Friday, July 24, 2009

Ulang tahun pertama di...

Tanggal 1 Julai, genap setahun saya bertugas sebagai kaki&tangan pengurusan di - -. Sebenarnya memang dah rancang awal untuk create post khusus untuk 1st anniversary saya di sini, tapi entah macam mana terlupa pulak..

So hari ni saya akan karang sikit2 cerita berkaitan post ini sambil buat kerja hakiki. Sekarang ni saya sedang siapkan caption2 untuk artifak2 di level 3, banyak gak tu..jenuh rujuk buku dari buku muzium terbitan international cari gambar yang sama dengan artifak kat sini. Informasi daripada inventori manual yang ada tak banyak membantu..kadang nombor rujukan sama, tapi bendanya lain..dalam buku tu tulis kain, tapi bila tengok kat showcase bendanya barang tembaga..aiseymen ..sapa nak jawab tu..(ini kalau ketahuan dek auditor QAMU ni sure kantoi kena NC) .

beri penerangan pada timb. menteri pelancongan (kalau x silap)hari muzium antarabangsa di k. terengganu

Inilah tugas saya hampir setahun sebagai kurator. Selain menyediakan caption pameran, merencana program sepanjang tahun muzium, menyediakan kertas kerja (alamak lupa lak kena siapakan 1 kertas kerja untuk dibentang October ini), memantau tugasan dan hal-ehwal staf yang seramai 7 orang, antara tugas sampingan lain juga saya perlu melayan pelawat-pelawat yang datang yang kebanyakannya dari rombongan sekolah & tourists.

Biasalah kalau budak2 sekolah tu kenalah sampaikan taklimat secara ringkas koleksi yang ada. Kesian pulak, kalau yang datang dari sekolah luar dr Lembah Klang seperti Terengganu, kedah, Johor dll, macam tak berbaloi lak setakat pusing 1 muzium pastu balik..at least, mereka dapat sedikit informasi tentang latarabelakang atau sejarah koleksi yang ada di sini untuk dibawa pulang...kerana itulah saya sebaik mungkin, kalau boleh nak standby kat muzium kalau tahu ada rombongan sekolah nak datang pada sekian2 hari.

Seronok gak layan budak-budak ni, macam2 soalan mereka tanya. Tetapi soalan standard yang ditanya:
  • Takut tak kerja kat sini?
  • Dah berapa lama akak kerja kat sini?
  • Ada pengalaman tak jumpa..dot..dot.dot
  • Berapa harga pinggan dari China tu? (banyak duit kot diaorang ni nak beli..hehe)

Disebalik ”Misteri”

Saya tak kisah sangat kalau mereka tanya soalan2 macam tu, walaupun tiada kaitan, at least mereka ada inisiatif untuk bertanya. Cuma sedikit kesal, ada sesetengah sekolah yang studentnya langsung berat mulut nak bertanya..tak tahulah apa puncanya, a) adakah mereka boring sebab takde apa2 yang menarik perhatian, b)mereka tidak berminat, c) mereka nak cepat balik, d) memang mereka takde soalan nak ditanya atau e) kesemua jawapan di atas..

Sudahnya, cikgu mereka pulak yang lebih banyak bertanya..mungkin diaorang segan nak tanya kot, sampaikan saya sendiri kena create soalan sebagai galakkan diaorang berinteraksi dengan saya...tapi sonang jer tu…hihihi, saya ada cara tersendiri, nak buat mereka teruja, dok diam2 dengar cerita saya..saya akan buka cerita tentang kononnya ’misteri’ yang ada kat muzium ni..”pada suatu hari ketika jam menunjukkan 6.30 petang, sang kancil dan sang”…

haha barulah mereka tak senang duduk nak tahu lebih lanjut...punyalah citer excited bagai nak rak, alih2 saya sengaja jer buat ayat tergantung ’misteri’ yang konon2 tu..dan ubah kepada topik lain lak..diaorang pun mengeluh cakap,”ala kak, citerlah, sambung balik citer tadi,”..hehe..(bijak tak taktik kotor ni)..walaupun niatnya sekadar menarik perhatian dan bergurau dengan mereka, tapi sebenarnya ada antara kisah2 misteri itu benar2 berlaku tau,

