Monday, November 24, 2008

Cara Melupuskan Kertas barang Yang Tertera Ayat Alquran Atau Nama Allah

aku harap dapat petikan ini dari sumber dipercayai...

Berikut soalan individu musykil tentang Cara Melupuskan Kertas atau barang Yang Tertera Ayat Alquran Atau Nama Allah

Soalan:
Assalamualaikum, Saya dan keluarga saya sudah lama mengalami kesukaran untuk melupuskan kertas-kertas yang tertulis ayat al-quran terutamanya buku-buku latihan yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Ada orang kata, untuk melupuskannya, kita hendaklah bakarkannya, tetapi saya tinggal di K.Lumpur dimana dikawasan ini adalah dilarang melakukan pembakaran, lagipun kertas yang hendak dibakar adalah amat banyak. Dan, jikalau dibakarkan pun, dimana saya hendak buangkan abunya? Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sadara/i dapat menyelesaikan masalah saya dengan memberikan jawapan yang sesuai dan releven berasaskan hukum islam supaya saya dapat melupuskannya.

yang benar,
pelajar kesusahan

Jawapan:
Ulamak2 tidak menetapkan dengan cara membakarnya sahaja tetapi apa cara yang dapat melupuskan tulisannya adalah harus. Tetapi dengan cara membakar adalah lebih mudah. Masalah tiada tempat yg sesuai saya kira tidak dapat diterima kerana ia bolih dilakukan ditempat2 yang lain dan dengan cara sedikit demi sedikit dan abunya bolih ditanam ditempat2 yang tidak kotor seperti dipinggir2 hutan.

No comments: