hari ini aku memilih siaran hot fm sebagai halwa telinga ku pagi ini. boleh aku katakan tak sia-sia aku memilih siaran ini kerana si budak fara fauzana dan fbi telah menceriakan pagi ku pada hari ini dengan 'topik pagi' mereka yang sangat 'hebat' dan menarik.
jadi pagi ini mood aku cukup ceria dan berbunga-bunga ke tempat kerja sambil mendengar dj hangat ini memutarkan lagu2 sekitar era 80an. sesekali aku ketawa seorang (macam orang tak betul lak gelak sorang2 dlm kete) mendengar jenaka dan usikan fara sameon dan faizal abdilllah (tukar nama sempena topik 80an..hehe)
aku suka topik 80an ini kerana sememangnya banyak kenangan ketika itu, yelah masa zaman sekolah, time tadika, kena kejar anjing balik dr mengaji, pergi sekolah naik beca, mandi pantai dengan abang (balik kena rotan dengan ayah...:)), pergi ngaji naik basikal 3 orang (gaya macam bujang lapok), banjir masa dok kat terengganu dan banyak lagilah...ia menggamit nostalgia lah..syok bila dingat balik...
lebih2 lagi diaorang putarkan lagu2 pada era tersebut..lagu2 dulu memang best dan lirik dia indah2 belaka...macam lagu dr ramlah ram, francesca peter, kenny remy n martin, hello dr lionel rithie, duran duran, air supply, banyak lagilah lagu orang putih yang aku suka tapi tak tahu liriknya...hehe (dulu aku cetak rompak dengan rekod lagu2 tu masa dengar siaran 'pilihan lagu')..hehe
so dari situ muncul lak idea aku nak letakkan entry kategori lirik dr lagu2 80an especially yang aku suka untuk post akan datang nanti...InsyaAllah.. hehe
-dah lama tak dengar lagu- 'girl just want have fun' dari cindy lauper
No comments:
Post a Comment