Tuesday, June 30, 2009

1001 pengalaman BTN

“Abislah kena buli nanti,”..masih terngiang2 ayat itu di telingaku sehingga kini sebaik saya menerima surat mengikuti BTN dari bahagian sumber manusia tempatku bekerja.
Itulah usikan staf saya yang kesemuanya telah mengikuti kursus yang sama lebih awal dari saya.

Banyak pengalaman ‘dahsyat’ daripada mereka saya dengar, kena masuk hutan lah, kena berkawatlah, kenna berlarilah, telefon diambillah dll..pada mulanya membuatkan saya keberatan dan tak ingin menyertainya..tapi bila difikir2kan, apa salahnya mencuba lagipun ini antara proses perlu saya lengkapkan untuk sah dlm jawatan.

Lagipun ekceli saya suka aktiviti2 lasak seumpama ini, naik gunung ledanglah, jangan tak tahu saya pernah wakil fakulti AD untuk pertandingan kawad kaki tau dan sertai unit beruniform kesatria..(or orang panggil katak hijau dek kerana bajunya warna hijau)..hehe

So pengalaman selama 5 hari, 4 malam (20-24 Jun ) di kem btn kulim, kedah itu at the end cukup menyeronokkan kerana:

  • dapat berjumpa dengan ramai kawan2 baru baik dr organisasi sendiri dan 2 lagi dari IPDA dan IPSAH..mereka memang best2 belaka..mai, kak erna, kak intan, intan kecil, norida, nadiah, sutha nis dan ramailah..(memang niatpun nak cari kawan2 baru..maklumlah sorang2 jer kat jabatan ini)
  • masa dlm perjalanan ke kem, pakcik driver bas tersesat, dia nak masuk kem plkn yang terletak tidak jauh dr kem btn..ada suara2 sumbang cakap “..pakcik kami dah tualah (tak sesuai masuk plkn)..”..;p
  • dapat lakukan aktiviti lasak repealing kot namanya (yang turun dr tempat tinggi mcm bomba tu), masuk hutan (ekceli kebun getah siapa entah) meniti di atas seutas tali untuk ke seberang, meniti atas 2 batang kayu menyeberangi sungai kecil yang banyak pacat..(alhamdulillah takde pacat hinggap di badan saya).
  • Walaupun banyak buah durian dan rambutan, saya tak berani nak makan sebab tak dapat permission secara direct dr owner dia. Tapi ramai sebenarnya peserta makan..hehe..sedap katanya..
  • Macam rasa back to school lak..sepanjang berada di sana kena pakai baju kurung putih dan kain hitam..lucu lak beli baju sekolah kat kamdar 2 helai lak tu..kalu time sekolah dulu2 punya susah lak nak cari saiz, sekarang senang nye, saiz M pun dah ok..tak tahu nak wat apa dengan baju tu sekarang , maybe buat sarung bantal or pinjamkan pada siapa2 yang kena BTN lak..hehe
  • Dapat mempelajari kembali sejarah Malaysia (subjek sejarah memang favouritelah), tengok filem ‘Hati Malaya”, fungsinya untuk beri kesedaran bagaimana peritnya pemimpin terdahulu mendapatkan kemerdekaan dan baru saya tahu apa itu ‘kontrak social” (yang bagi saya secara peribadi, secara tidak langsung tidak menguntungkan langsung bangsa saya)
  • Bangun setiap hari jam 4.45 am, sebab takmo berebut toilet…walaupun sebenarnya tiasa masalah nak mandi, sebab kebanyakkannya mandi kolah dengan berkemban..hehe
  • Terpaksa pinjam kasut kak zu (nasib baik muat) untuk masa hutan...sebab kasut sport saya hanya tunggu masa jer ..tapaknya dah ‘mengaum’ dah..itupun kasut kidnap kakak punya..dia tak tahu pun..nantilah saya bawa pergi jahit..keekeke..terima kasih bebanyak kak zu
  • Duduk dalam dorm paling best seramai 16 orang ..dah lama tak rasa suasana mcm dok kat asrama (eh seingat saya tak pernahpun)..semuanya sempoi dan 1 kepala..terutama kehadiran kak erna yang sangat lucu dan best orangnya…baik lak tu..dia sahaja sudah menggamatkan suasana..pendek kata kalau dia takde tak cerialah btn waktu itu..:)

Saya takkan sentuh soal intipati silibus yang diajar dlm kelas LDK, biasalah kalu dlm btn kita dah leh bayangkan apa yang dibincangkan kan..susah sebenarnya saya nak terangkan dlm blog ni..tapi yang leh saya rumuskan ialah; sekiranya kita terus membiarkan perbalahan sesama kaum, apatah lagi sesame Melayu seperti yang berlaku sekarang ni antara kedua-dua parti utama di Malaysia, tidak mustahil negara kita akan berpecah belah, permusuhan kaum dan lebih dahsyat lagi berlaku rusuhan kaum sehingga membawa kembali kepada peristiwa darurat 13 Mei 1969, ataupun keadaan tidak aman di negara-negara seperti selatan Thai, Indonesia, Iran dan sebagainya….

mahukah kita hidup dalam keadaan tidak aman dan selamat itu hanya kerana kita mempunyai perbezaan ideology dan matlamat, tuntutan yang tidak munasabah tidak dipenuhi dll ?..renung-renungkan wahai sang pemimpin..

