Friday, August 28, 2009

Ramadhan menggamit memori


AHLAN Wasahlan Ya Ramadan.

Hari ini sudah masuk hari ke-7 kita dibulan Ramadhan yang barakah, rasanya masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua. Harapnya juga dengan ramadhan yang masih berbaki ini dapat memimpin kita ke arah kebaikan yang hakiki dan sekaligus membentuk kita menjadi insan yang lebih baik disisiNya..InsyaAllah.

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 183).

----------------------------------------@------------------------------

Memori Ramadhan

Sememangnya Ramadhan menyimpan 1001 rahmat didalamnya, bulan penuh keberkatan dan keampunan. Malah bagi penulis sendiri, bulan yang mulia ini juga menyimpan pengalaman cukup manis yang dirasai lebih kurang 12 tahun lalu. Masakan tidak, pada usia 16 tahun, pada bulan Ramadhan akhirnya terbuka hatiku untuk memakai tudung sepenuhnya.

Kumaksudkan ’sepenuhnya’ di sini, kerana memandangkan sebelum itu aku sekadar mengenakan tudung setiap kali ke sekolah sejak di Tingkatan 3, tetapi bila keluar dari rumah, menyertai sukan dan PJK di sekolah, memakai tudung bukan amalanku. Sedey juga bila diingat-ingat balik, mengenangkan setiap helai rambutku telah dilihat oleh kalangan pelajar lelaki sekelasku, dan orang luar..kaum bukan muhrim..ahh, lama juga kubiarkan perkara ini berlaku, berlanjutan sehingga ke peringkat menengah..tapi aku cuba sedapkan hatiku, "Alhamdulillah walaupun agak lewat, sekurang-kurangnya aku telah berani melakukan perubahan tersebut, suatu fasa baru dalam hidupku. Malah patut bersyukur kerana Allah telah melahirkan niat dalam hatiku dan peluang untuk berbuat demikian sebelum 'tiba masaku'.

Mengimbas kembali sewaktu pertama kali mengenakan tudung, memang tidak dinafikan diri diselubungi perasaan malu..malu dengan persepsi dan berdepan dengan orang ramai, malah dengan familipun aku malu..namun Alhamdulillah ternyata penerimaan mereka cukup positif..masihku ingat reaksi pertama papaku melihat aku mengenakan tudung tatkalaku meminta kebenarannya untuk keluar bersama sahabat baikku ketika itu Nieza, untuk mencari juadah di pasar ramadhan..”aik...”luahnya sambil tersenyum..
Mamaku juga mengukir senyuman...yang beshnya mereka tak tanya apa2, kufikir mungkin itu tanda sokongan mereka buatku..dan kupasti mereka juga gembira dengan 'penghijrahanku'ini.

Sejak itu, pemakaian tudung menjadi cara hidupku...walaupun muka tampak lebih bulat(tapi comey..;p) tudung pula selalu herot-petot apabila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa melayu...kepalapun mulalah senget memastikan bentuk tudung berdiri teguh...

Zaman tu trend pakai tudung kain cotton yang 3 penjuru ada berbulu rambu-ramba, kiri, kanan dan belakang tudung.. kalau masuk mesin sure, abis luruh bulu2 tu, takpun tinggallah sebelah jer..masa tu warna hitam dan krim jer menjadi pilihanku, tudung jenis kain lain ku tak berapa pandai sangat...yang lucunya bagi memastikan keteguhan tudung tu tatkala ditiup angin, dan kekal bentuknya, aku terpaksa menjahit lebih kurang 1 inci di bahagian jambulnya..maklumlah baru berjinak2 nak pakai tudung..so nampaklah sikit kesan jahitan kasar yang kubuat tu...hehehe.

Sebab tu sampai sekarang nak cari tudung yang berkenan di hati dan ngam di kepala agak susah sungguh, ironinya, tudung bawal yang mahal2 yang ada segala batu,termasuk batu api tu pun saya takleh pakai, tak reti. Sebab jenis kainnya yang lembut2 belaka..oh tak dapat kubayangkan keadaannya jika pakai tudung macam tu, sekelepek jadinya, seolah2 aku baru sahaja menanduk bola je gawang lawan sambil bertudung..hahaha..jenuh gak nak ditiup tudung tu.

