Wednesday, August 20, 2008

khabar dari Christchurch, New Zealand...


seronoknya tengok keleteh anak2 buah bunde tersayang ni..

Hmm..nampaknya hari ni hari santai aku kot, takde kerja sangat yang perlu dibuat. Cuma perlu melayan rombongan sekolah2 yang datang melawat muzium, cuti sekolah ni, banyak pula sekolah yang datang, pagi tadi terima lawatan dari sekolah tinggi batu pahat. Sekrang ni pun tengah tunggu sebuah sekolah lagi dari johor, tapi cikgunya kol cakap mereka lambat sikit...takpelah, orang datang dari jauh kan..kita pun kenalah faham, mesti banyak lagi tempat lawatan mereka..

biasalah kalau bos takde, terpaksalah aku bertanggungjawab beri sedikit penerangan tentang artifak dan apa yang ada kat muzium ni, pastu sesi soal-jawab dari pelajar..macam tulah lazimnya. Tapi jenuh gak, kalau soalan diaorang melangkaui ilmu yang ada pada diri aku ni..terpaksalah jawab juga walaupun jawapan tak sampai, kadang2 jawab ikut logik akal jer...hehehe


buat snow man pulak...bunde kat sini ada abc jer..hehe

Walaupun hari ni agak boring, tapi semalam lagi best sebab akhirnya aku terima email tak disangka2 dari along aku dan seisi familinya yang sekarang dok kat christchurch new zealand. Terkejut gak dapat email dari dia, yelah dah lama minta akhirnya dapat juga..agaknya dah kena sound dengan mama kot..hehehe

Takpelah, kami pun faham dia banyak urusan perlu diselesaikan saban hari..yelah nak kena belajarnya, siapkan tesis (sambung PhD dengan isterinya), kerja part time lagi, balik umah lak uruskan anak dia seramai 3 orang yang masih kecil lagi, ke sekolah dll. Kesian lak aku dengar cerita dia tentang rutin hariannya. Lebih berat lagi nak jaga isterinya yang mengandungkan anak kembar lagi, katanya teruk gak alahan wanita mengandung anak kembar ni..hehe...bestnya bila dapat tahu aku akan dapat anak buah kembar, dua2 girl lak tu..

abislah ziyad menjadi anak lelaki manja abah dialah si budah macho tu (gelaran nenek dia pada ziyad). Kita orang memang hepi sangat tentang berita menggembirakan ni, tak sangka pulak..tapi sebenarnya kebarangkalian untuk dapat baby twin memang ada pun dalam famili kami, sebab kakak mama aku twin, dan salah seorang dari mereka pun lahirkan anak twin (kira cousin aku ada yang twinlah)..pasni, mudah-mudahan aku juga dapat lahirkan anak twin suatu hari nanti..InsyaAllah..hehe


dengan abah mereka, maknya yang pegang kamera ini..:)

Selain menceritakan kehidupan dia kat sana, adalah juga dia listkan beberapa barangan diperlukan di sana, seperti telekung untuk zahraa, yelah dia pun dah makin besar, tudung untuk dia, rehal untuk mengaji, kelengkapan bayi seperti barut baby, bekung, makanan macam ikan bilis, sup bunjut, rempah ratus dll. Nak2 lagi dah nak dekat bulan ramadhan dah, ini first time mereka beraya di sana(abang aku sambung belajar 3 tahun kat sana),..yang pasti buka posa dan hari raya mesti tak meriah tahun ni tanpa kehadiran anak-anak buahku tersayang, zahraa, ziyad dan zuhairah...

bertambah rindu pulak bunde pada kalian bila abah kirimkan gambar2 kalian..

Kakak dah besar dah bunde tengok,abah kata kakak pergi dan balik sekolah sendiri jalan kaki ye, ziyad lak bertambah macho, zuhairah pun dah besar (dulu dia sombong sikit tak nak dengan orang)..hehe..macam manalah keadaan korang bila dah ada adik baru nanti..hehehe

Kesian pulak aku dengar dari mak aku, bila dia nak balik dari new zealand masa melawat mereka awal tahun lepas..katanya,” zahraa rindu kat mami, wan dengan maksu..mami kita orang tak nak dok sini, kalau boleh hari ni juga kitaorang nak balik,,”..rintihan si kakak (zahraa) masa awal dulu ke new zealand.

Surat abah dia bagi semalam pun ada ayat dari zahraa yang rindukan maminya (nenek dia, wan dan maksu dia..katanya tak sabar tunggu kehadiran maminya yang mungkin ke sana hujung tahun ni....