Pun demikian, pengalaman btn cukup menyeronokkan..walaupun semuanya dah dewasa, tapi ada beberapa aktiviti yang dilakukan oleh fasilitator agak santai, seronok dan bunyinyer macam kebudak-budakkan.

Ada 1 yang kiranya leh diibaratkan senaman kot semua peserta akan menyanyi “angkat tangan kanan godek-godek-godek”... (sambil pusingkan tangan itu) dan seterusnya sampailah ke punggung..”angkat punggung kanan godek-godek-godek (sambil goyangkan punggung )hehehhe...agaknya rezeki kaum wanita kot yang dok berbaris di bahagian belakang kaum adam,..bila nampak kaum adam gelek2 time tu..adalah yang ketawa dan keluar suara2 nakal ..’peewet..cutenyer..comellah..”..hehehe..nakal betullah diaorang ni..(saya tak terlibat eh, cuma tersenyum jer)..hehehe

Begitulah sedikit sebanyak kisahnya btn..ingat nak amik gambar pakai baju sekolah guna handfon buat kenang-kenangan, tapi tak beranilah...penggunaan handphone DILARANG sama sekali...so gunapun dlm bilik jerlah..so time malam waktu saya mengadu domba dlm fon..keke


Salam dr btn kulim, kedah... dalam kenangan

Wednesday, June 10, 2009

Pertama kali kukenakan tol..

Lain padang lain belalang..lain orang lain juga caranya..begitulah agaknya tradisi perkahwinan orang johor dengan daerah atau negeri lain. masing-masing mempunyai cara dan budaya tersendiri.

Melihat pihak pengantin lelaki dikenakan tol sebelum dapat bertemu dan duduk di sebelah pengantin perempuan sememangnya satu satu pengalaman baru buat saya,apatah lagi diminta oleh pihak pengantin perempuan yang juga merupakan kawan baik saya untuk menjadi pengapitnya.

”a--k, awak jadi pengapit saya boleh tak,”begitulah kira-kiranya pertanyaaannya bakal pengantin pada saya beberapa bulan lalu. Lalu saya pun menjawab..”alamak, kena ker..jadi pengapit kena buat apa..kena tolong lap muka jer kan, dengan kipas-kipaskan..ala, a--k takut malukan julie jer kat atas pelamin,” tanya saya untuk kepastian.

Bukan apa saya ni memnang suka tersenyum, buat lawak, takut atas pelamin nanti saya lak yang sengeh dan galak ketawa lebih-lebihan (tengok2 memang betul pun, saya gelak melampau2 dalam gambar..kekeke) teman saya pun jawab, ”lebih kurang macam tulah”.

Itu katanya sebulan sebelum itu, tapi 2 hari sebelum nak bersanding tu, ”a--k, nanti awak buat tol yer,”. Mulalah saya melopong, terkedu dan panik..”duduk kat depan pelamin, tutup muka pengantin sambil minta tol!..bior benor”, macam nilah konon2nya saya kata dlm hati..hehe

Tapi kepanikkan itu sebentar cuma, setelah diterangkan oleh teman2ku yang lain..kata mereka senang jer minta jer duit tol sebelum buka muka pengantin dengan kipas sate tu...hehe,,tak mengapalah, apa yang lebih penting saya dapatkan tunaikan hasrat teman saya itu untuk menjadi pengapit di hari bersejarahnya...lagipun hari tukan dia bergelar raja sehari, so kenalah layan bak raja ...yer tak..

Nasib baik, ramai teman-temanku yang ada bersama selain makcik2 yang duduk menghadang di hadapan pelamin untuk memeriahkan upacara minta tol..kekekekke..meriah sikit..kawan kami linda memang sporting abis..dia pandai bercakap..yang lucunya..belum pun sempat kami minta, pengapit lelaki dah bagi sampul duit..malas cakap banyak agaknya takpun dah nervous sangat kot, bila tengok otai2 kat depan tu..

Apabila semua dah ketepi, saya fikirkan leh saya persembahkan teman saya pada si pengantin lelaki, rupa-rupanya tugas saya belum selesai lagi, kira saya tol terakhirlah..hehe

Bila dapat sampul pertama, saya ingat nak bangunlah, tapi apabila pengapit lelaki tanya ”nak lagi tak”, saya pun duduk balik cakap ”nak bagi lagi ker, kalau bagi nak gak”..hehe..boleh pulak tawar menawar atas pelamin..tapi sebelum tu saya rujuk tanya dulu teman saya tu boleh ker minta lagi, yelah dia pun dah siap warning awal2 lagi jangan minta banyak2 kat bakal suami dia tu, berpeluh dia karang takut tak cukup..so bila teman saya cakap,”dah oklah tu”..saya pun bangun dan berkata,” ok, saya persembahkan,” merujuk kepada pengantin perempuan tersebut.

Alhamdulillah berjaya misi pertama saya menjadi pengapit buat teman saya yang kini bergelar Pengantin Baru dan menjadi suri hidup En Azman. Makin banyak muka student AD17 2001 ’dipangkah’...kekekee

Tatkala pengantin diambil gambar, saya dengan kawan-kawan lain Azie (bawak adik-adiknya sebagai bodyguard), Kak HAni (datang lambat kerana jem di seremban), dan Linda (Moon tak dpt hadir dengan bersurat) dok berposing sakan dan mulalah bercerita itu dan ini maklumlah berapa tahun tak jumpa, alih2 linda dah bawa ‘handbag’ mahalnya (lupa nama anaknya)..hehe

Memang kecoh abis, tu belum ramai lagi kawan2 kami dari AD17 datang, kalau ada MOOn sahaja dah retak agaknya dinding umah Julie!...:)..seronok betul…thanks kawan2 seronok rasanya dapat jumpa u all!!

Paling puas dan rasa seronok apabila si pengantin perempuan berkata, “terima kasih a--k, saya suka awak jadi pengapit kita,” ..Alhamdulillah saya dapat menjalankan amanat teman saya itu dengan baik...yelah sayapun tak mahulah cara atau perilaku saya akan memalukan teman saya di hari bersejarahnya..

Oh ada 1 pengalaman melucukan sepanjang perjalanan ke rumah pengantin di Parit Samijan, Batu Pahat, Johor. Alkisahnya saya bertugas sebagai co-pilot pada sahabat baikku yang juga merupakan anak jati Batu Pahat..saya tergelak2 melihat papan tanda jalan yang bertulis, Parit Botak, Parit Baring (entah parit terlentang ada ker idak) dan entah apa lagi saya dah lupa..”lucunya dah takde nama lain ker nak buat nama jalan”kataku pada sahabatku.
Balas sahabatku ”wah2 gelakkan kampung orang yer, saya tinggalkan awak kat sini jelah..”kata orang yang tak boleh terima kritikan..:)

Yang paling lucu, saya baca peta yang dilakarkan oleh Julie salah..Jalan Parit Bengkok saya gi sebut Parit Bengkak dan Parit Samijan saya gi panggil Parit Sarjan...hehehehe..tulisan Julie tu berseni sangatlah..

Oklah begitulah ceritanya pengalaman menghadiri kenduri perkahwinan sahabat baikku Julie Aziah pada 6 Jun 2009 di Batu Pahat, Johor..kiranya 3 hari 2 malam saya di Johor homestay makcik saya..hehe.

Jullie, lepas ni tak bolehlah a--k mengadu-damba pada julie lagi erk, pastu a- - k pun dah tak dengar cerita-cerita sedey dari u lagi kan tentang hanya kita berdua sahaja yang tahu...takpelah lepas ni ’U have A Shoulder to Lough On’beside u...which is your beloved husband ..

So kepada Julie dan Azman, a- - k nak wish sekali lagi...

Selamat Pengantin Baru, Semoga Perjalanan Hidup Kalian diberkatiNya dan sentiasa Berbahagia Sehingga Ke Akhir Hayat…Amin..

Gambar nantilah akan di post..

Monday, April 27, 2009

kisah Teladan- Pisang & Hati

baca dan nilai moral di sebaliknya..(saya pun kenalah buat jugak..hehe)

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Friday, April 24, 2009

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa 2009-PWTC

Assalammualaikum..


