Tuesday, September 23, 2008

Kecilnya diri ini…

Minggu lepas aku diamanahkan oleh ketua aku untuk menghadiri satu sesi mesyuarat bersama pihak pengurusan termasuk VC dan timbalan2nya pada hari Isnin yakni semalam, memandangkan semalam dia tak dapat hadir kerana perlu buat research alat gambus di Sabah.

So aku pun ikutlah arahan seperti yang diberi. Memang selalunya kalu bos takde, dia akan minta aku mewakilinya ke jemputan mesyuarat berkaitan. Selalunya aku pergi meeting biasa2 jer, tapi semalam kira meeting paling besarlah kat sini dengan pihak pengurursan tertinggi universiti.

Aku dapat lihatlah cara bagaimana meeting dengan orang2 cerdik pandai, tokoh akademik, dato’-dato’, profesor , dr dan otai2 dalam bidang masing2. apatah lagi keadaan dan meja bilik meetingnya sebijik macam dalam dewan parlimen,. yang takdenya ialah ketukan atas meja , menandakan protes..hehehe

Aku pulak, rasa diri kecil jer dok dlm bilik meeting tu (Bilik Court namanya), aku doklah diam2 kat satu sudut tu, sambil tengok sorang2 bertalu2 meluahkan buah fikiran, komen . tak kurang ada juga ketikanya mereka berbeza pendapat. Ada yang tak abis cakap lagi, dah ada pihak lain lak mencelah dan sebagainya..ish2..kurang adap sopan lak..

Inilah juga kali pertama aku dapat melihat dengan jelas VC dan mengenali personalitinya. Ternyata beliau yang cukup tegas, semalam ada juga perkara2 yang kurang enak seperti kemerosotan universiti membuatkan beliau marah sehingga melontarkan nada suara yang agak keras dan tinggi. Bila dia kata NO..NO lah jadinya..semua tak berani bersuara lagi..

Aku pulak meloponglah pulak, kerana kebanyakkannya apa jua hal2 yang dibincang dan dibangkitkan dalam bilik tersebut sepatah haram aku tak tahu. Maklumlah aku masih baru..tapi apa-apapun aku cuba take note setakat yang aku faham, takut2 bos nak aku bentangkan perkara2 hasil daripada meeeting tersebut.

Inilah juga kali pertama aku attend meeting yang paling lama dalam hidup aku. Bayangkan mula meeting jam 9.30 , abisnya pukul 2,30…abis segala niat suci aku nak tidur waktu lunch semalam..hehe

Agaknya tak pernah tengok aku, aku perasan si VC asyik2 jeling kat aku jer..mata bertentang mata jer..takut gak kalau dia tiba2 tanya aku ni siapa..hehe. tapi sepanjang aku dalam bilik itu, satu perkara yang kurang kugemari dan merasakan tidak patut berlaku ialah ada segelintir orang2 pandai ini kurang peka dan menghormati mesyuarat apabila tidak menutup atau silent kan telefon2 canggih mereka tu..sekejap2 ada jer telefon yang berdering..ishh..takde langsung rasa hormat..

Agaknya panggilan mereka terlalu penting kot, lebih penting daripada agenda PM kot..apalah salahnya jika silent kan dan letak atas meja, so apabila nampak lampu dia berkelip2 , barulah angkat dan cakap kat luar bilik..aduih itu pun nak kena ajar ke..

Keadaan ini mengingatkan aku kepada kata2 ibuku ketika awal zaman remajaku yang bagiku merupakan satu nasihat berguna..katanya,
”......bukannya semua perkara kena masuk universiti baru pandai buat”….
maknanya bukan semua perlu diajar, apatah lagi yang berkaitan dengan ketamadunan, keperibadian tingkah laku, semua ini terletak kepada kesedaran sivik dan inisiatif masing2 lah kan..

Apapun ia satu pengalaman baru dalam hidup aku..menyaksikan sendiri bagaimana golongan ini berkumpul dalam satu bilik berbincang perkara2 demi kepentingan organisasi dan komunitinya...

