Friday, October 15, 2010

just wondering how are they doing....

Miss so much these 2 cutest, adorable little girls...


aahhh... aren't they gorgeous?...;p

Monday, September 27, 2010

The time has come...



After 5 lovely & cheerful months living with them, it is time for them going back to New Zealand..as scheduled!

Unimagineable my daily life without my beloved Alima Farihah & Fatima Bahia...:(..effective this coming thursday!

Bunde loves u two so MUCH n going to miss u too



Monday, September 6, 2010

Inilah HikmahNya...

Tatkala dikejutkan dengan berita Christchurch dilanda gempa bumi minggu lalu, fikiran serta merta hanya tertumpu pada keluarga Along yang berada di sana. Namun kuasa Allah, Alhamdulillah ketika tragedi ini berlaku, Along sekeluarga berada di sini bersama kami. Tahun ini meraikan lebaran bersama-sama di tanahair. Syukur kepadaNya, ada hikmahnya mereka pulang pada kali ini..

Tak dapat bayangkan, jika ketika kejadian berlaku mereka berada di sana..apatah lagi dalam keadaan darurat tanpa sumber bekalan asas dengan keadaan anak2 yang masih kecil termasuk twin…entah bagaimana keadaan rumah mereka di sana.semestinya sukar untuk diuruskan. Semoga Along sekeluarga sentiasa selamat dibawah perlindunganNya.

Walaupun keadaan terkawal, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa gegaran susulan yang berterusan dengan kekuatan sehingga 5.4 pada skala Richter diiringi angin kencang, boleh mengancam struktur bangunan-bangunan yang lemah. Jika mengikut jadual, mereka sekeluarga dijangkakan akan pulang ke Christchurch 29 September ini. Harapnya by that time, keadaan kembali tenang sediakala dan tiada lagi gegaran yang mungkin berlaku. Jika tidak, pastinya aku berat hati untuk melepaskan anak2 buahku…

YA Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa, kumohon lindungilah ahli keluargaku dari azab api nerakamu, dan kepada Engkaulah aku mohon pertolongan dan perlindungan di dunia dan akhirat…amin


ZA-ZI-ZU..(zahraa, ziyad & zuhairah) and Fatima & Farihah..bunde going to miss each of u..(harapnya pihak penerbangan tak perasaan akan ada bunde (bukan nama sebenar) berpaut dekat flight tu..hehehe)

Monday, August 16, 2010

Dugaan Kecil di Bulan Ramadan.

Pulau Langkawi 2008
Alhamdulillah hari ini 6 Syawal 1431H bermakna sudah masuk hari ke-6 umat Islam menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Oh ya harapnya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepada rakan-taulan dan juga pembaca blog ini, termasuk mereka yang pernah tersinggah kat blog ini.

Rasanya Ramadan kali ini sangat2 meriah kerana semua adik-beradik ada bersama berbuka puasa. Cara berbuka pun dah macam ala2 buffet kat hotel lak. Siapa yang lambat amik tempat tu terpaksa amik pinggan then cedok/ambil makanan pastu bawa diri ke ruang tamu.hehe..mana tidaknya, kerusi dah penuh dengan anak2 buah, termasuklah twin pun sibuk nak join sama. Takmo pula mereka duduk atas kerusi makan baby tu.

Along n family pulang bercuti dari NZ dan akan berada di sini selama 3 bulan..maknanya kami akan menyambut raya bersama-sama. Ia merupakan raya pertama kami meraikan bersama twin.tak sabar nak tengok twin pakai baju kurung nanti. Tapi tak tahu pula status Angah sama ada beraya di rumah kami dulu atau keluarga mertuanya.

Alhamdulillah, syukur kami sekeluarga dapat bersama dan menikmati ibadah ini secara sederhana dan meriah. Cumanya saya diuji sekelumit dugaan tatkala pada malam kelima Ramadan saya demam secara tiba2. Tak tahulah maybe sibuk sangat kot sepanjang hari tu, tu yang demam. Tapi malam tu just makan panadol dan Alhamdulillah mulai kebah paginya.