wah rasanya dah lama tak post cerita dalam blog ni..jangan kata post citer seharian yang telah saya lewati, nak post cerita2 hikmah dan unsur pengajaran yang hanya perlu copy and paste pun tak sempat..hehe
selain sibuk dengan aktiviti seharian, elemen-elemen kemalasan yang melampau2 pun ada jugak yang mengekang saya dari terus aktif mengepost dalam blog ini..tapi takpelah kan..asal blog ni tak 'senyap' terus udah..hehe

so hari ni, sebaik sahaja punch in kedatangan, saya terus berkumpul di Library utama, sebab dah janji dng staf2 library, sebab pagi tadi kami nak ke pesta buku PWTC..buat sekalian kali saya berpeluang berkenalan lagi dengan 'kawan2 baru' dari library, yelah sepanjang hampir sepuluh bulan bertugas di U* (dah pencen dari kerjaya wartawan)..seronok rasanya dapat berkenalan dengan akak2 staf library ni, dia orang sporting abis..ada gak seorang pensyarah dari India (lupa nama DR ni), smart orangnya hensem macam shah rukh khan..hehe..sweet jer..pandai2 jer kak adida nak kenen2 kan saya dengan dia..hehe

saya fikirkan dia somewhere around Middle east, rupanya sangkaan itu meleset tatkala dimaklumkan dia asal dari northern india..masakan tidak, kulitnya cerah bukan main..hehe..gatal lah pulak ..:) mungkin diapun diarahkan oleh ketua untuk survey buku-buku yang berkaitan yang digunakan fakulti dan kemudian menerusi library buku itu dibeli..oh yer dia pensyarah bidang psikologi..


oklah nak dekat 5.30 petang ni..nak bersiap2 nak balik..sambung isnin nanti yer..



---------------------------------------..

ok bersambung kembali kita di dalam rancangan 'suka-suka hati' dalam episod kedua..hehe



hari isnin ni hari yang paling liat aku nak wat kerja..hehe..tapi apa2pun sebelum buat kerja ingat nak sambung post hari jumaat yang tak abis citer lagi tu..

so where were we erk?..
oh pasal pesta buku erk..penat berjalan mencari buku setiap level mengenai pemuziuman, takdelah jumpa tajuk tepat mengenainya, tapi adalah sikit kaitannya..macam best jer pilih buku pastu letak kat bawah dengan diselit skeping invois kecil..tahulah pembekal buku bahawa kita nak tempah buku tersebut..so mereka akan buat prosedur yang sepatutnya..so dalam kes saya, mereka akan sediakan invois untuk dihantar ke Perpustakaan**..

apa anda rasa jika diberi RM10 ribu untuk dibelanjakan...yahooo kan!..macam2 dah berlegar di fikiran nak beli apa kan, )telefon baru, renovate kete agar lebih laju dari kelajuan cahaya, baju branded etc)..amaun itulah saya dapat, ekceli amaun yang diperuntukkan kepada muzium untuk membeli buku-buku yang difikirkan sesuai..sebenarnya susah tau nak beli buku sampai RM10 ribu, sebab tak jumpa buku yang berkenan dihati..lainlah ceritakan kalau guna duit tu buat shopping kan, tak sampai setengah jam dah abis..hehe

so saya cuma dapat jumpa 2 buah buku jer, yang selebihnya saya ambil katalog dari pembekal dan akan list kan buku2 yang kita nak..oklah sikit kan leh berbincang dengan bos nak buku mana..hehe..so nantilah tunggu dia ada baru i decide nak beli ..:)

kesibukan memilih buku apatah lagi, ditemani oleh staf2 lain, mengekang saya untuk mencuri sedikit ruang melawat booth majikan lama saya' ka****kraf...biasalah setiap musim pesta buku penerbitan melayu terbesar ini pasti ambil bahagian..dengan saya2 pun terlibat sama mempromosikan majalah N** tahun lepas..penat sangat bercakap dengan pengunjung sambil membuat promosi...satu pengalaman baru..

takde rezeki nak menjenguk teman-teman lama...takpelah..INsyaAllah leh jumpa mereka di ofis terus..dekat jer..:)

so dalam 3.00petang kami keluar dari PWTC, dan singgah ke kampung baru untuk memenuhi tuntutan perut yang minta di isi..malangnya banyak lauk sudah abis..last2 kami singgah makan kat HAle's Kitchen dlm bangunan Plaza Rah makan western food..kesian orang yang nak makan nasi, masakan barat memang tak leh masuk, tapi apa leh buat itu jer pilihan yang ada..tapi bagi saya , pilihan ini memang best, kegemaran saya, apalagi kalau bukan fish & chip menjadi santapan enak saya petang jumaat yang mulia itu...:)..

yang lucunya, tengah menikmati makanan, satu persatu nasi goreng dibawa waitress kepada meja customer...la!..baru tau rupanya nasi goreng dan jenis goreng2 yang lain pun adalah .....
kesian yang nak makan nasi tadi..tapi nasib baik dia tak nampak..hehe

not badlah makanan dia..biasalah orang belanja, tu yang bertambah sodap tu..so bagi anda yang ingin mencuba tempat makan yang lain, mungkin Hale's Kitchen ini antara pilihan yang sesuai..tapi lebih sesuai bagi penggemar western foodlah..

okalah itu jer coretan untuk kali ini...agak-agak rajin nanti , saya post yang lain pula,(entah bila..)
mungkin cerita akan datang mengenai pengalaman pertama kali penerbangan seorang diri saya ke negeri pantai timur baru-baru ini..(cehh!macamlah best sangat..keke)...

salam

Friday, February 6, 2009

mereka lebih Islam dari aku yang Islam lagi hina ini..