Tapi bila dinilai dari sudut kebaikannya, kiranya bolehlah saya berjimat sikit, sebab sekrang nipun saya just pakai tudung bawal biasa jer yang berharga sekitar 10 ke 15 hinggit...tapi itupun susah nak dapat tau, maklumlah murah, taukeh pun maleh nak jual kot..hehe

Pakai jubah


Dalam tahun yang sama juga ’penghijrahanku’ , pernah terdetik jua dihati untuk memakai jubah suatu hari nanti.Bila?..entah sayapun tiada jawapannya...mungkin keadaan diri yang masih belum cukup kuat untuk melakukan perubahan drastik ini...tapi insyaAllah mudah-mudahan niat itu terlaksana..mana tahu mungkin selepas berumahtangga, siapa tahu kan..mungkin akan ada sokongan ketika itu...;p

Geram jugak tengok almari mama yang sarat dengan beraneka warna dan design jubahnya (tapi mostly black in color la)..adik bongsu kesayanganku yang berada di Tingkatan 3 pun sudah berjinak2 memakai jubah dan berbaju kurung...Alhamdulillah..makin comel lak budak comot tu..hehe...(sayang, jangan nak perasan yer, kak --- just nak jaga hati jer dalam blog ni)


5 sekawan AD17


Ketika menjalani ibadah berpuasa sewaktu di kolej Teratai bersama-sama dengan 4 sahabatku dan rakan sekelas lain juga adalah antara detik manis sepanjang mengecapi Ramadhan ..aktiviti berbuka dan bersahur bersama-sama cukup menyeronokkan , penuh dengan gelak ketawa (alamak! ibadah lak kurang..hehe)...

Untuk pengetahuan, sebenarnya bilik kami just untuk 3 orang jer, tapi 2 orang lagi, kami seludup..kira pendatang asinglah..alah, kamipun masa tu dah final year diploma, dari biarkan kawanku menyewa umah untuk 1 sem, baik tinggal kat kolej dengan kami..perkara ni memang memang dilarang sepenuhnya oleh pihak pentadbir kolej..tapi apakan daya, penghuni bilik asalnya iaitu aku selaku timbalan presiden blok kolej tersebut pun main hentam langgar peraturan..kekeke...(tak boleh dijadikan teladan langsung..;p)


Bila nak buat spotcheck jer, 2 kawan kami tu kena berlegar2 cari pot lain untuk sembunyi sebentar, tapi selalunya gi lepak bilik kawan kami yang lain lak..;p...

Berbalik kepada pengalaman kami berpuasa, selalunya kami makan tapau dari dining jer, jarang keluar, maklumlah masa tu saya tak bawa kete lagi...kalau lauk ayam, berdesuplah gi tapau, tapi kalau daging or ikan jaket, masing2 liat..setakat kirim salam jer..tapi nak tak nak kena juga tapau..kang lapor lak takde menu untuk berbuka....

Banyak gambar yang dirakam ketika ’majlis’ berbuka di bilik kami, macam2 gaya ado, maklumlah semuanya student foto, selalunya amik gambar orang, tapi bila gambar sendiri dirakam, macam2lah pose mautnya...ada gambar kami semua berdoa, (konon2nya baru nak makan) walhal jelas kelihatan dalam pinggan masing-masing semua makanan dah licin,. ada yang buat2 makan botol kicap dll..mengamit memori sungguh!indah saat tika bersama..AZIE, MOON, IDA, SOBIE...teman rindu saat2 indah bersama kome2 sekalian...!

nantilah kalau dah scan gambar tu , akan ku post di sini.



akhir kata...Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat berbuka pada petang ini untuk semua



wassalam..

Thursday, August 6, 2009

dalam diam dia menyapaku..

Tatkala menuruni tangga dari surau sambil berangan (imej atas kepala ada awan berkepul2), tiba-tiba langkahku terhenti mengejut! Terpegun, terkejut dan ketakutan terserempak dengan satu lembaga yang berwarna kelabu-kelabu asap sedang menaiki tangga. Dia menjelingku seolah-olah cuba menyapaku..”hi cik adik manis, nak ke mana tu?.alamak! si @#^&* tak tahu ke dah berderau darah saya, melihat kelibat dia.

Saya terkonfius entah dari mana dia datang atau atas urusan apa kehadirannya di fakulti ekonomi. Adakah untuk membincangkan dengan pensyarah mengenai tajuk tesisnya atau apa2 urusan penting yang lain..

Oklah..cukup2lah mukadimah untuk post kali ni...hehe..sajer bergurau di petang hari..ekceli tadi dalam perjalanan balik ke ofis dari surau sebelah, saya terserempak dengan beruk ke kera, (apa bezanya erk), warnanya kelabu2 gelap, berekor panjang...bulunya macam dah jarang2 (banyak gugur kot) atau dia dah agak berusia. Saya nak turun, dia pula tengah naik tangga.