Pesanan penulis: semoga kalian semua diberi peluang dan ruang serta diizinkan-Nya untuk merasai dan menikmati malam Lailatul Qadar ..InsyaAllah..

Monday, September 8, 2008

Berdoa satu Ibadah..

Artikel menarik aku baca pagi ni. Satu penulisan yang cukup bermanfaat dan sesuai bagi mereka yang sedang berhadapan dengan kekecewaan, ketidakcelaruan hidup, merasakan musibah cukup berat untuk ditanggungi, menganggap hidup ini tidak adil dan tidak lagi bermakna, menghadapi dugaan dari Allah (seperti yangku hadapi) dan seangkatan dengannya..

Semoga ia memberi perangsang dan sinar kepada diri dan juga anda, agar terus bangkit keluar dari kepompong kekecewaan, ratapan yang tidak berpenghujung, mudah melaungkan rasa putus asa dan seumpamanya. Sebaliknya anggaplah kesemua ujian itu sebagai kasih sayang Allah swt terhadap hamba-Nya. Ingatlah hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua..InsyaAllah..

petikan sumber dari utusan..

Biarpun Allah menentukan qadak, qadar seseorang, namun nasib yang dialami oleh seseorang itu ada kaitannya dengan tindak-tanduk, cara berfikir dan bertindak. Usaha yang dilakukan biar dalam keadaan apa sekalipun, tidak semestinya membuahkan natijah yang diharapkan. Banyak faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi tindak-tanduk seseorang.

Sesungguhnya, tugas seorang hamba itu ialah berusaha sebaik mungkin, berdoa kepada Allah, kemudian baru menyerah diri kepada-Nya. Itulah yang dinamakan tawakal. Hanya Allah yang menentukan segala-galanya, menurut ihsan-Nya yang tidak boleh diubah atau digagahi oleh manusia. Tugas kita ialah berusaha, manakala kemustajaban atau kemakbulan, itu ialah urusan Allah SWT.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, yang mempunyai rahsia qada dan qadar yang tidak mudah difahami atau dimaklumi oleh manusia. Sesungguhnya Allah apabila telah menentukan qada dan qadarnya, Ia mahukan agar setiap hamba itu reda terhadap-Nya.

Allah menyuruh agar setiap orang itu memohon kepada-Nya dan Dia akan memperkenan permohonan tersebut (Ghafir: 60& Ibrahim: 34). Dalam sebuah hadis riwayat oleh Ahmad, Abu Daud Tarmizi, Ibn Majah dan al-Hakim, dari Salman, ia bersabda: Sesungguhnya Allah itu hidup lagi mulia. Ia berasa malu apabila seseorang hamba itu mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu Ia menolak kedua-dua tangannya dalam keadaan kosong tersembunyi keduanya.

Berdoa
Keterangan-keterangan daripada al- Quran dan hadis-hadis memperlihatkan bahawa Allah mengharapkan agar setiap hamba itu berdoa kepada-Nya, dalam setiap keadaan, ketika kaya, mewah, juga ketika dalam kesusahan, kerana berdoa itu merupakan otak ibadah.

Andainya manusia itu memerlukan otak untuk semua urusan dan kegiatan harian, maka ibadah memerlukan doa. Berdoa adalah ibadah. Setiap ibadah yang dilakukan oleh manusia akan diberi ganjaran oleh Allah.

Oleh kerana itu, apabila seseorang itu memahami hakikat doa, falsafah dan rahsia doa, dia tidak akan berputus asa untuk berdoa, biarpun doanya masih tidak dikabulkan, kerana adanya ganjaran di sebalik doa yang dipohon.

Allah menjanjikan kemakbulan setiap doa. Namun demikian andainya doa seseorang itu masih tidak dikabulkan, sakit yang dideritai tidak sembuh-sembuh, biarpun puas berubat, hutang semakin banyak biarpun usaha bisnes dilakukan bersungguh, ini tidak bermakna Allah itu memungkiri janji-janji-Nya. Maha Suci Allah daripada bersifat kekurangan. Ada rahsia-rahsia di sebalik ketentuan qada dan qadar yang perlu difahami untuk dijadikan pegangan dalam usaha melenyapkan rasa kecewa.