Sangkaanku ia hanya demam main-main jer, rupa2nya ia sebagai ‘salam perkenalan’ sebab esoknya terus aku demam panas. Paginya saya tak rasa teruk sangat, walaupun dah ada simptom2nya, badan mulai sejuk, kaki pun dah tak larat nak berjalan. Tapi saya (bukan nama sebenar)ni gatal ada hati pergi 1Utama pulak dah. Tujuannya nak cari baju yang dah lama aim, tapi malang sekali baju tu takde. Pastu nak berjalan2 kat kedai2 lain pun dah takde hati, dalam bangunan tu extremely cold!!, sampai rasa kebas jari-jemari ni. Tak pernah dalam sejarah hidup pergi shopping kurang 2 jam dah balik. Memang surrender, dah tak boleh tahan lagi. Balik jer terus pakai sweater dan stoking. Nak terus gi klinik tak guna juga, ubat bukannya boleh makan terus. Sebab memang saya tidak berniat nak batalkan puasa, sayang sangat kalau tinggalkannya.

Macam2 kaedah buat untuk kurangkan kepanasan yang orang tu ibaratkan macam bara api..hehe..pakai cool feverlah, rendam kaki dalam baldi, tempek tuala basah di kepala, lama juga ia nak kebah. Kaki pun dah tak larat nak bergerak, terasa lemah sangat. Hinggakan solat zohor, asar dan maghrib terpaksa buat dalam posisi duduk. Kini barulah saya tahu kenapa kalau demam gi klinik doctor bagi juga ubat sakit badan dan sendi, rupa-rupanya pasal ini..dulu saya ingatkan mcm tak sangkut-paut pun, takdepun ada gejala tersebut…huhuhu.

So semalam masuk jer azan maghrib saya terus teguk 2 gelas besar jus tembikai dan secucuk sate, just nak alas perut untuk makan ubat. Pastu sambung baring balik..huhuhu. Alhamdulillah hampir sejam badan mula berpeluh2, selera makan pun kembali.saya fikirkan kalau tak beransur juga malam tadi nak ke klinik konon2nya lehlah dapat mc untuk hari ini..hehe..tapi tak mengapalah badan pun dah sihat dan saya pun di ofis ketika ini. Cuma sekarang ni tekak pula dah mula buat hal, selalunya kalau mula sakit tekak ni,3 kemungkinan akan berlaku, sama ada selsema, batuk or demam… oh tidakkk…

Lately, rasanya kerap juga saya demam. Untuk tempoh bulan 6 hingga kini rasanya 5 hari dah saya diberi mc. Aiseyman..dah tua agaknya badan2 pun mulai kerap sakit2..hehehe..takpun maybe antibody saya yang lemah..rasanya saya kena mula balik makan supplement lah..itulah selalu sangat mengelat dan takde disiplin untuk ambil supplement..

Ya Allah Ya Tuhan ku
Berilah aku kekuatan menghadapi dugaanMu
Kurniakanlah aku dengan tubuh badan yang sihat..Amin.



p/s: Lazimnya sepanjang Ramadan ini banyak syarikat2, mahupun perseorangan (selalunya orang2 kaya) meraikan majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim, warga emas dan OKU. harapnya program ini dapat diteruskan tidak sekadar pada bulan ramadan sahaja....bukankah ia lebih baik..renung-renungkan dan selamat beramal..;p

Wednesday, June 23, 2010

My new loves..

semalam sebelum hantar twin ke nursery, kebetulan saya bercuti, so my mom and i bawa farihah ke klinik terlebih dahulu.sebab lately ni dua-dua sering batuk malam2, bunyi macam berkahak..yang peliknya siang takdelah pula mereka batuk2...pernafasan si farihah pun agak kuat...sebenarnya baru bunde tau, rupa2nya farihah memang ada asma..kesian dia..

walaupun dua2 ada gejala yang sama, kami hanya daftar farihah sahaja, sebab dia agak teruk berbanding adiknya, and kami plan ubat yang diterima kakak boleh dimakan oleh si adik juga.kira dapatlah berjimat sikit..hehehe. sekarang ni cost perubatan bukan main mahal, bayangkan untuk 4 jenis ubat dan sedutan oksigen apa entah istilahnya, something ....lizer yang untuk astma tu, kena caj rm95 (termasuk krim nappy rashed)..nasib baiklah abah mereka hantar belanja untuk mereka setiap bulan...hehe..