Mana tidaknya saya terkejut, cuba anda bayangkan, slow mode jer dia langkah naik tangga, sebijik sebijan macam hantu ju on (yang merangkak keluar dr tv, or merangkak nak terkam orang dengan rambutnya panjang berjela menutup muka tu)...hah macam tulah rupanya si keruk (kera+beruk, spesies tak dpt dikenalpasti) berjalan tadi...berderau darah bila melihat beliau.

kesukaanku...panorama wajib bila ke surau

Saya ni bukan apa, fobia dengan haiwan ini..ada pengalaman manis antara saya dan si dia..masa umur dalam 7 tahun, pernah digigit beruk peliharaan kawan mak. Masa tu still tinggal kat Terengganu, umah kampung tepi pantai, biasalah bila orang kampung pelihara beruk, mungkin nak gunakan beliau untuk petik buah kelapa kot. Sebenarnya salah saya jugak siapa suruh jalan catwalk depan si beruk yang kena tambat dengan rantai tu.

Rantai tu panjang, so saya dengan pendek akalnya ingatkan si beruk tu takkan sampai pada saya. Tapi rupanya, jeritan batinku dapat didengari hampir segenap kampung, apabila secara spontan beruk itu menerkam lalu menggigit betisku...aku merintih sambil meronta bertungkus lumus melepaskan cengkamannya,..tuan punya beruk itu berlari membantu melepaskan pelukan kami..hehehe..

Aduih..tobat aku dok dekat2 dengan beruk ni..so sekarang tahulah anda, kenapa beruk takut dengan saya kan...mereka sebenarnya nampak jinak dan cute, tapi dalam hati mereka, hanya tuhan sahaja yang tahu, dendam kesumat mereka terhadap manusia yang sering memperkotak-katikkan hidup mereka, mengugut mereka tidak diberikan makanan jika tidak keluar bekerja memetik kelapa dll..;p

Sampai ke hari ini masih berbekas kesan gigitannya, pendek kata parutlah.., dan masih berbekas dihatiku pengalaman tragis tersebut...hehe

So berbalik kepada kisah keruk ni tadi, entah dari mana dia datang, secara solo lak tu....
Mungkin dia cari kafe ke atau tempat nak lepak ke..sure mesti ada staf wanita kat tingkat atas yang jeritlah bila nampak dia..tapi kesian lak kalau dia terkunci di mana2 bilik tanpa disedari manusia.


So moral of the story, bersangka baiklah dengan makhluk lain, dan kekalkan silaturrahim sesama makhluk…kitakan 1Malaysia…(takde kena mengena langsung!..haha)







Friday, July 24, 2009

Ulang tahun pertama di...

Tanggal 1 Julai, genap setahun saya bertugas sebagai kaki&tangan pengurusan di - -. Sebenarnya memang dah rancang awal untuk create post khusus untuk 1st anniversary saya di sini, tapi entah macam mana terlupa pulak..

So hari ni saya akan karang sikit2 cerita berkaitan post ini sambil buat kerja hakiki. Sekarang ni saya sedang siapkan caption2 untuk artifak2 di level 3, banyak gak tu..jenuh rujuk buku dari buku muzium terbitan international cari gambar yang sama dengan artifak kat sini. Informasi daripada inventori manual yang ada tak banyak membantu..kadang nombor rujukan sama, tapi bendanya lain..dalam buku tu tulis kain, tapi bila tengok kat showcase bendanya barang tembaga..aiseymen ..sapa nak jawab tu..(ini kalau ketahuan dek auditor QAMU ni sure kantoi kena NC) .

beri penerangan pada timb. menteri pelancongan (kalau x silap)hari muzium antarabangsa di k. terengganu

Inilah tugas saya hampir setahun sebagai kurator. Selain menyediakan caption pameran, merencana program sepanjang tahun muzium, menyediakan kertas kerja (alamak lupa lak kena siapakan 1 kertas kerja untuk dibentang October ini), memantau tugasan dan hal-ehwal staf yang seramai 7 orang, antara tugas sampingan lain juga saya perlu melayan pelawat-pelawat yang datang yang kebanyakannya dari rombongan sekolah & tourists.

