami, lebih-lebih lagi mereka yang celik sebelum itu. Walaupun tidak ada sesiapa yang tahu tentang rahsia kenapa ia dijadikan sedemikian rupa, tidak kira buta itu mungkin disebabkan oleh kesilapan dirinya sendiri, kerana demam panas yang bersangatan, terlalu banyak menangis atau memang dilahirkan buta.

Mungkin dalam ketentuan Allah, andainya orang yang berkenaan dijadikan celik, dia akan menjadi seorang yang jahat. Melakukan dosa-dosa besar dan hidup bergelumang dengan noda. Sebagai balasannya dia akan dimasukkan ke neraka. Walaupun demikian, Allah lebih mengasihinya, lalu menjadikannya buta, menyebabkan pergerakannya terhad, peluang melakukan dosa tidak wujud atau terlalu kecil, lalu akhirnya dia menjadi salah seorang penghuni syurga, kekal di dalamnya.

Andainya seseorang itu mengetahui rahsia-rahsia seperti ini, tentunya dia memilih menjadi buta, kerana penderitaan buta di dunia tidak kekal, kerana umat Muhammad hidup hanya antara 60-70 tahun sahaja. Hanya sedikit yang hidup lebih daripada umur ini.
Bagi orang yang celik, buta itu satu penderitaan, namun demikian bagi orang buta, apabila penderitaan penglihatan itu menjadi sebahagian daripada hidupnya, penderitaan itu akan hilang hasil daripada kejayaan menyesuaikan diri sebagai seorang yang hilang penglihatan.
Balasannya Rasulullah bersabda yang bermaksud: Allah telah berfirman barang siapa telah aku cabutkan kedua-dua matanya, maka balasannya telah kekal dalam rumah-Ku dan dia akan memandang wajah-Ku.

Rasulullah juga ada bersabda, telah berfirman Allah: Apabila aku hadapkan seorang dari kalangan hamba-Ku akan kecelakaan pada badannya, harta atau anaknya, kemudian ia terima kecelakaan itu dengan kesabaran yang baik, nescaya aku malu daripadanya pada hari kiamat kelak, bahawa aku akan tegakkan baginya neraca timbangan amal atau Aku bukakan baginya buku suratan amal. Dalam al-Quran (az-Zumar: 10) dijelaskan: Sesungguhnya orang yang sabar diberi balasan mereka tanpa hitungan.

Janji-janji Allah adalah jelas. Allah tetap bersifat kudrah, berkuasa mengendali dan menunaikan janji-janji-Nya dan Allah mempunyai rahsia yang tersendiri dalam menentukan qada dan qadarnya. Dalam surah al-Baqarah: 216, terdapat firman Allah yang bermaksud: Boleh jadi sesuatu yang tidak kamu sukai itu adalah lebih baik bagi kamu.

Selain daripada rahsia-rahsia ketuhanan yang tidak dimaklumi oleh manusia, penderitaan seseorang boleh menggugurkan dosa yang pernah dilakukan. Saidatina Aisyhah berkata, baginda ada bersabda: Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin suatu kecelakaan biarpun terkena satu duri, ataupun yang lebih daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengannya satu dosa.

Dalam menghadapi hidup, kesabaran adalah paling utama. Sifat sabar bukan merupakan sifat manusia lemah kerana orang yang terlibat telah berusaha berhabisan, menggunakan akal dan tenaga, lalu berdoa bertawakal.

Seorang lelaki telah datang menemui baginda mengadu yang harta bendanya telah musnah, manakala badannya sakit-sakit. Baginda bersabda: Tidak baik bagi seorang hamba yang tidak hilang harta bendanya dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya, Allah apabila ia mengasihi seorang hamba, Ia akan mengujinya dan apabila ia ditimpa bala, maka Allah akan memberinya kesabaran.

Doa yang dipohon merupakan peringatan seorang hamba kepada Penciptanya. Ingatan tersebut merupakan susunan kata yang disenangi oleh Allah, yang sentiasa mahu mendengar suara hamba-Nya yang dikasihi. Kerana itu, seseorang yang tahu akan hakikat atau rahsia qada dan qadar akan terus berdoa sambil berusaha, tidak kira doanya terlaksana ataupun tidak.

Dalam sebuah hadis, riwayat Ibn an-Najjar, katanya Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Malaikat Jibril itu diutuskan untuk menyempurnakan keperluan-keperluan anak Adam. Maka apabila seorang hamba kafir itu berdoa, Allah berkata kepada Malaikat Jibril, tunaikan hajatnya, maka sesungguhnya aku tiak suka mendengar doa permohonannya.

Namun apabila seorang hamba yang mukmin itu berdoa, Allah berkata: Wahai Jibril, tahan dahulu permohonannya, maka sesungguhnya aku suka mendengar doanya.
Orang yang berkasih-kasihan sering memuja pasangannya. Gembira, suaranya dirindui dan ditunggu oleh kekasihnya. Demikianlah gambaran kasih di antara manusia. Andainya manusia itu gembira suaranya didengar oleh orang lain, betapa bertuahnya kalau seorang hamba mukmin itu suaranya dirindui Allah. Tentunya dia akan terus berdoa biarpun ia menanggung penderitaan di sebalik doa yang dituturkan tadi.

Rasa hampa atau kecewa atau menyalahkan takdir tidak berupaya mengatasi masalah yang berlaku atau sedang dihadapi. Andainya penderitaan itu melibatkan kematian atau kemalangan, peristiwa ini tetap telah berlalu. Allah telah menetapkan takdir sedemikian rupa. Sesungguhnya kehampaan, putus asa atau hilang kesabaran menghilangkan pahala sabar.

Untuk memberi suntikan semangat dan menghindarkan rasa putus asa saudara, pemahaman tentang rahsia-rahsia qada dan qadar itu perlu difahami dan dihayati. Jika seseorang itu memahami bahawa apabila takdir itu telah termaktub di Loh Mahfuz, tidak ada makhluk yang boleh mengubahnya. Ada rahsia ketuhanan terhadap qada, qadar yang tidak mudah untuk difahami oleh hamba-hamba-Nya.