Josh Hassan, Yahudi peluk Islam
petikan dr utusan online:

Jika saya tidak memeluk Islam, mungkin saya seorang penganut Hindu atau seorang Kristian. Tetapi mengapa saya hendak menyembah seorang Nabi (Nabi Isa a.s) sedangkan baginda sendiri tidak pernah mengaku dirinya mempunyai ciri-ciri ketuhanan untuk disembah oleh manusia.

Demikian pengakuan Josh Hassan, yang dilahirkan sebagai Yahudi. Menjelang usia 10 tahun, kedua-dua orang tua saya memasukkan saya ke Conservative Syanagogogue. Ia terletak di Brookline, Massachussetts yang majoriti penduduknya terdiri dari bangsa Yahudi. Saya dihantar ke situ semata-mata bagi mempelajari bahasa Hebrew dan mendalami agama Yahudi itu sendiri.
Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada Yahudi dari Israel yang berjaya membuatkan saya percaya kepada kebenaran agama itu. Di usia semuda itu, saya seorang yang percaya kepada wujudnya tuhan. Juga begitu berminat untuk membaca kisah-kisah dari Kitab Taurat dan Kitab Perjanjian Lama yang kesemua ini menjadikan saya menjadi seorang kuat berpegang kepada Yahudi melebihi dari ibu bapa saya sendiri dan rakan-rakan saya yang lain.

Begitu pun ketika dalam pengajian mengenai Yahudi dan Israel di Rumah Ibadat Yahudi itu saya ditemukan dengan satu agama yang agak baru kepada saya, iaitu Islam. Namun yang lebih mengejutkan apabila Islam juga mempercayai Tuhan yang Satu 'sebagaimana' ajaran utama Yahudi. Saya begitu tertarik dengan kepercayaan umat Islam terhadap Allah, kitab suci mereka al-Quran serta menunaikan haji ke Mekah.

Namun, oleh kerana pengajian di situ mempunyai agenda tersembunyi iaitu tarikan kuat terhadap Israel, fikiran saya telah kuat dipengaruhi bahwa Islam terdiri daripada pengganas-pengganas yang sentiasa bertindak kejam dengan menjadikan orang Yahudi sebagai sasaran serangan letupan dinamit.
Saya perlu berpegang teguh bahawa orang Yahudi, merupakan umat terpilih dan orang Arab itu, terdiri daripada mereka yang kesemuanya jahat belaka. Sejak itu saya tidak lagi mendengar mengenai Islam sehinggalah pada tahun 1999.

Dalam tempoh itu, terutamanya dari tahun 1994 hingga 1995 keluarga saya telah menukar daripada ajaran Yahudi yang ortodoks kepada yang lebih liberal yang kami panggil Yahudi Baru (Reform Jews). Melaluinya Rabbi kami bukan lagi kosher. Namun di suatu saat saya mula meragui kemampuan Rabbi, iaitu seorang pemimpin suci sebagai lelaki yang memimpin kesemua penganut Yahudi supaya mendekati Tuhan.

Kekecewaan terhadap agama Yahudi yang semakin tumbuh dalam diri menyebabkan tanpa ada pilihan lain, minat saya kembali semua kepada agama Kristian. Saya berasa agak kagum ketika itu melihatkan agama Nasrani ini kerana sepertinya agama itu mempunyai kekuatan yang tersendiri setelah sedikit demi sedikit saya mendapati Yahudi merupakan agama yang korup.

Lalu saya melangkahkan kaki buat pertama kali dalam upacara sembahyang di sebuah gereja dan cuba bercakap dengan para paderi ketika itu. Tetapi saya menghadapi saat yang paling sukar yang pernah saya lalui untuk mempercayai Nabi Isa a.s sebagai dewa atau tuhan yang layak untuk disembah. Tetapi saya terpaksa memaksa diri saya untuk menyembah kepada 'Anak Tuhan' itu dengan sedaya upaya tetapi saya masih tidak menemui jawapan.

