Thursday, August 6, 2009

dalam diam dia menyapaku..

Tatkala menuruni tangga dari surau sambil berangan (imej atas kepala ada awan berkepul2), tiba-tiba langkahku terhenti mengejut! Terpegun, terkejut dan ketakutan terserempak dengan satu lembaga yang berwarna kelabu-kelabu asap sedang menaiki tangga. Dia menjelingku seolah-olah cuba menyapaku..”hi cik adik manis, nak ke mana tu?.alamak! si @#^&* tak tahu ke dah berderau darah saya, melihat kelibat dia.

Saya terkonfius entah dari mana dia datang atau atas urusan apa kehadirannya di fakulti ekonomi. Adakah untuk membincangkan dengan pensyarah mengenai tajuk tesisnya atau apa2 urusan penting yang lain..

Oklah..cukup2lah mukadimah untuk post kali ni...hehe..sajer bergurau di petang hari..ekceli tadi dalam perjalanan balik ke ofis dari surau sebelah, saya terserempak dengan beruk ke kera, (apa bezanya erk), warnanya kelabu2 gelap, berekor panjang...bulunya macam dah jarang2 (banyak gugur kot) atau dia dah agak berusia. Saya nak turun, dia pula tengah naik tangga.

Mana tidaknya saya terkejut, cuba anda bayangkan, slow mode jer dia langkah naik tangga, sebijik sebijan macam hantu ju on (yang merangkak keluar dr tv, or merangkak nak terkam orang dengan rambutnya panjang berjela menutup muka tu)...hah macam tulah rupanya si keruk (kera+beruk, spesies tak dpt dikenalpasti) berjalan tadi...berderau darah bila melihat beliau.

kesukaanku...panorama wajib bila ke surau

Saya ni bukan apa, fobia dengan haiwan ini..ada pengalaman manis antara saya dan si dia..masa umur dalam 7 tahun, pernah digigit beruk peliharaan kawan mak. Masa tu still tinggal kat Terengganu, umah kampung tepi pantai, biasalah bila orang kampung pelihara beruk, mungkin nak gunakan beliau untuk petik buah kelapa kot. Sebenarnya salah saya jugak siapa suruh jalan catwalk depan si beruk yang kena tambat dengan rantai tu.

Rantai tu panjang, so saya dengan pendek akalnya ingatkan si beruk tu takkan sampai pada saya. Tapi rupanya, jeritan batinku dapat didengari hampir segenap kampung, apabila secara spontan beruk itu menerkam lalu menggigit betisku...aku merintih sambil meronta bertungkus lumus melepaskan cengkamannya,..tuan punya beruk itu berlari membantu melepaskan pelukan kami..hehehe..

Aduih..tobat aku dok dekat2 dengan beruk ni..so sekarang tahulah anda, kenapa beruk takut dengan saya kan...mereka sebenarnya nampak jinak dan cute, tapi dalam hati mereka, hanya tuhan sahaja yang tahu, dendam kesumat mereka terhadap manusia yang sering memperkotak-katikkan hidup mereka, mengugut mereka tidak diberikan makanan jika tidak keluar bekerja memetik kelapa dll..;p

Sampai ke hari ini masih berbekas kesan gigitannya, pendek kata parutlah.., dan masih berbekas dihatiku pengalaman tragis tersebut...hehe

So berbalik kepada kisah keruk ni tadi, entah dari mana dia datang, secara solo lak tu....
Mungkin dia cari kafe ke atau tempat nak lepak ke..sure mesti ada staf wanita kat tingkat atas yang jeritlah bila nampak dia..tapi kesian lak kalau dia terkunci di mana2 bilik tanpa disedari manusia.


So moral of the story, bersangka baiklah dengan makhluk lain, dan kekalkan silaturrahim sesama makhluk…kitakan 1Malaysia…(takde kena mengena langsung!..haha)







6 comments:

Anonymous said...

salam...

wah dasat juga kat fakulti ekonomi tu ye... bukan sahaja pelajar-pelajarnya terdiri daripada kaum manusia tapi ia juga turut mengambil spesies lain sebagai pelajar... hehe...

jangan2 tu salah sorang lecturer kat situ kot... mana tau kan..

cantik gambar yg awak ambik tu... memang berbakat la awak dalam fotografi ni...

p.s dah pandai letak signature kat gambar ye...

ok..jumpa lagi...

-zan yamashita-

zaheerah said...

salam zan..

bukan nak katalah (dengan nada eksyen..hehe), hanya tempat2 terpilih jer ada student spesial mcm ni...

lagipun bukan calang2 orang jer leh belajar kat sini...itupun student yang kita sedang mengumpat ni nak buat rayuan, sebab tu dia jalan lemah jer, takut tak dapat...hehehe

ish..kesian dia, terbatuk sambil terbersin dia kita sebut2 nama dia..:p

ok zan..

thanks kerana drop by..

julie said...

salam...
macam-macam hal la a--k.

punye lah intronya cam best jer... ingatkan dah ader secret admire... umpanya si keruk upanya. hahaha
mesti u time tuh dok tahan nafas sbb takutkan keruk tuh.hahah,
i dapat bayangkan kekecohan u selepas tragedi tersebut.hahahh
lawa gambo tangga tuh... tapi terover expose pulak kat bahagian atas tangga tuh...
budak AD17 la katakan... ewah!

zaheerah said...

my fren julie..

i sajer jer nak wat gempak, nak u baca coretan mengarut i sampai abis..hehe

maunya tak berbiru muka i sapa-menyapa dengan 'jejaka' hensem tu..
nasib baik comel

jenuh i control overxposed tu, sure kena marah dengan encik usop..kekeke

mysara said...

ira;
lama tak singgah blog ira..byk nk kena catch up story-mory ira nih.. nnti mai nk gi la tgk pameran bom atom tu..sila jadi guide saya yer ;) jgn lupa hidang teh n kuih skali..hehehe..bila sesuai ek kalu nk gi?

izhryn said...

salam.. mm agak2nya encik keruk tuh ada dipamerkan x as spesimen mangsa bom atom tuh hehe..

cik mai, sy siap isi borang dari mggu lepas lg nak book cik ira kita neh utk jd tour guide, tp dh kena reject awal2.. dia bg pak guard jer huhu..

hee apa kata kita peg bsok jer, arini sure x boleh coz jap lagi nk g teropong bulan jd beranak ke x dier.. lusa dh confirm pose then ujung mggu mesti ramai bdk2 sekolah..

camner cik ira.. buleh ker.. ;-p