Tuesday, December 22, 2009

khabar dari Christchurch, New Zealand...part 2

They are coming home this june!!!...can't wait to meet them especially the twins..cause never see them since they were born...

bersama kakak2 dan abang the twin...dah semakin besar anak2 buah bunde..zahraa, (nampak remaja sangat), ziyad (semakin macho n hencem), zuhairah (cute dgn lesung pipitnya yang mahal tu..;p)

my along n his big happy family..the twins pandang pelbagai sudut


penat terlentang agaknya, mereka buat aksi menonggeng lak..


the twins, FATIMA BAHIA & ALIMA FARIHAH


suatu hari di taman bunga...



ini farihah kot...mcm si abangnya, ziyad



taktih..sambil 'juicy'hidung dia tu..;p



aksi cute farihah di nursery...


alamak, even tak seiras, still i can't tell..ini farihah ke fatima..;)



zahraa and ziyad bersama teman mereka...



ermmm.cedapnya...zuhairah makan..



wild guess..ini fatima kot..hehe


P/S: FATIMA BAHIA & ALIMA FARIHAH jangan cepat2 sangat membesar yer...tunggu bunde nak merasa for the 1st time dukung both of u..;p






Thursday, November 26, 2009

Istimewa Yang Dirai..

~Heppi 1st Birthday AMSYAR ARIF...~
U are 1 year old now!
24-11-09


hensem boy...malu-malu lak dia pose...



buat sekali dengan si abangnya Ammar Haziq yang
dirai beberapa minggu lebih awal..;p


Abang & Adik Yang Disayangi

BUNDE loves U..Ammar Haziq & Amsyar Arif
MUAHHHH!!!..


Friday, November 20, 2009

Menyusuri Royal Belum..

Eksplorasi bermula dari 6hb sehingga 9hb November 2009. Suatu pengalaman cukup menakjubkan bila diri ini dapat menikmati pemandangan dan kejadian ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana. Situasi diselubungi saujana mata memandang yang sungguh mendamaikan, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Bertemu dengan masyarakat Orang Asli Jahai, first time masak nasi goreng mcm wat kenduri dalam hutan, tidur atas pondok (sampai sakit badan2, sebab 'tilam empuk sgt'), mandi shower dlm hutan, mandi air terjun yang sangat2 sejuk, first time memancing, round satu Tasik Temenggor, Belum dgn bot, julung2 kali kaki berjaya diserang oleh pacat, dan macam2 lagilah...semuanya memberi 1001 pengalaman baru dan menarik di Royal BELUM yang dikatakan telah berusia lebih 130 juta tahun lalu. (mengikut cerita Encik khairul lah..)

Malangnya tidak dapat lihat bunga Rafflesia, kerana kemungkinan ia telah hanyut di bawa arus, dan yang ada pun sedang kuncup..








hmmm...ekspedisi ke mana pula selepas ini yer...daki Gunung Kinabalu best gak eh...;p




























Friday, October 16, 2009

Ammar Haziq @Muzium Seni Asia

Baru-baru ini saya berpeluang membawa buah hati pengarang jantung saya encik ammar haziq ke tempat saya bekerja. Ekceli sabtu dan ahad memang saya tak kerja, tapi kebetulan ada organisasi yang nak datang tengok pameran bom atom ni dan rekues untuk diberikan sedikit taklimat kepada mereka..so saya pula tiada sebarang masalah untuk datang, apatah lagi memenuhi hajat orang kan, datang dari jauh lak tu..ada rombongan student dari USM dan jejaka-jejaki dari MAS training center…hehe


Senyum seindah suria...pose istimewa dari encik Ammar Haziq


So tepat jam 9.30 pagi tu kami pun sampai..cik ammar bukan main kepalang seronoknya dapat datang..yelah bunde dia ni kasi layanan tip top taraf VIP hanya untuk dia jer..hehe..so tempat yang ditutup, dilarang masuk pun dia boleh masuk, sebab bunde hari tu ‘pejam mata’ jer kasi chance kat dia…dia ikut jer bunde tunjuk2 gambar tentang bom atom…gambar mangsa terbakar, berdarah dan sebagainya…good boy dia..


Masalahnya, berpeluh jugaklah bunde dia ni nak terangkan apa itu bom atom?..budak2 kan suka bertanya..dan yang mudahnya dia tahu apa itu mati, walaupun umur dia baru masuk 4 tahun hujung bulan ni nanti.