Oleh kerana saya masih keliru, saya terus mempelajari Catechism (Soal Jawab Kristian) dan mengikut upacara sembahyang tanpa saya melakukan upacara baptis terlebih dahulu. Tambahan pula, saya belum boleh diterima dalam mazhab Katholik kerana seseorang yang hendak memeluk Katholik perlu mempelajari terlebih dahulu selama sembilan bulan.
Tetapi andai kata saya meninggal dunia sebelum sempat sembilan bulan, adakah para paderi tersebut akan bertanggungjawab terhadap status agama saya. Sedangkan mereka tahu saya mempunyai niat memeluk Kristian.

Saya akhirnya tidak mampu untuk menerima Kristian kerana seperti yang saya dengar sebelum ini dan seperti yang saya pelajari, agama itu dipenuhi doktrin-doktrin yang tidak benar.
Pada 26 Januari 1999 saya terus berhenti menghadiri kelas-kelas mengenai ajaran Kristian. Tindakan itu begitu menggembirakan orang tua saya. Tetapi saya masih percaya mengenai wujudnya Tuhan Yang Satu dan sehinggalah pada suatu hari ketika berada di sebuah perpustakaan dan melalui rujukan saya melalui Ensiklopedia Britannica saya menjumpai kisah Nabi Muhammad SAW.

Namun saya amat sedih apabila diceritakan mengenai baginda dikatakan telah menyembelih kesemua orang Yahudi yang berasal daripada pelbagai kabilah terutama semasa baginda berhijrah ke Madinah. Saya berasa sungguh marah dan keliru dalam masa yang sama, saya telah diajar sedari dulu mengenai tindakan Rasulullah yang membunuh dan menyembelih orang Yahudi menyebabkan kini saya seolah-olah telah kehabisan pilihan.

Namun saya tahu bahawa ensiklopedia itu juga korup dan saya bercadang untuk mengenali rumah ibadat dalam islam iaitu masjid seperti yang disebut dalam ensiklopedia itu.
Sehinggalah pada 28 Februari 1999 saya ternampak sebuah masjid di Jalan Prospect di Boston dan tanpa membuang masa saya mengunjungi masjid tersebut. Hati saya begitu berdebar-debar kerana saya mudah dikenali sebagai Yahudi dengan identiti yang saya miliki. Sehinggalah saya dibawa menemui anggota jemaah masjid tersebut sebaik sahaja mereka selesai melakukan ibadat.

Saya menyatakan hasrat untuk mempelajari Islam kepada mereka dan tanpa disangka-sangka perkara tersebut disambut baik oleh mereka. Saya umpama dihujani hadiah dalam satu masa yang sama, apabila kesemua lelaki di masjid itu berlumba-lumba memberi penerangan mengenai Islam kepada saya.

Saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan dan merasakan tempoh untuk saya memeluk Islam semakin dekat dan saya cukup bersedia untuk melafazkan kalimah syahadah.
"Tetapi adakah anda pasti? Anda tidak dipaksa untuk melakukan perkara ini (memeluk Islam!)," ujar mereka dalam nada bersaudara dan mesra. Saya agak terkejut dan mengakui saya tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan sehinggalah saya benar-benar mantap dan mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Jadi, hari itu saya belum memeluk Islam secara rasmi. Namun ia merupakan hari Sabtu yang indah apabila kami terus berkenalan daripada semua anggota jemaah masjid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berbeza latar belakang. Saya mendapati mereka semua mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, iaitu menyembah Tuhan yang satu, iaitu Allah SWT. Sehinggalah pada 6 Mei 2000, saya kembali ke masjid, yang ketika itu saya perhatikan para jemaah sedang menunaikan solat zuhur dan sujud kepada Allah.

Saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama. Sejurus selesai mereka berjemaah, saya tampil untuk memeluk Islam secara rasmi. Dalam seumur hidup saya, mengucap dua kalimah syahadah itu kemudiannya didapati merupakan perkara terbaik yang pernah saya lakukan.

Tetapi kalaulah saya melakukan lebih awal lagi, tidakkah itu adalah lebih baik lagi?!.

Dakwah seni Peter Sanders

lagi petikan menarik dari utusan online:

NAMA Andreas Gursky (lahir 1955) mampu membuatkan kita semua ralit. Jurugambar terkenal dari Jerman ini mampu memberikan sentuhan-sentuhan seni berestetika tinggi terhadap semua hasil-hasil karya walaupun hanya dalam bentuk gambar!

Ini kerana gambar seperti yang disifatkan oleh sesetengah pihak merupakan hasil seni yang sebenar, realisme! Tidak kabur, tidak mujarad (absurd) tetapi masih dengan nilai-nilai tersendiri yang hebat.

Maka tidak mustahil apabila karya Gursky yang bertajuk 99 cent 1999 yang dihasilkan pada tahun 1999 menjadi gambar fotografi yang paling mahal di dunia. Ia apabila Sotheby berjaya melelongkan gambar itu pada 7 Februari 2007 dengan harga RM11.7 juta. Walhal gambar itu adalah mainan warna-warni produk-produk sebuah pasar raya yang dirakam dengan begitu menarik oleh Gursky. Objeknya mudah, namun subjek terpulang kepada yang melihatnya untuk intepretasi gambar tersebut.