Tabiat semula jadi manusia itu sentiasa resah dan tidak memadai ketika dalam keadaan kesusahan ataupun ketika menerima nikmat Allah. Hanya mereka yang dapat melakukan sembahyang dengan tetap sahaja dapat menghilangkan rasa resah dan tidak reda tadi.
Manusia juga mempunyai rasa tamak dan rakus biarpun setelah menerima nikmat Allah dengan limpah-ruah.

Hanya dengan iman, rasa tamak rakus ini dapat dibenamkan. Rasulullah ada bersabda bahawa manusia akan insaf dan menyedari diri dengan bala atau cubaan Allah, iaitu dengan sakit, kematian orang yang dikasihi ataupun dengan kehilangan harta benda, seperti kecurian, musnah dalam kebakaran, kerugian berniaga, harga saham menjunam, perbelanjaan mengubati penyakit, membayar kos tuntutan mahkamah dan sebagainya.

Allah menentukan qadak dan qadar seumpama ini untuk dijadikan pengajaran atau iktibar kepada mereka yang terlibat juga orang lain yang menyaksikannya. Namun, tidak kurang mereka yang mendapat bala Allah, rasa insaf itu tidak timbul, ataupun insaf buat sementara waktu sahaja. Dan berubah kembali kepada tabiat buruknya apabila kesengsaraannya dapat diatasi, bisnes kembali pulih, penyakit menjadi sembuh, manakala kematian yang pernah diratapi luput dari ingatan.

Allah menyuruh agar setiap hamba itu berdoa, Dia akan memperkenankannya. Kemustajaban doa ada kalanya diberi cepat iaitu ketika seseorang itu masih hidup atau ditangguh baginya di akhirat, ataupun dengan doa itu akan dihapuskan dosa-dosanya menurut kadar doa yang dipohon, selagi ia tidak berdoa dengan sesuatu dosa ataupun memutuskan hubungan kekeluargaan.

Orang yang buta mungkin kecewa dengan penderitaan berpanjangan yang dialami, lebih-lebih lagi mereka yang celik sebelum itu. Walaupun tidak ada sesiapa yang tahu tentang rahsia kenapa ia dijadikan sedemikian rupa, tidak kira buta itu mungkin disebabkan oleh kesilapan dirinya sendiri, kerana demam panas yang bersangatan, terlalu banyak menangis atau memang dilahirkan buta.

Mungkin dalam ketentuan Allah, andainya orang yang berkenaan dijadikan celik, dia akan menjadi seorang yang jahat. Melakukan dosa-dosa besar dan hidup bergelumang dengan noda. Sebagai balasannya dia akan dimasukkan ke neraka. Walaupun demikian, Allah lebih mengasihinya, lalu menjadikannya buta, menyebabkan pergerakannya terhad, peluang melakukan dosa tidak wujud atau terlalu kecil, lalu akhirnya dia menjadi salah seorang penghuni syurga, kekal di dalamnya.

Andainya seseorang itu mengetahui rahsia-rahsia seperti ini, tentunya dia memilih menjadi buta, kerana penderitaan buta di dunia tidak kekal, kerana umat Muhammad hidup hanya antara 60-70 tahun sahaja. Hanya sedikit yang hidup lebih daripada umur ini.
Bagi orang yang celik, buta itu satu penderitaan, namun demikian bagi orang buta, apabila penderitaan penglihatan itu menjadi sebahagian daripada hidupnya, penderitaan itu akan hilang hasil daripada kejayaan menyesuaikan diri sebagai seorang yang hilang penglihatan.
Balasannya Rasulullah bersabda yang bermaksud: Allah telah berfirman barang siapa telah aku cabutkan kedua-dua matanya, maka balasannya telah kekal dalam rumah-Ku dan dia akan memandang wajah-Ku.