tapi itu bukan isunya..cuma tertanya2 mengapa begitu mahal sekali klinik swasta kenakan caj, selalunya kalau twin demam, anggaran rm30-40 jer seorang.kadang2 terfikir gak diorang ni main letak sesuka hati jer ker herga ubat tersebut, yelah since harga2 ubat tidak dipamerkan, macam senarai harga menu makanan kat setiap gerai or restoran.

rasanya isu ini perlu diketengahkanlah..minta kementerian berwajib mengenakan peraturan atau apa yang dianggap praktikal kepada setiap klinik untuk meletakkan harga setiap ubat untuk panduan pesakit..sekurang2nya parents boleh alert soal bayaran..takdelah terkezut cimpanzi tiba2 kena bayar sekian2 harga yang dianggap 'luar biasa', atau kena minta diri kejap untuk draw duit dekat mesin atm berdekatan..;p..apa macam setuju tak parent2 sekalian..hehehe

yang lucunya, semasa mendaftarkan farihah, nurse tak dapat cari namanya..puas saya ulang yang dia pernah datang dan dia ada rekod dekat klinik itu..hampir bertekak dengan nurse tu...asyik tanya saya , "pasti ker u daftar nama dia alima farihah bt zulkhairi?'..hampir 5 minit tu, baru jumpa..rupa-rupanya dlm rekod just ada farihah bt zulkhairi...ini tak lain dan tak bukan 'kerja' datuknya yang tak ingat nama panjang cucunya...hehehehe..sebab 1st time datang, ayah saya yang bawa dia ke klinik..;p..

itu satu cerita..lepas tu punyalah lama my mom and farihah kat bilik doktor tu, maulah dekat 15 minit, yang saya kat luar pulak dok layan c fatima..terfikir gak serius sangat ker si farihah tak keluar2 lagi..tiba2 mak saya buat aksi tuu..chak..! kat depan pintu doktor kata farihah tengah tidok..agaknya syok sangat kot sedut oksigen tu sampai tertido..mungkin dengan sedut tu dia dah selesa nak bernafas kot, tu yang syok jer tido..;p

seronok, teruja dan cukup bermakna dapat spend setiap saat bersama farihah n fatima 2 hari nih, lebih2 lagi terpaksa tinggalkan mereka 4 hari sebelum tu ke usm..rasa macam ibu tunggul anak 2 lak..hehehee..satu hari tak jumpa mereka, terasa rindu sangat siap leh nangis depan budak comot tu..kekeke..itu baru anak orang tu..;p

oklah biasalah setiap akhir cerita disertakan foto2..so ini beberapa gambar terkini buah hati saya alima farihah n fatima bahia..bunde loves u 2 sooo much!

fatima pose bersama Maksu yang banyak membantu

alima farihah - kakak
dua-dua sedang terbongkang...

Fatima bahia- adik

ni yang buat bunde bertambah gerammm ni..;p

tuu..chak..;p
fatima ni pandai nyanyi lagu twinkle2 little star ..jangan tak tau


-sekian-






Wednesday, June 9, 2010

mydiari..myblog

Sebenarnya tujuan utama saya membina blog ini sekadar ingin berkongsi segala artikel yang telah dihasilkan sepanjang bergelar wartawan beberapa tahun.

sayang pula rasanya ilmu2 yang diperoleh seperti hal kesihatan, tip2 untuk berjaya yang 'berjaya' dikorek daripada mereka yang telah berjaya dlm bidang masing2 (dan ada antaranya dah bergelar jutawan pun), tips menjadi pendidik yang baik, membongkar pengalaman mereka yang diberi nur cahaya Islam dan bagaimana menghadapi tentangan dan persepsi masyarakat, berkongsi menu masakan (walaupun tak banyak) dan sebagainya yang boleh dianggap mampu memberi sedikit ilmu pengetahuan yang seterusnya memberi manfaat bersama tidak pula dikongsi dengan medium yang lebih meluas.