Cuma alhamdulillah saya tak pernah mengalaminya..kebanyakan saya dengar dari staf2 yang dah lama berkhidmat di sini... tapi takdelah saya bagitau part2 mengerunkan, kira tapis2 la juga..mana tau risau lak diaorang tobat takmo datang lagi muzium..

masuk terowong bawah tahan di lost world of tambun (rasa macam pelombong bijih timah pun ada..pengalaman best in the world!


Tapi sebenarnya kan dari aspek marketing philosophy..chewah ayat..itulah antara kaedah2 promosi yang berkesan untuk tarik perhatian pengunjung ke muzium. Sepertimana penghasilan filem ”A Night At Museum I &II” dan “Leonardo Da Vinci Code” yang pengambarannya kalau tak silap buat di Muzium Louvre kat Perancis kot (lukisan Monalisa ada kat sini) ..penggiat filem di barat menggunakan kaedah ini untuk menarik orang ramai datang ke muzium dan ia boleh dikatakan berjaya tau...yelah, siapa lah yang nak datang ke muzium kan ..kalau datangpun seumur hidup sekali jer kot, itupun time rombongan sekolah cik kiah jer....

Apa-apapun bila dilihat kembali persamaan kedua-dua kerjaya ku kini dan wartawan (selama 2 tahun), kufikir tak banyak bezanya. Kedua-duanya memerlukan saya bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang, gelagat dan sebagainya..Paling puas, saya bersyukur kerana diri ini masih berkesempatan meneruskan kesinabungan berkongsi secalit ilmu pengetahuan yang tak seberapa ini dengan orang lain menerusi penulisan saya di majalah..dan sekrang walaupun tidak secara menyeluruh dan langsung, saya dapat berkongsi sedikit informasi berkenan nilai2 sejarah terhadap pelbagai koleksi artifak yang ada di sini terutama kepada pelajar2…harap ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pengunjung sekalian…

ramai gak orang tanya kenapa berhenti jadi wartawan…well saya pun takde jawapan..mungkin ingin bertukar angin , memikirkan untuk tempoh jangka panjang dan offer di sini lebih menarik kot..;p...lagipun saya tak dapat bayangkan diri saya dalam 10 tahun akan datang (jika umur masih panjang) untuk keluar mencari story..entah larat lagi atau tidak..

masa jadi wartawan
Kalau dulu masa bergelar wartawan aku berkejar deadline setiap bulan, mengatur temujanji dengan sumber2 yang dikenalpasti (pernah rasa nak menangis bila sehari, 2, lagi deadline, mangsa untuk diinterview takde, butik untuk buat fesyen pun takde..huhuhuh)..sampai editor dah bising2 tanya mana story!..tension kadang tu..dan rutin itu akan berlaku setiap bulan...maknanya kadang-kala kita akan pening nak cari bahan atau sumber untuk diinterview, apatah lagi kalau topik bulanan tu pelik2..

hasil pembentukan titisan air dlm gua..apa eh namanya staglagmite eh


Tapi alhamdulillah, kerja wartawan majalah tak sekencang dan sepenat jadi wartawan akhbar, lebih2 lagi keluaran daily..orang paper waktu dia bekerja tak menentu, cuti lagilah tak menentu dalam seminggu, kadang sabtu ahad belum tentu cuti ...penat woo..saya pernah merasai pengalaman tersebut ketika praktikal di harian metro selama 4 bulan...balik dr buat coverage (seperti pc, launching dll), terus balik ofis type story dan hantar...tapi rasanya yang membuatkan ia penat apabila nak ke sesuatu lokasi, mengadap jem dll.