Yang pasti aku juga rindukan anak-anak buahku, ni yang buat aku terdorong nak simpan duit lebih ni untuk ke sana melawat mereka nanti. Sebab tiket flight ke sana agak mahal , 5 ribu lebih kalu tak silap aku....

Takpe, zahraa, ziyad dan zuhairah...tunggu bunde yer.., kalu ada bajet dan cuti yang panjang bunde datang yer..

New zealand....i’m cominggggggggg

Thursday, August 14, 2008

Wong Mew Choo..anda hebat!


-gambar ehsan dari kosmo online

Semalam petang aku bergegas balik ke umah sebab nak tengok pertandingan badminton sukan olimpik yang mempertaruhkan giliran negara oleh beregu muda Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan perseorangan wanita tunggal negara yang disandarkan kepada Wong Mew Choo (suka tengok muka dia comel).

Sampai umah dalam kul 6.30 tu Mew Choo tengah main untuk set kedua. Set pertama dia kalah mudah. Selepas menyaksikan pertarungan cukup hebat oleh bintang gergasi tenis dunia Rafael Nadal dan Roger Federer yang dianggap sebagai pertarungan lagenda itu, aku rasakan pertarungan antara Mew Choo dan lawannya dari China Lu Lan (menyampah tengok muka dia..hehe..peminat emosional) juga tidak kurang hebatnya.

Mew Choo memberikan persaingan yang cukup sengit, walaupun nampak dirinya diasak untuk bergerak hampir ke segenap gelanggang oleh pihak lawan. Dia menunjukkan semanagat yang tidak mudah menyerah, walaupun ada ketika dia ketinggalan dan agak penat. Walaupun dia mempunyai banyak peluang (samapai 9 set point) , tapi nampaknya kemenangan berpihak pada China. Dia tewas kepada pemain tuan rumah, Lu Lan 27-29 dalam satu pertarungan yang cukup hebat, sengit dan mendebarkan semalam.

Aksi aku pun tak kurang hebatnya, smpai tak leh dok diam..melompat sana sini bila tengok Mew Choo perlukan 1 mata jer lagi nak set point. (peluang smaapai 9 kali u)..rasanya sapa dok dekat dengan aku , ada jer kena tumbuk, aku melepaskan geram. Samapi tekak pun naik sakit, sebab menahan nak jerit (takut terjerit kuat)..hehehe..macam tarzan pun ada rasanya lagak aku semalam..

Walaupun tewas pujian yang tinggi harus diberikan kepada wirawati negara itu yang tak berputus asa dan menyerah kalah. Sekurang-kurangnya dia kalah tipis dan bermaruah ...cayalah Mew Choo!...anda hebat!

Sebaliknya yang mengecewakan aku ialah bergu negara kita Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang permainan mereka seperti bukan pada kelas mereka . tak memberi persaingan langsung..sungguh mengecewakan...rasanya seperti mereka dibuli habis-habisan oleh bergu dr Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan…

Hari ni harap2 adalah berita gembira dari perseorangan Lee Chung Wei akan turut ke gelanggang petang ni..hari ni mesti tengok..

MALAYSIA BOLEH!..CHUNG WEI BOLEH!-----dari peminat sukan badminton

-lepas ni kalau dah join kelab badminton, bolehlah aku main setiap petang pas balik kerja ..;)





Wednesday, August 13, 2008

HotChat di HotFm...

Hari ini aku keluar rumah menuju ke tempat kerja agak lewat sikit. Tapi takdelah lewat sangat, lebih kurang 15 minit daripada waktu lazimnya. Alhamdulillah, jalan tak sesak sangat, biasalah sangkut sikit2 kat traffik light sahaja dekat depan pasar besar sentul. Namun ’kelewatan’ aku itu dapatlah juga aku mendengar panggilan Hangit yang dibuat oleh dj2 Hotfm yang kejam Fafau dan FBI. Hari ini mangsa mereka seterusnya ialah Nurul (tanpa Ajai!), pasal buat event apa entah.

Sesekali aku rasakan mereka ni tak patut kenakan orang macam itu, walaupun atas dasar untuk berhibur apabila celebriti ini ’dihangitkan’. Macam kesian jer aku dengar..ish..ish..
Hehe

Namun topik post aku kali ini bukanlah nak menghentam segmen Panggilan Hangit tu,(mampus kena marah dengan pendengar setia mereka karang ) tapi cuma rasa tertarik dengan topik Hotchat mereka pagi ini.mengenai dilema seorang lelaki bernama Hakimi( kalu tak silap akulah namanya) yang mempunyai 2 orang kekasih hati pada waktu sama, tetapi akan melangsungkan perkahwinannya pada Jumaat ini tanpa diketahui oleh salah seorang daripadanya. So awek yang dia ’give up’ kan ni bernama Ain. Ain ni tak tahu si Hakimi akan berkahwin Jumat ini sehinggalah pagi semalam, apabila Hakimi meluahkannya secara live di stesen hangit kesukaan ramai ini.