Biasalah kalau budak2 sekolah tu kenalah sampaikan taklimat secara ringkas koleksi yang ada. Kesian pulak, kalau yang datang dari sekolah luar dr Lembah Klang seperti Terengganu, kedah, Johor dll, macam tak berbaloi lak setakat pusing 1 muzium pastu balik..at least, mereka dapat sedikit informasi tentang latarabelakang atau sejarah koleksi yang ada di sini untuk dibawa pulang...kerana itulah saya sebaik mungkin, kalau boleh nak standby kat muzium kalau tahu ada rombongan sekolah nak datang pada sekian2 hari.

Seronok gak layan budak-budak ni, macam2 soalan mereka tanya. Tetapi soalan standard yang ditanya:
  • Takut tak kerja kat sini?
  • Dah berapa lama akak kerja kat sini?
  • Ada pengalaman tak jumpa..dot..dot.dot
  • Berapa harga pinggan dari China tu? (banyak duit kot diaorang ni nak beli..hehe)

Disebalik ”Misteri”

Saya tak kisah sangat kalau mereka tanya soalan2 macam tu, walaupun tiada kaitan, at least mereka ada inisiatif untuk bertanya. Cuma sedikit kesal, ada sesetengah sekolah yang studentnya langsung berat mulut nak bertanya..tak tahulah apa puncanya, a) adakah mereka boring sebab takde apa2 yang menarik perhatian, b)mereka tidak berminat, c) mereka nak cepat balik, d) memang mereka takde soalan nak ditanya atau e) kesemua jawapan di atas..

Sudahnya, cikgu mereka pulak yang lebih banyak bertanya..mungkin diaorang segan nak tanya kot, sampaikan saya sendiri kena create soalan sebagai galakkan diaorang berinteraksi dengan saya...tapi sonang jer tu…hihihi, saya ada cara tersendiri, nak buat mereka teruja, dok diam2 dengar cerita saya..saya akan buka cerita tentang kononnya ’misteri’ yang ada kat muzium ni..”pada suatu hari ketika jam menunjukkan 6.30 petang, sang kancil dan sang”…

haha barulah mereka tak senang duduk nak tahu lebih lanjut...punyalah citer excited bagai nak rak, alih2 saya sengaja jer buat ayat tergantung ’misteri’ yang konon2 tu..dan ubah kepada topik lain lak..diaorang pun mengeluh cakap,”ala kak, citerlah, sambung balik citer tadi,”..hehe..(bijak tak taktik kotor ni)..walaupun niatnya sekadar menarik perhatian dan bergurau dengan mereka, tapi sebenarnya ada antara kisah2 misteri itu benar2 berlaku tau,

Cuma alhamdulillah saya tak pernah mengalaminya..kebanyakan saya dengar dari staf2 yang dah lama berkhidmat di sini... tapi takdelah saya bagitau part2 mengerunkan, kira tapis2 la juga..mana tau risau lak diaorang tobat takmo datang lagi muzium..

masuk terowong bawah tahan di lost world of tambun (rasa macam pelombong bijih timah pun ada..pengalaman best in the world!


Tapi sebenarnya kan dari aspek marketing philosophy..chewah ayat..itulah antara kaedah2 promosi yang berkesan untuk tarik perhatian pengunjung ke muzium. Sepertimana penghasilan filem ”A Night At Museum I &II” dan “Leonardo Da Vinci Code” yang pengambarannya kalau tak silap buat di Muzium Louvre kat Perancis kot (lukisan Monalisa ada kat sini) ..penggiat filem di barat menggunakan kaedah ini untuk menarik orang ramai datang ke muzium dan ia boleh dikatakan berjaya tau...yelah, siapa lah yang nak datang ke muzium kan ..kalau datangpun seumur hidup sekali jer kot, itupun time rombongan sekolah cik kiah jer....

Apa-apapun bila dilihat kembali persamaan kedua-dua kerjaya ku kini dan wartawan (selama 2 tahun), kufikir tak banyak bezanya. Kedua-duanya memerlukan saya bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang, gelagat dan sebagainya..Paling puas, saya bersyukur kerana diri ini masih berkesempatan meneruskan kesinabungan berkongsi secalit ilmu pengetahuan yang tak seberapa ini dengan orang lain menerusi penulisan saya di majalah..dan sekrang walaupun tidak secara menyeluruh dan langsung, saya dapat berkongsi sedikit informasi berkenan nilai2 sejarah terhadap pelbagai koleksi artifak yang ada di sini terutama kepada pelajar2…harap ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pengunjung sekalian…

ramai gak orang tanya kenapa berhenti jadi wartawan…well saya pun takde jawapan..mungkin ingin bertukar angin , memikirkan untuk tempoh jangka panjang dan offer di sini lebih menarik kot..;p...lagipun saya tak dapat bayangkan diri saya dalam 10 tahun akan datang (jika umur masih panjang) untuk keluar mencari story..entah larat lagi atau tidak..