Kalau sehari cover 1 story, kira oklah..tapi cuba bayangkan kalau sehari kena wat 2,3 story , dan ada yang malam punya, dan kesemuanya kena hantar hari tu jugak..alamatnya balik lewat malamlah jawabnya..mungkin takde masalah bagi yang otai dan berpengalaman, sure dlm perjalanan balik ke ofis tu, lead story dah ada dlm kepala dah, sampai je depan pc, terus berdesup type story tanpa henti, tak pandang kiri kanan dah..kalau saya dulu masih praktikal(masih belajar dan takde pengalaman), adalah setengah jam just nak buat intro sahaja..slow betul kan..:p ...siapa nak jadi wartawan saya syorkan di kumpulan nst, gaji kat sini lumayan tau...

Masih teringat gelagat kengkawan kat berita harian takut nak balik, bukan apa, mereka tak buat salah pun..mungkin segan sebab rasa pelik lak yang otai2 takde lak sibuk nak balik pun,walaupun ofis hournya 5.30 petang…diorang takut kena sergah dengan editor pun yer, tapi mujur x editor saya baik orangnya..kelakar lak ada kawan saya yang memboloskan diri ikut pintu belakang macam perompak lak , takmo lalu ikut bilik editor, rasanya sekarang editor tu dah bergelar Datuk dan ’manja’.

’Dia’
Apapun di sini meninggalkan secebis kenangan ’unik’ kerana bertemu dan berkenalan dengan si ’dia’..saya takmo cerita mengenainya, kerana bagi saya ini semua sejarah yang sebaik-baiknya dibuang jauh dan usah dikenang lagi..inilah langkah sebaik-baiknya kita perlu dilakukan untuk meneruskan kehidupan...kata seorang pakar motivasi lebih kurang begini bunyinya, dengar yer.., ”jangan sekali-kali kita kenang kisah lalu terutama kepada cinta pertama, kerana kelak ia boleh memudaratkan kehidupan yang baru atau sedia ada di masa hadapan, atau kerana penangan cinta pertamalah yang membuatkan kita tidak dapat mengecapi kebahagian secara total, kerana diri masih dibayangi cinta pertama”...situasi ini bagi saya amat bahaya..ia seolah-olah kita men jeopardise kan our new life, sajer cari nahas...harapan saya takmo pandang ke ’belakang’ lagi...bak kata serbuk pencuci Daia..”lupakan yang lama”..hehe


Part yang best..

So berbalik kepada kerjaya wartawan majalah ni kira santai sikitlah, tp yang pasti setiap bahan kena sentiasa dihantar, jangan tunggu kumpul semua story pastu sekelupuk hantar kat editor hujung2 bulan, mau kena bambu..;)..dan setiap orang ada kolum kelolaan sendiri. Macam saya di majalah Nur ada segmen tetap seperti fokus, fesyen, diet dan pemakanan, aksesori, deko, menu dan restoran pilihan (yang ni part paling best pas shooting leh makan free), teladan, nur islam (cukup tabik kepada mualaf yang begitu kental dan teguh menghadapi cabaran diawal mereka bergelar muslim), nostalgia pendidik, muslimah bestari dan beberapa lagi, saya pun dah lupa..
bunyi masa senang jer kan..tapi cabarannya adalah ketika kita mencari contact person untuk diinterview..walaupun dah ada stok, tak semestinya ada yang mahu diinterview, nak muka keluar majalah (ini kes takmo glamour), malah kena tipu pun ada...bila atur temujanji sekian2 masa, orang yang ditunggu2 tak muncul2 lak seperti waktu dijanjikan..kadang2 kalau terdesak sangat or last minit minta tolong dengan kawan-kawan sendiri kalau ada topik yang sesuai dengan mereka. (kesian jadi mangsa keadaan)..