Rasulullah juga ada bersabda, telah berfirman Allah: Apabila aku hadapkan seorang dari kalangan hamba-Ku akan kecelakaan pada badannya, harta atau anaknya, kemudian ia terima kecelakaan itu dengan kesabaran yang baik, nescaya aku malu daripadanya pada hari kiamat kelak, bahawa aku akan tegakkan baginya neraca timbangan amal atau Aku bukakan baginya buku suratan amal. Dalam al-Quran (az-Zumar: 10) dijelaskan: Sesungguhnya orang yang sabar diberi balasan mereka tanpa hitungan.

Janji-janji Allah adalah jelas. Allah tetap bersifat kudrah, berkuasa mengendali dan menunaikan janji-janji-Nya dan Allah mempunyai rahsia yang tersendiri dalam menentukan qada dan qadarnya. Dalam surah al-Baqarah: 216, terdapat firman Allah yang bermaksud: Boleh jadi sesuatu yang tidak kamu sukai itu adalah lebih baik bagi kamu.

Selain daripada rahsia-rahsia ketuhanan yang tidak dimaklumi oleh manusia, penderitaan seseorang boleh menggugurkan dosa yang pernah dilakukan. Saidatina Aisyhah berkata, baginda ada bersabda: Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin suatu kecelakaan biarpun terkena satu duri, ataupun yang lebih daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengannya satu dosa.

Dalam menghadapi hidup, kesabaran adalah paling utama. Sifat sabar bukan merupakan sifat manusia lemah kerana orang yang terlibat telah berusaha berhabisan, menggunakan akal dan tenaga, lalu berdoa bertawakal.

Seorang lelaki telah datang menemui baginda mengadu yang harta bendanya telah musnah, manakala badannya sakit-sakit. Baginda bersabda: Tidak baik bagi seorang hamba yang tidak hilang harta bendanya dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya, Allah apabila ia mengasihi seorang hamba, Ia akan mengujinya dan apabila ia ditimpa bala, maka Allah akan memberinya kesabaran.

Doa yang dipohon merupakan peringatan seorang hamba kepada Penciptanya. Ingatan tersebut merupakan susunan kata yang disenangi oleh Allah, yang sentiasa mahu mendengar suara hamba-Nya yang dikasihi. Kerana itu, seseorang yang tahu akan hakikat atau rahsia qada dan qadar akan terus berdoa sambil berusaha, tidak kira doanya terlaksana ataupun tidak.

Dalam sebuah hadis, riwayat Ibn an-Najjar, katanya Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Malaikat Jibril itu diutuskan untuk menyempurnakan keperluan-keperluan anak Adam. Maka apabila seorang hamba kafir itu berdoa, Allah berkata kepada Malaikat Jibril, tunaikan hajatnya, maka sesungguhnya aku tiak suka mendengar doa permohonannya.

Namun apabila seorang hamba yang mukmin itu berdoa, Allah berkata: Wahai Jibril, tahan dahulu permohonannya, maka sesungguhnya aku suka mendengar doanya.
Orang yang berkasih-kasihan sering memuja pasangannya. Gembira, suaranya dirindui dan ditunggu oleh kekasihnya. Demikianlah gambaran kasih di antara manusia. Andainya manusia itu gembira suaranya didengar oleh orang lain, betapa bertuahnya kalau seorang hamba mukmin itu suaranya dirindui Allah. Tentunya dia akan terus berdoa biarpun ia menanggung penderitaan di sebalik doa yang dituturkan tadi.

Rasa hampa atau kecewa atau menyalahkan takdir tidak berupaya mengatasi masalah yang berlaku atau sedang dihadapi. Andainya penderitaan itu melibatkan kematian atau kemalangan, peristiwa ini tetap telah berlalu. Allah telah menetapkan takdir sedemikian rupa. Sesungguhnya kehampaan, putus asa atau hilang kesabaran menghilangkan pahala sabar.

Untuk memberi suntikan semangat dan menghindarkan rasa putus asa saudara, pemahaman tentang rahsia-rahsia qada dan qadar itu perlu difahami dan dihayati. Jika seseorang itu memahami bahawa apabila takdir itu telah termaktub di Loh Mahfuz, tidak ada makhluk yang boleh mengubahnya. Ada rahsia ketuhanan terhadap qada, qadar yang tidak mudah untuk difahami oleh hamba-hamba-Nya.