So topic hotchat pagi ini sambungan daripada semalamlah, mengenai pandangan orang ramai, sama ada berbentuk komen, nasihat, meluahkan rasa simpati, dll kepada kedua-duanya . Rupanya ramai yer orang mengalami pengalaman seperti Ain ni. (aku rasa aku tidak terkecuali kot, mungkin cara berbeza..:))

Aku tidak tahu kenapa Hakimi mengambil keputusan demikian, kerana hanya dia jer yang tahu. Boleh pulak wanita yang dia panggil selama ini ’Honey”, dalam radio semalam dia panggil Ain jer...wah cepatnya berubah!...

Yang lebih menghangitkan (nasib baik takde kebakaran), hati aku pagi tadi apabila si Hakimi cakap lebih kurang macam ni kat Ain..”sabarlah awak, janganlah marah-marah..saya cuba selesaikan masalah ini, bagilah saya kawin dulu,”...kepala hotak dia!..ha nah..kan aku dah marah!

Banyak cantik muka Hakimi, begitu mudah dia cakap macam tu.. Oh my god!...

So maksudnya, tengok dulu lepas dia kahwin, sama ada dia syok atau tidak dengan kehidupan baru dia tu, sama ada dia bahagia atau tidak dengan pasangan dia tu, sama ada dia dia boleh lupakan Ain ke..macam tu ke maksudnya?!!

“BAgi saya kawin dulu”..i hate that word…boleh dia cakap macam tu

Pastu dia juga cakap yang dia sayang kedua2nya..meaning Ain dan orang yang dia nak kawin tu. Agaknya kalau ada empat wanita dalam hidup dia, semuanya dia sayanglah yer
Tapi apabila diminta pilih salah satu,..dia takde pilihan, empat2 dia nak kot..hehe

Dan sudah pasti yang kecewa pastinya si Ain. Dari nada suaranya kedengaran dia agak tabah, takde bunyi teresak2 menangis pun..tapi tak tahulah sebab masa tu pun ’on air’, dia cuba kawal diri mungkin..aku suka dengan cara dia..kalu aku dalam situasi dia, aku dah letak dah fon aku dan dah tak selera bercakap lagi, apatah lagi dalam siaran radio yang didengari oleh berjuta pendengar!...Cuma agak tidak patut apabila Ain mengatakan lebih kurang begini ayatnya, ”lepas ini dah tiada lelaki lain dalam hidup Ain, (lepas Hakimilah)”..

No!..Ain tak sepatutnya cakap begitu..memang walaupun perit untuk kita menghadapinya tetapi sekurang-kurangnya dia tahu hakikat dan realitinya, Ain sudah tahu siapa dia dan kedudukan dia pada hati Hakimi. Paling common Ain just anggap dia bukanlah jodoh yang terbaik buat diri Hakimi. Memanglah sukar untuk melupakan kekasih hati yang pergi meninggalkan kita. Tetapi percayalah masa akan merubah segalanya. Dan pastinya ada hikmah di sebaliknya. Janganlah lagi kita meratapi pemergian insan yang telah mengecewakan hati dan tidak menghargai diri kita lagi.

Apapun aku nyatakan sedikit disini antara nasihat dan pendapat aku (from my point of view) khusus buat Ain, dan wanita2 lain yang menghadapi masalah yang sama secara amnya

  • Bukalah hati dan terimalah kenyataan tersebut dengan setenang-tenangnya. Janganlah cuba menyalahkan sesiapa , sebaliknya fikirlah secara rasional.

  • Banyakkan bersabar, kerana dengan sabar dapat menghindarkan diri daripada berprasangka buruk, berfikiran negative, dan membuat kerja2 tidak berfaedah (menyalahkan diri, suicide dll)..semua itu buang masa sahaja!

  • Banyakkan berdoa, amal ibadah, akan membuatkan diri lebih tenang.
    Yakinlah setiap kejadian itu ada hikmahnya tersendiri. Dan ingatlah janji Allah bahawa setiap dari insannya diciptakan olehNya berpasang-pasangan. Tunggulah ‘kehadirannya’..InsyaAllah..