yelah, berapa ramailah sangat orang akan membeli majalah yang sama kan, dengan aneka pilihan bahan bacaan yang banyak dipasaran sekarang, mungkin saluran tru alam maya seperti ini menjadi sumber alternatif terbaik untuk menyalurkan informasi.

wah panjangnya intro, padahal nak cakap pasal benda lain sebenarnya. so dipendekkan cerita, ...daripada mem-post-kan artikel yang dibuat, ada juga post yang menyelitkan aktiviti atau ttg kehidupan seharian saya, luahan perasaan dan sebagainya..

dari situ saya mula terfikir, bahawasanya blog ini sudah tersasar dari matlamat sebenar penubuhannya...chewah.;p..memanglah saya tidak menghasilkan apa2 lagi artikel sejak bertukar kerjaya, justeru post kini lebih banyak berkisar kepada kelangsungan hidup saya pula.

pun demikian, kisah kehidupan dan gambar2 saya tidak banyak dapat diperkatakan dan disiarkan di dlm blog ini memandangkan ada diantara pembaca blog ini terdiri daripada 'sahabat2 lama', yang saya kira tidak 'sesuai' lagi mengetahui perkembangan diri saya atas sebab2 tertentu (even my youngest sister yang sgt disayangi pun baca blog ni..bahaya2 ni nanti kena report..kikiki)...dan akibatnya, terdapat kenkangan dari situ dan saya menjadi serba salah sama ada sesuai atau tidak nak dicoret sesuatu 'topik' itu.

sahabat2 yang lain, jangan bimbang, blog ini akan beroperasi seperti biasa, cumanya ada perkara2 lain mungkin tidak dapat saya kongsikan di sini atau menayangkan foto2 saya melainkan gambar2 pemandangan dll.

kerana ini juga, terdetik dlm hati untuk saya hasilkan blog lain dimana saya bebas untuk ekspresikan apa yang dirasai, kisah suka duka, soal perasaan dll lagi..(macamlah ada..hehehe)..tapi bukan dlm waktu terdekat kot..or entah menjadi kenyataan atau tidak..maybe cukup dengan blog ini jer kot..berapa banyak kot da..

oklah, sekian dulu untuk ngomelan hari ini..

sebelum berpisah, berikut beberapa foto yang sempat dirakam ketika berkunjung ke Sabah Negeri di BAwah BAyu
mendongak ke puncak Gunung Kinabalu..

nampak tak pemandangan gunung tu?..kalau tak nampak ish..ish.;p

staf saya ketika ini dah lupa diri tatkala diapit aweks Sabahan ba.

ini rangka ikan paus ..ini betul2 punya tau..besar punyee!

jiran kami membuat pameran kuda kepang
pameran topeng orang asli persembahan kami

Jambatan tamparuli..agak panjang dan agak menggayatkan
tak dpt berhenti amik gambar sunset di perkampungan nelayan ini, so amik dr tingkap kete jer..huhu




























Wednesday, May 26, 2010

Meredah bumi Seoul dan Ho Chi Mint City


Alhamdulillah, setelah sekian lama diri ini tidak bercuti (kali terakhir 2004 di Beijing), akhirnya bumi Korea dan Saigon@Ho Chi Min City (Vietnam,) berjaya ku terokai pada 14 April 2010 yang lalu. Pendek kata, percutian 6H4M itu cukup menyeronokkan, sedikit adventure, kesejukan, kegigilan, dan ke’blur’an (setiap kali nak convert duit Dong..;p)..memang besh lah!

Tapi rasanya tak sesuai dipanggil percutian kot, sebab setiap hari padat dengan aktiviti, bangun seawal pagi jam 5, turun naik bas persiaran (tak sempat nak panas punggung, mata baru nak terlelap dah sampai destinasi berikutnya). Kiranya berbaloilah ambil pakej kelolaan PotoTravel Tour ni padat dengan program yang diatur bersama agennya Prema yang begitu concern dengan waktu ibadah kita..(pandai pulak dia pasal soal solat jamak) dan pengurusan dia cukup memuaskan hati, tip top.

