Wednesday, September 3, 2008

so sorry...:(

Entahlah apalah malangnya nasib aku hari ini. Apatah lagi lebih malang sekali bagi makhluk Allah yang kusayangi itu. Aku rasa bersalah sangat2..kisahnya pagi tadi aku nak bergerak ke ofisdalam jam 6.45 gitu...alamak aku tak sampai hati nak ceritalah..sedey mengenangkan kejadian menyayat hati ni..sebenarnya masa nak reverse kete tu, aku rasa macam ada sesuatu di belakang tayar kete yang membuat kete rasa macam tersekat, tapi aku reverse gak...mulanya aku tak perasan apa2, bunyi pun takde, sebab aku tak pasang radio lagi masa tu, dan buka cermin pintu.

Bila dah abis reverse, aku nampak seekor kucing kat pagar rumah aku sedang mengensot ke tepi..pada ketika itu baru aku sedar, rupanya perasaan tayar tersekat itu, sebab aku terlanggar kucing tak bertuan itu. aku beristighfar banyak2, dengan harapan agar kucing tu takde apa2..aku cuba pegang kucing tu , tapi dia macam marah, dah tak bersuara

Akupun cepat turun dari kete nak tengok keadaan dia..aduhai..apalah yang aku buat ni..walaupun tak luka mahupun berdarah, tapi keadaan diapun teruk gak..aku rasa tulang pinggul dia patah. Sebab kaki dia ’split’ kiri kanan macam manusia meniarap.....astarghfirhullahalazim...aku buntu, panik dan takut..aku lari ke dlm rumah dan maklumkan pada mamaku...mak aku hanya menyebut Allahhu Akbar dan terus keluar tengok...dia takut itu kucing yang sama yang bunting yang selalu lepak belakang umah aku..nasib baik itu kucing lain...berulang kali aku katakan aku tak sengaja, tak dengar apa2 pada mak aku.. mak aku dengan berani dan tawakkal angkat betulkan kaki kucing tu dah letakkan di tempat selamat sikit..

Mak aku seperti menenangkan aku dengan berkata..”ok, it;’s ok..dah letak dah kat tempat elok sikit, tak pe pergilah kerja” ..aku pun rasa tenang sikit mula beredar untuk ke tempat kerja....tapi sepanjang perjalanan terngiang2 di fikiranku akan keadaan kucing malang tu, sewaktu dia sedang mengensot...Ya Allah..setiap saat aku memikirkan keadaan kucing itu..

Tapi pagi tadi, kat ofis ada juga aku kol mak bertanyakan keadaan kucing tu, aku ingat nak bawa ke klinik ..tapi menurut dia, kucing tu dah takde kat depan umah aku tu..hairan juga aku, sebab aku pasti kucing tu dah takleh berjalan lagi..tak mungkin dia bergerak dengan kedua kaki depannye sajer dan mengheret badannya..tapi sebenarnya jauh di sudut hatiku , agar harap ada ’keajaiban’ bahawa kucing itu dapat bergerak lagi..meaning harap2 dia dah takde tu maknanya dia sudah boleh berjalan..

Aku rasa bersalah sangat2..entahlah apa bentuk balasan aku terima atas kelalaian aku ini dari Tuhanku. Dahulu pernah juga aku menghadapi situasi ini... aku pernah terlanggar mati seekor burung merpati…dan esoknya aku demam dan sakit leher...bagaikan satu balasan aje..mungkin ia berlaku secara kebetulan sahaja..tapi seandainya itu balasannya ku berharap aku menerimanya ketika masih di dunia ini..sebab tak sanggup rasanya menghadapinya ’di sana’ kelak.

Meow..meow..i’m so sorry..tak sengaja… :(

3 comments:

admin said...

ayooo..tak tau...hehhee
tak sengaja kan..takpe...

Anonymous said...

i pun ader pengalaman langgar kucing jugak... rasa bersalah sesangat. tapi nak buat cam maner, x sengaja...adoi... merah padam muka nie. cuak beb! tu baru langar kucing, kalau langar orang lagi lah, x tido malam agaknye.

izhryn said...

cian kucing tu kn.. tp xpe awak x sengaja kn.. sy rasa dia pn dh maafkan awak.. dia tau awak bkn niat nk langgar dia pn.. mmm cik julie, klu langgar org bkn stkt xleh tdo mlm wo.. boleh jd trus fobia nk pegang stereng keta tue taw huhu..