Tuesday, February 22, 2011

Christchurch gempa lagi..

Tadi terkejut terbaca post kakak ipar via fb mengatakan berlaku gegeran lagi di Christchurch..Alhamdulillah papa dah fon along mengatakan semuanya selamat...Alhamdulillah..

Bukan apa kali ni rasanya agak teruk sebab sudah ada kehilangan nyawa dilaporkan...

Mudah-mudahan tiada lagi gegaran selepas ini...amin

Pesona insan yang bernama Sudiman Hj Arshad

Hari ini genap 19 tahun pemergian penghibur terbaik Asia, Allayarham Sudirman Haji Arshad@ Sudir. Saya tahu pun setelah terdengar dalam siaran radia Hotfm yang membuat Tribute lagu-lagi nyanyian Allyarham pagi ini dalam perjalanan ke ofis.

Kelmarin juga saya berkesempatan menonton channel History 555 (kalau tak silap) dokumentari kisah Allyarham dari mula penglibatannnya dlm seni sehingga akhir hayatnya. Memang teruja nak sangat tengok doku ni hingga saya akan pastikan tidak terlepas mengikutinya, I meant 2,3 hari sebelum tu lagi!...;p.

Ternyata kisah yang dipaparkan tidak sikit pun terpesong dari hakikat sebenar. Ini diakui sendiri oleh anak saudaranya bernama Atai (pernah minat kat Atai masa sekolah rendah dulu, sebeb dia cute!) Yelah, media asing yang menerbitkan dokumentary tersebut..bukan apa lazimnya media asing selalu sogokkan perkara fakta tidak benar, menokok-nambahkan cerita, ..tapi selalunya dalam arena politik lah..pendek kata orang zimbabwe panggil ‘provokasi’ lah..hehe. tapi untuk doku kali ini ia ternyata benar, lebih2 lagi dengan sokongan dari sumber lisan seperti pendapat, rakan2 yang rapat dengannya.

Diakhir dokumentari itu, agak sayu dan sebak jugak apabila menyiarkan suasana ketika beliau meninggal dunia.tomahan orang mengatakan beliau meninggal kerana AIDS, dan sebagainya..buatan orang?..tapi mengikut ahli keluarganya kematiannya disebabkan penyakit paru2..

Ketika hidupnya, beliau bukan sahaja diangkat sebagai Penghibur Terbaik Asia, bahkan diakui oleh ramai orang termasuk peminat bahawa beliau seorang yang berjiwa mulia, menghormati orang lain dan sebagainya. Sempat juga saya mendengar seorang komen peminat Sudirman yang ke udara dlm Hot FM tadi,katanya Sudirman sebenarnya agak pemalu dan jalan penuh sopan (membongkokkan sedikit badannya )ketika berjalan di hadapan tetamu kehormat.

Sebenarnya saya juga ada pengalaman indah bersama Sudirman. Saya cukup bangga dapat berjumpa dengannya secara dekat. Ketika itu, rasanya saya darjah 5 atau 4 belajar di Sekolah Rendah Bukit Pantai, Bangsar. Sudirman datang melawat sekolah, kami semua pelajar akan beratur di koridor tingkat 2 untuk bersalaman dengannya. Ingat lagi rasanya dia pakai blazer dan topi hitam, so perasanlah dia punya jambul mcm superman tu..;p..kecil sahaja orangnya dan putih..dan memang benarlah kata orang, Sudirman miliki budi pekerti yang tinggi, lembut sungguh tutur katanya, senyum sahaja, cukup ikhlas, walaupun dengan budak2 sekolah seperti kami!..

Ekceli masa tu saya malu, bukan apa, saya malu ketika itu, baju saya kotor rasanya terkena sambal. Hehehe..biasalah baju pun nak makan sambal.;p..so bagi tak nak menampakkan kotoran tu, ketika bersalam saya berlindung sedikit di belakang kawan...so tak delah nampak...saya pun lupa sama ada ambil autograf Sudirman atau tidak..kalau ada..fuhhh..mahal tu..nostalgia betul!..nasib baik time tu budak2 lagi, agaknya kalau masa remaja agaknya histeria tak...hmmmm..mungkin tidak ..;p.

Apapun ia still pengalaman yang tidak mungkin dilupakan berjumpa dengan Sudirman, One in A million...

Masih ingat, masa tu juga Sudirman ada jenama tersendiri antaranya minuman tin Sudi ke Sudir..tak ingat..saya memang suka kumpul tin tersebut, macam2 warna dan perisa ada, tapi bila dah banyak sangat, kena let go, rasanya jual untuk kitar semula.huhuhu..kata papaku, air tin tersebut dapat menyaingi jenama Coca Cola or Pepsi ketika itu, namun kalau tidak kerana sabotaj orang, mungkin jenamanya masih ada hingga kini, or paling tidak pun air tin Sudir.

Sesunguhnya, niat hotfm membuat tribute mengenang pemergiannya selama 19 tahun pada hari ini diakui suatu usaha yang baik. Kita dapat mengenang kembali sorotan lagu2nya yang masih kekal diterima generasi hingga ke hari ini. Pun demikian, alangkah gembiranya beliau ‘di sana’ jika doa dan sepotong ayat Al-Fatihah dihadiahkan buatnya...mungkin itu sudah mencukupi buatnya..renung-renungkan..;p...itu sekadar pandangan peribadi.


Coretan: banyak2 lagu beliau, lagu HUJAN & AIRMATA , PELANGI PETANG dan WARISAN are my favourate! Teringat lagu WARISAN nyanyi ramai2 di Gunung Ledang..syahdu beb..;p



Al-Fatihah buat Allahyarham Sudirman Hj Arshad.........