Namun dari Barat ini juga, nama seperti Peter Sanders yang berasal dari England, lebih menjadikan seni fotografi itu agar lebih bermaruah. Peralatan kamera beliau jadikan senjata yang paling ampuh dan menepati sasaran agar tiada lagi kekeliruan dan pemikiran yang sempit dan kolot mengenai Islam.

Ini menyaksikan Sanders mengabdikan seluruh diri dan kehidupannya demi mendapatkan wajah-wajah yang memberikan pelbagai perspektif yang berbeza mengenai Islam.
Namun tidakkah penganut dan elemen semua agama di dunia ini membawakan bersama mereka wajah-wajah yang indah dan menarik? "Semua agama mempunyai keindahan mereka tersendiri tetapi keindahan Islam sering dibayangi dengan pelbagai fitnah keganasan, kemiskinan, ketinggalan dan segala macam yang bobrok dan buruk.

"Jadi, jika tidak saya yang beragama Islam mempunyai kemahiran, perlukah kita menunggu orang lain melakukannya untuk kita, bukan sahaja soal membersihkan imej namun sebagai satu elemen untuk menyampaikan mesej dakwah?" katanya dalam satu pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Dalam nada bergurau, penulis menyifatkan usaha Sanders ini, tidak sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, sanggup ke serata pelosok dunia bagi merakamkan wajah-wajah Islam untuk tatapan semua.

"Pastinya saya bukan Rasulullah tetapi saya meneruskan usaha yang sewajarnya untuk Islam, namun baginda masih yang terbaik untuk segala-galanya. Walaupun saya berperanan umpama jambatan bagi menghubungkan khususnya Islam kepada dunia Barat tetapi apalah sangat berbanding usaha kita ini dengan segala macam pengorbanan yang dilakukan oleh baginda," katanya sambil tersenyum. Berkali-kali beliau menegaskan tidak sebagaimana anggota masyarakat seni yang lain, hasil karyanya bukan bertujuan mengembungkan poket.
"Saya tidak beroleh apa-apa, sama ada dari beratus ribu keping gambar yang diambil dan buku-buku yang saya hasilkan kerana apa yang penting Islam mesti dibela walaupun dari sekeping gambar," tegasnya.

Maka apa wajarnya lagi Peter Sanders untuk bergelar saudara baru? Tentu sekali tidak sejak memeluk Islam pada tahun 1971. Malah beliau sendiri tidak suka dengan gelaran itu kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah berlaku transisi dalam hidup dan kesanggupan untuk menerima apabila ditawarkan mengenai Islam.

"Ada sesetengah menolak sesudah ditawarkan tetapi saya tidak ada masalah untuk menerima Islam itu dan dalam masa yang sama, saya masih mengekalkan diri saya, Cuma mungkin saya menjadi seorang yang sedikit bijak dan agak penyabar. "Ini kerana seseorang yang berjanggut merah datang dan berkata, saya seorang Islam. Jadi adakah saya juga perlu mewarnakan janggut bagi menunjukkan saya juga seorang Islam," soalnya.

Sejak pernah menyiarkan kisah pengislaman Sanders pada tahun 2006 di Mega, Utusan Malaysia, sedari itu azam ditanam untuk menemuinya dan kesempatan menemuinya sempena Pameran 'Seni Perpaduan: Islam di Britain' yang berlangsung dari 20 Januari lalu hingga 20 April 2009, menampilkan gambaran mendalam akan kehidupan umat Islam di Britain di Muzium Kesenian Islam, didapati Sanders seorang yang sangat sederhana. Tidak sahaja pada penampilan, tetapi beliau sesekali tidak akan menjual pengaruh kuat yang beliau miliki untuk menjadi seorang ahli politik.

"Mengapa perlu?" soalnya kembali.
"Cukuplah saya seorang bergiat dalam seni (fotografi) saya tidak boleh menjadi seorang ahli politik, saya tidak menggemari (politik) kerana politik satu fenomena seperti cuaca, kerap berubah. Malah kerap kepada yang kotor.

"Saya faham politik itu bagaimana kita memanipulasi interaksi sesama manusia tetapi bagi saya seorang ahli politik yang tulen, jika siang dia berpolitik maka pada sebelah malamnya dia seorang yang beribadat sepanjang malam. Jadi, jika dia mengambil tindakan, ia merupakan tindakan yang diberkati malah datangnya dari Allah. "Jika berpolitik tanpa sembahyang dan bermunajat kepada Allah, apa maknanya itu? Saya tidak boleh, jika saya berpolitik saya mungkin ahli politik yang memberi bencana kepada orang lain," katanya.

