Sering saya dengar keluhan beberapa rakan mengenai harga barang pada hari ini naik mendadak. Harga makanan pun cukup ketara kenaikannya. Saya juga mengalami senario ini, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan kos makanan yang dibeli di luar.
Kalau sebelum ini saya tak amik pusing sangat pasal isu makanan mahal ini, bukan pasal mampu bayar, (berkira2 jugak sebenarnya..;)), tapi alhamdulillah masih dapat diterima dek dompet saya, harga masih reasonable, sesuai dengan rasanya, portionnya dan layanan yang diterima. Walaupun mahal, tapi layanan mesra, hati pun masih sejuk untuk bayar, tapi kalau tak muka macam rojak basi (macam dah takde menu lain wat contoh..;)) ditambah pula macam orang kena sembelit, aduhai..saya takdelah marah direct dengan orang tersebut..Cuma mulalah mulut ni ringan’berzikir’ dan terkumat kamit merungut tak sudah2..hehe..jahat lak kan, dah geram nak wat macam mana..
Kegeraman saya pasal isu ini memuncak apabila baru-baru ini menemani mama beli buah-buahan untuk di bawa ke medan, Indonesia (bukan medan perang yer ). Melawat kaum keluarga di sana. Mungkin susah nak dapat atau harganya mahal di sana, mereka pun kirimlah buah delima dan mangga dari mama.(alamak dah rindu lak kat my mother ni walaupun baru sehari pergi ..hehe).
Mulanya pening gak nak beli kat mana buah2 tu time malam2..saya pun tiba2 mendapat idea yang sangat bijak lagi hebat yang mampu dicapai oleh kanak-kanak bawah 12 tahun..hehe..untuk beli di area greenwood, dekat jer dengan umah.
Kami berhenti betul2 depan idung peniaga buah tu, so saya stay dlm kete jer, mak turun beli sambil dibekalkan note 50, kononnya bolehlah dapat beli buah dengan banyaknyanya dengan nilai tersebut...tapi rupa-rupanya, harapan setinggi gunung jer..mama buka pintu sambil minta lagi 12 hinggit..saya fikirkan mungkin orang tu takde duit tukar ker...tapi hmmm idoknyer..tak cukup lagi adalah...u all bayangkan yer..untuk 5 biji buah delima dan 5 buah mangga yang sederhana saiznya berharga RM62...Ya Allah..mahalnya...bagi saya mahal, tapi tak tahulah kalau ada yang berasakan harganya standard mcm tu..penerimaan mama? tenang jer...tapi tidak bagi saya
Saya lak dok ulang cakap mahal jer, sebab sukar nak percaya....terkejut pun yer...bak kata orang mangolia....terkejut beruk lah...mama senyum jer...tapi 1 jer ayat ’power’ yang mama sebut yang sekaligus menjadi ’penawar hati’ saya yang geram masa tu...katanya, ”orang yang berniaga, mengaut keuntungan lebih daripada separuh dah kira haram..”..laa...baru saya tahu..;p.
Lagipun mungkin peniaga yang kurang bertimbangrasa tu leh bertindak demikian, sebab dialah satu2nya peniaga buah kat area situ, so leh lah dia demand kot, customers no choice..u take it or u leave it!..
Jadi saya pun keluar dengan fahaman dan teori tersendiri;- gamaknya mungkin inilah antara punca mengapa sebilangan orang melayu kurang berjaya atau kureng menjadi dlm bidang perniagaan, sebabnya;
- meletak harga yang tidak masuk akal (seperti kes saya ini), terlalu mahal..kesannya timbul ketidakpuasan hati dan rungutan pembeli yang menimbulkan ketidakredhaan terhadap harga tersebut dan akhirnya mungkin akan menyebabkan rezeki peniaga itu tidak berkat..(rasanya lah)
- sudahlah mahal, harga yang dikenakan tidak setimpal dengan perkhidmatan layanan yang diberikan dan produk tak berkualiti..contohnya makanan dibeli kurang enak ker dll..dahlah tak sedap, pelayan ker cashier ker buat muka mcam nak kena hukuman pancung sampai pengsan lak..lagilah berasap badan customer tersebut..cuba tengok cara restoran mamak yang ala2 bistro tu (saya kurang sikit makan kat restoran ni)
- apalah salahnya sesekali peniaga beramal jariah, jangan fikirkan keuntungan jer..contohnya kalau kuih tinggal lagi 2 ketul tak terjual, apalah salahnya jual murah pada customer terakhir tu atau bagi yang lebih tu secara percuma..dari takde orang nak beli kuih terakhir tu kan...
sebab mudah kesian kat orang, tak sampai hati pun ada..pernah saya jual pelbagai kerepek imported dr batu pahat, kat pantry ofis lama…kerepeknya luak, tapi duit dlm bekas kurang, banyak orang tak bayar..agaknya mereka ingat konsepnya ialah, Makan dulu baru bayar, tu yang sampai sudah tak bayar2…
oklah, masa dah time ;p .nak kemas2 untuk balik…5.29.30 bersedia ke garisan..sedia…mula!..kebabooow
1 comment:
wahh, byk ngomel.. mmg kadang2 ada peniaga yg suka amek kesempatan.xbaik kan?? mai pon xsesuai jd businesswoman,mcm ira laa,cpt kesian kat org.kalau yg berhutng tu,lg laa..xsuka nk pi mintak2 duit kat org.. apapon,moga2 kita tak tergolong drpd org yg mkn duit2 haram..
bila nk belanja mai lunch?? huhuh
Post a Comment