‘Culture shock’ lak tengok kebanyakan peserta rombongan 25 orang dari kalangan orang2 lama kira otailah..kira pangkat aunty and uncle lah, tapi mereka semua aktif, dah biasa travelling, ada yang dah gi umrah 25 kali, yang bercuti setiap tahun, destinasi bukan calang2 yer, standard Eropah, Timur Tengah u all..fuhh banyak duit diaorang..kalau saya ni dah bercuti tahun ni entah bila boleh pergi lagi, kena kumpul duit balik ni, dan mula makan taugeh..hehe

Mereka memang sporting abis, lucu2 mereka semua (macam bergurau dengan rakan sebaya lak) rasa macam pergi dengan rombongan family pun ada...Aunties, Zan, Zin, Ana, Faridah, Muhainie, Makcik Bedah dan ramai lagi u all rock!

Cuma hari terakhir, kami sedikit ralat apabila salah seorang peserta paling tua berusia 76 tahun mengalami sedikit kesukaran berjalan hingga terpaksa menaiki wheelchair, dengar kata gara2 dia langgar pantang makan dan tidak membawa ubat, goutnya. Nasib baik ada ada peserta lelaki yang boleh bantu papah pakcik Manan. Nasib baiklah dah nak balik, ia tak menggugat sebarang program yang telah disediakan.

Yang saya kesian, pada isterinya makcik bedah yang bertungkus lumus dan sabar membantu kerenahnya, rasa macam nenek kita pun ada..lembut jer orangnya..hari tu ada dia kol suh datang umah..tapi seganlah, mesti ramai orang kat umahnya, anak cucunya..;p

So..maaflah post kali ni ceritanya sudah agak basi, gara2 malas memblog lately..dan tak banyak gambar boleh dipaparkan disini sebab kebanyaknya gambar posing ala2 supermodel gitu..kikikiki…takpelah layan ajelah apa yang ada ni yer..;p



kalau tak silap ni kat kyongbok palace, macam Forbidden City di Beijing coz banyak istana didalamnya
close up bunga tulip di Everland


dalam zoo kat Everland jugak..


Salah satu lokasi terkenal di Nami Island



Nami Island..entah tak faham naper amik angle ni..;p


Suka lepak kat padang ni, nampak panas tapi ekceli sejuk gedi masa nih





Inilah kimchi..makanan tradisi rakyat Korea..tp malangnya tak dapat diterima tekak saya


Post Office di Saigon.masa tu dah kul 8 malam tp stil buka ofisnya..dedikasi tul stafnya

Pemandangan di depan Post Office..sebuah bangunan lama


sekian dulu..;p










Friday, May 14, 2010

14 Mei 2010...

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIKU...;p
upacara memotong kek...


gambar kredit: aya

















Friday, March 19, 2010

Sajer suka-suki..

Seperti biasa, aku semakin malas nak coret apa2 dalam blogku ini. entahlah semenjak beralih bidang kerjaya, tanganku semakin malas 'menari' atas keyboard ini..nak post artikel2 berilmiah pun susah bebenor..suatu perubahan cukup drastik..namun, untuk kali ini aku hanya post foto2 yang sempat dirakam baru2 ini..kira sedang mempraktikkan kamera baru..hehe..


Bawa Ammar Haziq ke Kid Art Day di MSA


Lokasi: Ketika kejar Ammar HAziq berlari2 sekitar umah

Lokasi: Dalam ruang Galeri1 MSA

Lokasi: Depan umah sebelum pergi kerja


Lokasi: MAsih di depan umah juga


Lokasi: Koridor multimedia dalam rumah..;p
Teknik: Try zoom in..dah lupa caranya..huhu
Teknik: Mem'blur'kan mata jurufoto..;p
Teknik: potret Amsyar Arif
Teknik: Close up (dah abis close up, sayang sekali)












Tuesday, March 9, 2010

Ketahuilah MALAIKAT Maut sentiasa melihat kita..

Semoga kita bersama-sama mendapat iktibar dan pengajaran dari teks ini..InsyaAllah

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali... Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja.
Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa alangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu.
Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana di riwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu.