Wednesday, September 3, 2008

so sorry...:(

Entahlah apalah malangnya nasib aku hari ini. Apatah lagi lebih malang sekali bagi makhluk Allah yang kusayangi itu. Aku rasa bersalah sangat2..kisahnya pagi tadi aku nak bergerak ke ofisdalam jam 6.45 gitu...alamak aku tak sampai hati nak ceritalah..sedey mengenangkan kejadian menyayat hati ni..sebenarnya masa nak reverse kete tu, aku rasa macam ada sesuatu di belakang tayar kete yang membuat kete rasa macam tersekat, tapi aku reverse gak...mulanya aku tak perasan apa2, bunyi pun takde, sebab aku tak pasang radio lagi masa tu, dan buka cermin pintu.

Bila dah abis reverse, aku nampak seekor kucing kat pagar rumah aku sedang mengensot ke tepi..pada ketika itu baru aku sedar, rupanya perasaan tayar tersekat itu, sebab aku terlanggar kucing tak bertuan itu. aku beristighfar banyak2, dengan harapan agar kucing tu takde apa2..aku cuba pegang kucing tu , tapi dia macam marah, dah tak bersuara

Akupun cepat turun dari kete nak tengok keadaan dia..aduhai..apalah yang aku buat ni..walaupun tak luka mahupun berdarah, tapi keadaan diapun teruk gak..aku rasa tulang pinggul dia patah. Sebab kaki dia ’split’ kiri kanan macam manusia meniarap.....astarghfirhullahalazim...aku buntu, panik dan takut..aku lari ke dlm rumah dan maklumkan pada mamaku...mak aku hanya menyebut Allahhu Akbar dan terus keluar tengok...dia takut itu kucing yang sama yang bunting yang selalu lepak belakang umah aku..nasib baik itu kucing lain...berulang kali aku katakan aku tak sengaja, tak dengar apa2 pada mak aku.. mak aku dengan berani dan tawakkal angkat betulkan kaki kucing tu dah letakkan di tempat selamat sikit..

Mak aku seperti menenangkan aku dengan berkata..”ok, it;’s ok..dah letak dah kat tempat elok sikit, tak pe pergilah kerja” ..aku pun rasa tenang sikit mula beredar untuk ke tempat kerja....tapi sepanjang perjalanan terngiang2 di fikiranku akan keadaan kucing malang tu, sewaktu dia sedang mengensot...Ya Allah..setiap saat aku memikirkan keadaan kucing itu..

Tapi pagi tadi, kat ofis ada juga aku kol mak bertanyakan keadaan kucing tu, aku ingat nak bawa ke klinik ..tapi menurut dia, kucing tu dah takde kat depan umah aku tu..hairan juga aku, sebab aku pasti kucing tu dah takleh berjalan lagi..tak mungkin dia bergerak dengan kedua kaki depannye sajer dan mengheret badannya..tapi sebenarnya jauh di sudut hatiku , agar harap ada ’keajaiban’ bahawa kucing itu dapat bergerak lagi..meaning harap2 dia dah takde tu maknanya dia sudah boleh berjalan..

Aku rasa bersalah sangat2..entahlah apa bentuk balasan aku terima atas kelalaian aku ini dari Tuhanku. Dahulu pernah juga aku menghadapi situasi ini... aku pernah terlanggar mati seekor burung merpati…dan esoknya aku demam dan sakit leher...bagaikan satu balasan aje..mungkin ia berlaku secara kebetulan sahaja..tapi seandainya itu balasannya ku berharap aku menerimanya ketika masih di dunia ini..sebab tak sanggup rasanya menghadapinya ’di sana’ kelak.

Meow..meow..i’m so sorry..tak sengaja… :(

Tuesday, September 2, 2008

Andai Ini Ramadhan Terakhir..

" MARHABAN YAA RAMADHAN " ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan..
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-RahmanDuhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita .....
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

"MARHABAN YAA RAMADHAN "