“Abislah kena buli nanti,”..masih terngiang2 ayat itu di telingaku sehingga kini sebaik saya menerima surat mengikuti BTN dari bahagian sumber manusia tempatku bekerja.
Itulah usikan staf saya yang kesemuanya telah mengikuti kursus yang sama lebih awal dari saya.
Banyak pengalaman ‘dahsyat’ daripada mereka saya dengar, kena masuk hutan lah, kena berkawatlah, kenna berlarilah, telefon diambillah dll..pada mulanya membuatkan saya keberatan dan tak ingin menyertainya..tapi bila difikir2kan, apa salahnya mencuba lagipun ini antara proses perlu saya lengkapkan untuk sah dlm jawatan.
Lagipun ekceli saya suka aktiviti2 lasak seumpama ini, naik gunung ledanglah, jangan tak tahu saya pernah wakil fakulti AD untuk pertandingan kawad kaki tau dan sertai unit beruniform kesatria..(or orang panggil katak hijau dek kerana bajunya warna hijau)..hehe
So pengalaman selama 5 hari, 4 malam (20-24 Jun ) di kem btn kulim, kedah itu at the end cukup menyeronokkan kerana:
- dapat berjumpa dengan ramai kawan2 baru baik dr organisasi sendiri dan 2 lagi dari IPDA dan IPSAH..mereka memang best2 belaka..mai, kak erna, kak intan, intan kecil, norida, nadiah, sutha nis dan ramailah..(memang niatpun nak cari kawan2 baru..maklumlah sorang2 jer kat jabatan ini)
- masa dlm perjalanan ke kem, pakcik driver bas tersesat, dia nak masuk kem plkn yang terletak tidak jauh dr kem btn..ada suara2 sumbang cakap “..pakcik kami dah tualah (tak sesuai masuk plkn)..”..;p
- dapat lakukan aktiviti lasak repealing kot namanya (yang turun dr tempat tinggi mcm bomba tu), masuk hutan (ekceli kebun getah siapa entah) meniti di atas seutas tali untuk ke seberang, meniti atas 2 batang kayu menyeberangi sungai kecil yang banyak pacat..(alhamdulillah takde pacat hinggap di badan saya).
- Walaupun banyak buah durian dan rambutan, saya tak berani nak makan sebab tak dapat permission secara direct dr owner dia. Tapi ramai sebenarnya peserta makan..hehe..sedap katanya..
- Macam rasa back to school lak..sepanjang berada di sana kena pakai baju kurung putih dan kain hitam..lucu lak beli baju sekolah kat kamdar 2 helai lak tu..kalu time sekolah dulu2 punya susah lak nak cari saiz, sekarang senang nye, saiz M pun dah ok..tak tahu nak wat apa dengan baju tu sekarang , maybe buat sarung bantal or pinjamkan pada siapa2 yang kena BTN lak..hehe
- Dapat mempelajari kembali sejarah Malaysia (subjek sejarah memang favouritelah), tengok filem ‘Hati Malaya”, fungsinya untuk beri kesedaran bagaimana peritnya pemimpin terdahulu mendapatkan kemerdekaan dan baru saya tahu apa itu ‘kontrak social” (yang bagi saya secara peribadi, secara tidak langsung tidak menguntungkan langsung bangsa saya)
- Bangun setiap hari jam 4.45 am, sebab takmo berebut toilet…walaupun sebenarnya tiasa masalah nak mandi, sebab kebanyakkannya mandi kolah dengan berkemban..hehe
- Terpaksa pinjam kasut kak zu (nasib baik muat) untuk masa hutan...sebab kasut sport saya hanya tunggu masa jer ..tapaknya dah ‘mengaum’ dah..itupun kasut kidnap kakak punya..dia tak tahu pun..nantilah saya bawa pergi jahit..keekeke..terima kasih bebanyak kak zu
- Duduk dalam dorm paling best seramai 16 orang ..dah lama tak rasa suasana mcm dok kat asrama (eh seingat saya tak pernahpun)..semuanya sempoi dan 1 kepala..terutama kehadiran kak erna yang sangat lucu dan best orangnya…baik lak tu..dia sahaja sudah menggamatkan suasana..pendek kata kalau dia takde tak cerialah btn waktu itu..:)
Saya takkan sentuh soal intipati silibus yang diajar dlm kelas LDK, biasalah kalu dlm btn kita dah leh bayangkan apa yang dibincangkan kan..susah sebenarnya saya nak terangkan dlm blog ni..tapi yang leh saya rumuskan ialah; sekiranya kita terus membiarkan perbalahan sesama kaum, apatah lagi sesame Melayu seperti yang berlaku sekarang ni antara kedua-dua parti utama di Malaysia, tidak mustahil negara kita akan berpecah belah, permusuhan kaum dan lebih dahsyat lagi berlaku rusuhan kaum sehingga membawa kembali kepada peristiwa darurat 13 Mei 1969, ataupun keadaan tidak aman di negara-negara seperti selatan Thai, Indonesia, Iran dan sebagainya….
mahukah kita hidup dalam keadaan tidak aman dan selamat itu hanya kerana kita mempunyai perbezaan ideology dan matlamat, tuntutan yang tidak munasabah tidak dipenuhi dll ?..renung-renungkan wahai sang pemimpin..
Pun demikian, pengalaman btn cukup menyeronokkan..walaupun semuanya dah dewasa, tapi ada beberapa aktiviti yang dilakukan oleh fasilitator agak santai, seronok dan bunyinyer macam kebudak-budakkan.
Ada 1 yang kiranya leh diibaratkan senaman kot semua peserta akan menyanyi “angkat tangan kanan godek-godek-godek”... (sambil pusingkan tangan itu) dan seterusnya sampailah ke punggung..”angkat punggung kanan godek-godek-godek (sambil goyangkan punggung )hehehhe...agaknya rezeki kaum wanita kot yang dok berbaris di bahagian belakang kaum adam,..bila nampak kaum adam gelek2 time tu..adalah yang ketawa dan keluar suara2 nakal ..’peewet..cutenyer..comellah..”..hehehe..nakal betullah diaorang ni..(saya tak terlibat eh, cuma tersenyum jer)..hehehe
Begitulah sedikit sebanyak kisahnya btn..ingat nak amik gambar pakai baju sekolah guna handfon buat kenang-kenangan, tapi tak beranilah...penggunaan handphone DILARANG sama sekali...so gunapun dlm bilik jerlah..so time malam waktu saya mengadu domba dlm fon..keke
Salam dr btn kulim, kedah... dalam kenangan
3 comments:
hajimemashite..maisarah desu :D
wahh..seronok gak layan blog ira ni... update2 selalu yer ;)
byk la menda kat btn sbnrnya kan? kalau tulis rentetan ikut jadual kursus tu baru complete sume cite kot...heheheh.
p/s:rugi aa xamek gmbr pakai baju sekolah
kt umh nnt pakai baju skoll.pas tu amik gambar. nk lg best pakai baju tu g tengok wayang mid night show
Salam... Macam seronok je BTN ni... Saya akan ke BTN hari JUmaat sampai Isnin ni... Tp pendek siket tempohnya... Risau jugak macam manalah nanti kemnya kan... Tapi saya ada baju kemej asehelai jer... hahahaha... Doakan keselamatan saya k...
Post a Comment