Bunde: “kesian kan ammar, baby ni dah mati dengan mak dia, abis berdarah..”
Ammar: “ha’ah, siapa buat dia bunde?’
Bunde:’ermm..orang jahat ni, dia buat dengan bom atom…yang kasi meletup tu..abis kebabowwww…(sekali dengan sound efeknya, dengan harapan ammar faham)
Ammar:%@#&*^*….tak baik Allah marah kan bunde


Nasib baiklah dia boleh tengok keadaan dan letupan bom tu yang sebenar dalam video yang dipasang sepanjang pameran ni, so bolehlah dia faham, macam mana efek bom tu..takut dia ingat bom tu ialah kebaboowwww..hahaha..


Macam senyum paksa jer..
So sementara tunggu rombongan datang, layanlah kejap ammar round 1 muzium..bawa dia tengok patung2, tembikar besar, layan dia main congkak dan main gamelan…seronok dia macam dunia ni dia yang punya jer…lari sana sini, mengeksplore kan diri…beberapa kali jugaklah dia cakap..”bestlah ofis bunde ni”….seronok tengok dia eksplore sana sini testing2 alat muzik gamelan, saya pun keluarkan kamera dslr jabatan dan fon saya amik gambar posing dia, untuk saya tunjukkan pada babah dan umminya perihal anak bujang mereka yang sorang ni..

Dia senyap kusyuk jer dengar bunde bagi penerangan pada rombongan dan tunjukkan koleksi artifak muzium pada mereka…tapi kesian saya dengar dan terasa hiba pulak bila dia cakap kat rumah depan abah dan my mom..”bunde ni tak pandang ammar haziq pun tadi!”..tersentap jugaklah saya dengar, sampai kelu tak dapat berikan jawapan..

bila diingat balik baru saya sedar sepanjang beri taklimat tadi adalah hampir setengah jam,saya langsung tak pandang ammar, walaupun dia saya tempatkan duduk di kerusi hadapan saya..adushhh..kesiannya dia…mungkin saya terlalu focus sangat pada taklimat tu sampai lupa ammar haziq ada di hadapanku…mungkin dalam hati dia masa tu, dia berharap sangat saya pandang dia…tapi sampai sudah bunde tak pandang pun dia..


Pose ala2 supermodel gitu...;p

1st time Cuba main alat muzik gambang..


"Ammar haziq..senyum pandang bunde sini.."



Muka orang dah penat ni...



Kembali bersemangat..."tu chak"


Sampai sekarang saya masih terkesan kata-katanya ”bunde ni tak pandang ammar haziq pun tadi”..saya rasa saya just jawab,”alamak sorilah ammar haziq, bunde tak sengaja, bunde lupa ammar ada kat depan bunde”..
masa saya tunjuk ajar pada student cara2 buat origamipun dia marah, sebab tak layan dia…

Ammar haziq ni manja sikit tapi berfikiran agak matang…kredit untuk ummi dan abahnya yang bijak membentuk dia…pandai cakap..pernah my mom jaga dia dan adiknya Amsyar arif yang masih baby ..kalau my mom asyik tengokkan adiknya, ammar akan merungut,” mommy ni tak tengok ammar haziq pun!”..tengok macam mana jujur dia luahkan perasaannya..



Ammar cuba kumpulkan semua guli dalam satu tempat..




kalau dia terdengar ada orang cakap ‘aku’..cepat jer dia akan cakap,” tak baik cakap ‘aku’, Allah marah”….dan seperkara lagi, dia tak suka orang panggil dia ammar, mar or sewaktu dengarnya..kena sebut full ammar haziq, even dia sendiripun bahasakan dirinya ammar haziq…so saya ni memang selalu kena tegurlah dengan dia , sebab saya selalu panggil dia encik ammar..

so dekat jam 1 petang kamipun balik ke rumah..babahnya sambil suap nestum pada amsyar arif tanya macam mana prestasi dia di ofis tadi..” saya cakap ok jer, dia good boy, seronok katanya ofis bunde ni…tapi di saat2 akhir masa orang tak layan dia sangat dia buat hal minta susu…ni semua abah punya pasal naper tak bekalkan dia susu, bunde lak lupa yang ammar haziq masih minum susu”..kataku sambil menarik manja kedua-dua belah telinga abangku @babah ammar haziq…

Thola'al badru alaina..