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka
tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )

Thursday, February 25, 2010

Hadiah Untuk Zaheerah

Setelah sekian lama memikirkan kepentingan dan keperluan termasuk kemampuan poketku ini, akhirnya dslr Canon EOS 500D menjadi milik ku!..sekali lagi diulangi menjadi milikku..hehe.(wah mcm bergema lak;p)

Alhamdulillah antara wishlist aku yang menjadi kenyataan. Ekceli bukanlah keperluan sangat pun untuk membelinya, cumanya mungkin minat dalam bidang fotografi dan pengimejan kembali bercambah kot, setelah geram tengok kengkawan masa belajar dip foto Ad17 UiTM menayangkan gambar2 cantik mereka..siapa tahan kan..hehe..

Lagipun memang niat nak ganti kamera lama EOS 50 yang menggunakan teknologi filem (teknologi ker)..mulanya nak trade in, tapi malu lak bila tanya taukeh rupanya tak laku pun kamera yang pakai filem ni..so kesimpulannya letak sama dalam itu muzium loh..

It cost me almost 5k, ayoyo..terbeliak gak biji mata nak bayar..mungkin sebab saya terus ambil telefoto lens instead of standard lens..tapi nak wat macam mana dah nak punya pasal, so sambarlah jugak..lagipun ia masih dalam bajet yang ditetapkan..nak sedapkan hati lagi, anggap ia sebagai hadiah untuk diri sendiri, yelah bila lagi nak memanjakan dan menghargai diri sendiri kan..nak harapkan orang bagi hadiah ..minta ampunlah, tunggu anak kucing pakai skirt pun belum tentu dapat..hehe (mula dah merapu)

Jadi bercakap tentang ‘buah hati’ baru saya ni (yang takde perasaan ini), sebenarnya masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing2..banyak function2 baru dia aku belum explore lagi..maklumlah orang tak pernah pakai digital kam, jakunlah sekejap.. basic yang aku tahu adalah sikit2..so buku instruction dia masih belum khatam lagi..InsyaAllah pelan2, grad lah nanti

Imej dia memang marvelous, sangat natural dan paling aku suka Depth of Field yang cukup mengkagumkan..tak sabar nak amik gambar portrait anak2 buah..mesti meletop..tapi apa-apun aku masih obses dengan teknik cetak hitam putih dalam darkroom, ia lebih memberikan kepuasan, dari snap imej, memproses filem ke negative hinggalah cetak atas paper print semuanya dibuat sendiri..sebab tulah final work aku memilih subjek photojournalism dan fine art, kedua2 dalam black & white print..tapi perlu ditekankan disini, inilah course paling mahal belanjanya..nasib baiklah dapat tajaan FAMA(father n mother)

Bila diimbas kembali kenangan sepanjang pengajian selama 3 tahun tu, cukup menyeronokkan, ambil gambar candid orang giler kat pudu raya, duduk tepi jalan amik kete bergerak untuk teknik shutter speed, sambil kena ngorat, pergi duduk kat federal highway rakam kesesakan jalanraya, naik batu caves sorang2, berebut bilik gelap dengan senior dan junior, dok dalam bilik gelap sorang2 (banyak citer2 menakutkan sebenarnya), kena kejar anjing dan konco-konconya bila balik dr lab, agaknya dia terbau bau chemical kat badan kita orang kot, abis tercampak sandle baruku, dibuat barang permainan oleh mereka yang tak bertanggungjawab tu..yang kelakarnya semasa kejadian saya pakai baju kurung pulak tu..boleh bayangkan tak..ish..ish..ish..kasihan

Selain itu, merakam foto scenery juga menjadi kegemaranku, lebih2 lagi imej sunset..
Hmm maybe jika perancanganku untuk ke Seoul, Korea bulan 4 nanti tiada halangan, InsayAllah akan kugunakan peluang itu untuk ambil gambar banyak2, kata orang Pulau Nami cantik tempatnya..tempat pengambaran drama Winter Sonata..

Oklah ini ada sedikit contoh imej pertama dari kamera Eos ini..bolehlah kan..belum ada masa rakam gambar2 yang lebih mencabar lagi..;p