Tapi rasanya dlm banyak2 segmen kelolaan saya, fesyen boleh tahanlah penatnya, bukan apa,walaupun ia tak perlukan banyak teks, tapi prosedurnya renyah..kita kena cari butik untuk pinjam baju, pastu kena cari modellah yang masanya kena ngam dengan time make-up artist, berebut photographer (sebab masing2 ada jurufoto kegemaran dan mereka ni fully booked, kalau lambat takdelah fotographer, alamatnya kena cancellah or set time lain..hehe)...

Tapi apapun bila dikenang kembali, enjoy gak kerja ni..dapat berjumpa dengan ramai orang (sampai jutawan macam2 perniagaan MLM sibuk suh join mereka), termasuk celebriti...selalunya jumpa wardina dan datin nurjumalah..dan mereka wa cakap sama u all memang cantik,..selain itu orang media ni dilayan baik punyeee, banyak dapat privilege, doorgift jangan cakaplah, bolehlah...
  • time jadi wartawan, alhamdulillah saya dapat merasai;Pelbagai voucher fastfood spt, McD, KFC, Kenny Rogers, pizza, dapat makan kat menara KL, (asyik ingat makan jer erk)..
  • Duit raya…
  • Pertama kali seumur hidup dapat hadiah lucky draw rantai mutiara dari Rafflesia, ku hadiahkan khusus buat bonda tercinta..
  • Macam2 doorgift kalau launching..yang best dpt kasut Crocs..design dia mcm kelakar jer, tapi mahal jugak rupanya…tapi dah free kan, maka cantiklah jugak..hehehe..banyak dpat free spa treatment, tapi tak pernah pergipun….seganlah, takde masa pun yer
  • Pengalaman meredah terowong berair di lost world of tambun dan banyak lagilah..saya pun dah lupa..

Apapun, seperti wartawan, saya juga suka dengan karier ku kini, Alhamdulillah syukur sangat2 dengan rezeki dari Allah ini…

Rasanya dahlah kot post untuk kali ini…dah macam2 saya cerita..tapi sebenarnya banyak lagi kisah2 dan pengalaman menarik yang ingin dipaparkan disini, tapi dah penatlah menaip..lain kalilah pulak yer..di episod2 yang akan datang..:p

Inipun dah panjang sangat ni saya menulis, rasanya inilah post paling panjang pernah saya karang kot..so sebelum melalut dan mula merapu-meraban, baik saya undur diri dulu…

- karang sambil mendengar lagu “Jauhkanlah Sengketa’-
Al Jawaher... halwa telinga di petang Jumaat yang mulia ini..












6 comments:

Anonymous said...

salam....

menarik paparan blog kali ni seperti yang sudah-sudah...

saya pun nak ambil kesempatan ni mengucapkan selamat ulang tahun yang pertama...

bila tiba part yang sentuh pasal dia tu, saya agak bersetuju dengan kata-kata zaheerah yang mengatakan pengalaman 'cinta pertama' atau kisah lama ni kadang-kadang memang menghantui kita. lebih-lebih lagi apabila kita merasakan 'dia' lah insan yang terbaik bagi kita dan telah kita berikan sebahagian dari diri kita untuknya tetapi apabila terjadi juga perpisahan, kita masih lagi merasakan yang dia sebahagian dari kita dan sebahagian dari kita telah hilang bersamanya.

walaupun masa berlalu dan kita 'membenarkan' diri kita untuk cuba mengenali orang lain, tetapi sebahagian yang hilang dalam diri kita itu agak susah untuk kita ketemui dengan kenalan baru kita dan ia menyebabkan kita merasakan terkenang saat-saat bersama dengan 'dia' yang kini mungkin telah menemui bahagia untuk dirinya.

dan benarlah kata-kata zaheerah itu bahawa ia memerlukan semangat yang kuat untuk bangkit semula dan mencari kebahagiaan untuk kita pula.

bak kata orang bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, tapi untuk mencari yang seekor atau sekuntum itulah yang menyebabkan kita selalu dalam pencarian...