  • Hapuskan segala kenangan yng membawa kita kepada terus mengingatinya, seperti hadiah2, gambar2 dan sebagainya. Jangan biarkan diri keseorangan, sebaliknya penuhi masa2 anda seperti berkumpul dengan kawan2 rapat dan juga kaum famili, lakukan aktiviti kegemaran dsb.

  • Dan amalkan doa apabila ditimpa musibah ini (doa harianku); Ya Allah Ya Tuhanku, Daripada Engkaulah kami datang, dan kepada Engkaulah juga kami kembali. Ya Allah kurniakanlah pahala di atas musibah yang melanda diriku ini Dan gantilah buatku sesuatu yang lebih baik daripadanya…(lebih kurang macam nilah pengertiannya)

    Harap ia membantu…

Monday, August 11, 2008

mimpi yang menghantui diriku...

entah mengapa sejak kebelakangan ini, tidurku tidak selena seperti biasa. adakah mungkin kerana aku masuk tidur terlalu awal yakni dalam pukul 10.30p.m (dah countdown nak tidur..hehe), tidak seperti waktu tetap sekitar 12 lebih baru aku sibuk2 nak solat isyak baru dapat tidur.

memang dua, tiga hari ni aku tidak boleh tidur, macam malam tadi, jenuhlah aku paksa mataku untuk tidur. guling sana, guling sini, pusing kiri , pusing kanan, semuanya tak kena. pukul 4 pagi dah tak leh tidur lena lagi. jika sebelum ni jarang2 sekali aku dengar azan subuh (surau depan umah jer) menandakan tidur nyenyak tak ingat dunia, tapi lately aku dengar orang mengaji lagi sebelum azan subuh. subuh hari tu sempat juga aku dengar khutbah kat surau tu, pasal mati, kalu tak silap pendengaran akulah.

sudahlah tidak boleh tidur, dua malam lepas pulak, aku bermimpi sesuatu yang menakutkan, yang membuatkan aku masih terbayang2kannya. adakah kerana mimpiku ini yang menyebabkan aku sukar untuk tidur dan hati tak tenang...entahlah aku tak pandai menafsir mimpi.

dalam mimpi tersebut, "ketika sedang mambawa kereta dan pusing selekoh di hadapan masjid (masjid saidina hamzah dekat dengan umah aku), aku ternampak beberapa kelibat orang (dlaam 20 orang) memakai telekung putih dan hitam, sedang berjalan perlahan2 membelakangkan aku. aku tengok jer mereka berjalan ramai2 tu..(aku rasa takut real punya). seorang pun aku tak nampak (tak kenal semua membelakangkan aku), tapi dalam aku takut2 tengok kumpulan tersebut, tiba2 muncul dlm mimpi itu arwah mak lang (antara makcik kesayanganku). aku tak tahu naper tiba2 aku memeluk erat pinggangnya sambil merangkak dengannya dan serentak itu, aku merasakan ada sesuatu mengikut di belakangku...pastu aku terus terjaga.

takut, sampai aku tak berani cerita pada sesiapa. cuma semalam keluar dalam kete aku ceritakan pada adik bongsuku...dia sekadar berkata, "ayo..kak bok..naper citer kat tet?," dia pulak naik takut. dia suruh aku ceritakan pada mak aku. tapi aku malas....tapi tengoklah nanti macam mana...

-masih terasa debarannya....

Friday, August 8, 2008

Tip dalam perhubungan suami dan isteri..

kebanyakan petikan artikel yang aku post di sini lazimnya kudapati daripada kiriman email teman-temanku..ada yang berunsur jenaka, tentang kehidupan para celebriti, gosip sana-gosip sini, gambar2 menarik dll.

tidak lupa kiriman2 yang berunsur renungan, keagamaan, kisah masyarakat dan sebagainya yang boleh diteladani. begitu juga dengan artikel post kali ini sebuah panduan bagi sang suami dalam melayani kerenah si isteri yang kuat membebel...hmm..aku menilai diriku, adakah diri ini juga salah seorang dari golongan yang suka membebel ini (kalau orang putih-rapping, konsep hip hop dan rap..hehe). sekurang-kurangnya panduan ini juga buat diriku nanti..

bacalah renungan ini; ....jangan termenung pulak :)


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteriSaidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendakmengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah punbegitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar m ema nggilnya dan bertanya,

“Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, " aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimupun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah diatelah m ema sak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjagaanak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah,sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.

Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).

Wallahu a’lam