Namun dari raut wajah, Sanders tidak mampu menyembunyikan perasaan kecewa di saat pengabdian beliau tercemar dengan detik-detik keganasan Israel terhadap umat Islam yang sangat beliau sayangi itu. "Di saat saya mengabadikan keunikan Islam dengan seribu satu wajah keriangan, senyuman, kehidupan yang aktif, kejayaan, kepakaran dan sebagainya hari ini, semua ini seolah-olah sudah tidak bermakna lagi apabila begitu ramai umat Islam yang menderita dalam neraka dunia dan menempuh kematian mereka dengan seribu satu kengerian," katanya.

Namun bagi Sanders, kekecewaan bukan tembok penghalang, malah jika di satu bahagian umat Islam ditindas perlu ada umat Islam di bahagian dunia lain yang bebas dan merdeka meneruskan perjuangan tanpa henti agar memberi kekuatan kepada yang ditindas itu.

Namun tahukah anda mengapa Sanders gemar merakam wajah-wajah wanita Islam sebagai subjek utama dalam medium fotografinya itu?

"Saya bukan hendak mendiskriminasi mana-mana pihak atau mengambil kesempatan terhadap keunikan yang tergambar melalui wajah dan aktiviti wanita sebagai subjek utama saya.
"Tetapi kerana saya tidak mahu Islam dikenali sebagai dunia yang dikuasai oleh lelaki. Elemen lelaki, wajah bengis bersama pedang sering kali menjadi gambaran oleh golongan bukan Islam," katanya. Ini mendorong Sanders hendak menceritakan hakikat sebenarnya wanita-wanita Islam hari ini. "Mereka golongan yang memainkan peranan yang sangat aktif walaupun hanya bergelar suri rumah. "Walaupun kadang kala ada enggan wajah mereka dirakamkan tetapi apabila saya menjelaskan niat sebenar saya, mereka akhirnya bersetuju dan membenarkan wajah dan aktiviti mereka dirakamkan melalui lensa kamera saya ini," katanya.

Namun anda tentu lebih tertanya mengapa Sanders tidak membawakan mesej-mesej dari Bandar Gaza, Palestin yang bagai neraka dunia itu.

"Selain saya bukan bertugas sebagai jurugambar atau koresponden perang, adakah anda yakin saya mempunyai hati yang kuat dan tabah? "Saya terlalu simpati terhadap ramai kalangan rakan yang bertugas di zon perang, mereka akhirnya tidak mampu hatta untuk tidur akibat tugas-tugas yang mencabar itu," katanya.

Ini tentu mengingatkan anda kepada jurugambar terkenal dari Afrika, Kevin Carter. Apa yang terjadinya kepadanya selepas tiga bulan berjaya merakamkan gambar kebuluran seorang kanak-kanak Somalia yang kurus kering menanti saat untuk diratah oleh burung hering!
Walaupun pada Mei 23 1994 beliau dianugerahkan Hadiah Pulitzer kategori Feature Photography pada 27 Julai 1994, beliau membiarkan gas karbon monoksida dari lubang ekzos lori kecilnya menjadi racun membunuh dalam usahanya untuk membunuh diri dalam usia 33 tahun.

Beliau meninggalkan nota bunuh diri antara lain yang berbunyi: "Aku begitu tertekan, tanpa duit untuk menyara kanak-kanak (kebuluran)...Aku begitu dihantui dengan memori-memori kejam pembunuhan dan mayat-mayat serta marah dan kesakitan...kanak-kanak yang kebulur dan cedera, lelaki-lelaki yang gembira sambil membunuh..."

Mereka mungkin mempunyai jiwa yang kuat tetapi jika sering diasak dengan tugas-tugas untuk merakamkan kematian tragis, maka seorang Islam yang hebat seperti Peter Sanders tidak mustahil pada suatu hari akan tumbang juga akhirnya.

Lalu Sanders atau nama Islamnya, Abdul Al Adheem akan terus berada di lokasi-lokasi di mana Islam itu indah, Islam itu adalah yang paling benar!

"Saya pernah ke Baitul Maqdis, Palestin sebanyak dua kali dan perasaan saya adalah yang paling pilu ketika itu dan ini membuatkan saya berazam untuk membebaskan bumi suci itu hatta dari tiap sudut bahagian dunia dan tidak ada perkataan jauh untuk itu," katanya.

-nanti aku ingin melihat gambar-2 nya di Muzium Kesenian Islam, pasti menarik!

Tuesday, February 3, 2009

Janganlah begitu...

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yangberlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa kerana mati boleh datangbila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan, Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.