(sekadar berkongsi pendapat)

domo arigato
~zan yamashita~

zaheerah said...

salam...

terima kasih zan kerana sudi melayari blog yang tidak seberapa ini, dan juga berkongsi pandangan untuk post kali ini...mcm ada pengalaman jer..:p

tapi begitulah hakikatnya...dan saya juga bersetuju dengan pendapat zan mengenai 'cinta pertama'..

kalau nak mengecapi kebahagiaan dan demi masa depan, jangan diratapi lagi cinta pertama, kelak akan menyeksa diri..memang lebih senang berkata2 dari melakukannya..tapi inSyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan


jumpa lagi zan...

julie said...

salam... my friend.

seronok baca blog u kali nie, banyak cerita pasal kerjaya lama berbanding kerjaya sekarang. nape ek? ohhhh upanya pasal "dio"... tuh yang tak boleh lupa sampai sekarang tuh.

cinta pertama... oh sungguh-sungguh payah untuk dilupa, lagi-lagi cinta itu tidak berkesudahan dengan kabar berita yang gumbira.. di hentikan dengan pelbagai alasan yg tak boleh diterima.

Bangkit!jadikan pengalaman cinta pertama itu satu pegajaran buat kita. Tuhan sengaja menemukan kita dengan mereka yang salah agar kita lebih menghargai mereka yang 'datang' kemudian hari.Sabar... kita kena yakin diri bahawa satu hari cinta kedua mungkin dapat mengatasi kehebatan cinta pertama.

sekurang-kurengnya, kita dah dapat melalui fasa pertama dalam mengenal apa itu cinta berbanding mereka yang tak pernah bercinta langsung.

semua tuh adalah pengalaman diri sendiri yang hampir-hampir terjerumus dengan cinta pertama yang buta sekali... tapi itu dulu2 punya cerita. berpijaklah dibumi yang nyata! pandang masa depan! syukur alhamdulilah, akhirnya ku menemui cinta pertama yang lebih indah dan menamatkan episod single-mingle tu dengan ikatan perkahwinan. ! bangkit-bangkit!!!

percayalah, jodoh itu ada untuk kita, 'dia' akan hadir jugak. Tuhan maha berkuasa.

izhryn said...

merasa terpanggil utk sesama mencoretkan tinta berkongsi rasa hati hehe.. menariknya dalam byk2 citer ira topik cinta pertama nie juga yg diulas dan dikomen yer.. pastinya sbb setiap insan dlm dunia neh pernah mengalami dan merasai nikmat cinta pertama, dn x kurang juga merasai penangan dan kesakitan kerana cinta pertama nih..

Setuju ngan julie, mungkin tuhan sengaja jumpakan kita dengan org yg salah agar kita lebih menghargai seseorg yg sebenarnya dh ditakdirkn utk kta kemudiannya..

Bak kata ahli falsampah, seorang lelaki dikira amat beruntung jika memiliki cinta pertama seorg wanita.. namun seorang wanita adalah lebih beruntung jika memiliki cinta terakhir seorang lelaki.. hehe so dont worry if u dont succeed wif ur first, worry if d last 1 didnt find u.. ;-)

zaheerah said...

julie..sahabatku
thanks atas kata2 hikmat dan dorongan yang u berikan..
make me feel so much better..
dan setuju dengan kata2 u tu..

kata-kata dorongan dan sokongan daripada rakan2 mahupun famili sememangnya mampu memberikan kekuatan dalam diri kita, di samping kita banyakkan berdoa kepada-Nya.

harap dapat menjejak langkahmu yang kini menemui insan yang terbaik buat dirimu setelah lama dalam pencarian kan..

a--k tumpang gembira..kerana kebahagianmu juga kebahagiaan bagiku my fren

muahhh!

zaheerah said...

salam iszryn

wah cepat betul dia komen blog orang eh, pasal topik ni pulak tu...;p

apapun terima kasih untuk kata2 tersebut.lebih2 lagi petikan dari kata2 ahli falsampah yang iszryn cakap tu...hehe