masa jadi wartawan
Kalau dulu masa bergelar wartawan aku berkejar deadline setiap bulan, mengatur temujanji dengan sumber2 yang dikenalpasti (pernah rasa nak menangis bila sehari, 2, lagi deadline, mangsa untuk diinterview takde, butik untuk buat fesyen pun takde..huhuhuh)..sampai editor dah bising2 tanya mana story!..tension kadang tu..dan rutin itu akan berlaku setiap bulan...maknanya kadang-kala kita akan pening nak cari bahan atau sumber untuk diinterview, apatah lagi kalau topik bulanan tu pelik2..

hasil pembentukan titisan air dlm gua..apa eh namanya staglagmite eh


Tapi alhamdulillah, kerja wartawan majalah tak sekencang dan sepenat jadi wartawan akhbar, lebih2 lagi keluaran daily..orang paper waktu dia bekerja tak menentu, cuti lagilah tak menentu dalam seminggu, kadang sabtu ahad belum tentu cuti ...penat woo..saya pernah merasai pengalaman tersebut ketika praktikal di harian metro selama 4 bulan...balik dr buat coverage (seperti pc, launching dll), terus balik ofis type story dan hantar...tapi rasanya yang membuatkan ia penat apabila nak ke sesuatu lokasi, mengadap jem dll.

Kalau sehari cover 1 story, kira oklah..tapi cuba bayangkan kalau sehari kena wat 2,3 story , dan ada yang malam punya, dan kesemuanya kena hantar hari tu jugak..alamatnya balik lewat malamlah jawabnya..mungkin takde masalah bagi yang otai dan berpengalaman, sure dlm perjalanan balik ke ofis tu, lead story dah ada dlm kepala dah, sampai je depan pc, terus berdesup type story tanpa henti, tak pandang kiri kanan dah..kalau saya dulu masih praktikal(masih belajar dan takde pengalaman), adalah setengah jam just nak buat intro sahaja..slow betul kan..:p ...siapa nak jadi wartawan saya syorkan di kumpulan nst, gaji kat sini lumayan tau...

Masih teringat gelagat kengkawan kat berita harian takut nak balik, bukan apa, mereka tak buat salah pun..mungkin segan sebab rasa pelik lak yang otai2 takde lak sibuk nak balik pun,walaupun ofis hournya 5.30 petang…diorang takut kena sergah dengan editor pun yer, tapi mujur x editor saya baik orangnya..kelakar lak ada kawan saya yang memboloskan diri ikut pintu belakang macam perompak lak , takmo lalu ikut bilik editor, rasanya sekarang editor tu dah bergelar Datuk dan ’manja’.

’Dia’
Apapun di sini meninggalkan secebis kenangan ’unik’ kerana bertemu dan berkenalan dengan si ’dia’..saya takmo cerita mengenainya, kerana bagi saya ini semua sejarah yang sebaik-baiknya dibuang jauh dan usah dikenang lagi..inilah langkah sebaik-baiknya kita perlu dilakukan untuk meneruskan kehidupan...kata seorang pakar motivasi lebih kurang begini bunyinya, dengar yer.., ”jangan sekali-kali kita kenang kisah lalu terutama kepada cinta pertama, kerana kelak ia boleh memudaratkan kehidupan yang baru atau sedia ada di masa hadapan, atau kerana penangan cinta pertamalah yang membuatkan kita tidak dapat mengecapi kebahagian secara total, kerana diri masih dibayangi cinta pertama”...situasi ini bagi saya amat bahaya..ia seolah-olah kita men jeopardise kan our new life, sajer cari nahas...harapan saya takmo pandang ke ’belakang’ lagi...bak kata serbuk pencuci Daia..”lupakan yang lama”..hehe


Part yang best..

So berbalik kepada kerjaya wartawan majalah ni kira santai sikitlah, tp yang pasti setiap bahan kena sentiasa dihantar, jangan tunggu kumpul semua story pastu sekelupuk hantar kat editor hujung2 bulan, mau kena bambu..;)..dan setiap orang ada kolum kelolaan sendiri. Macam saya di majalah Nur ada segmen tetap seperti fokus, fesyen, diet dan pemakanan, aksesori, deko, menu dan restoran pilihan (yang ni part paling best pas shooting leh makan free), teladan, nur islam (cukup tabik kepada mualaf yang begitu kental dan teguh menghadapi cabaran diawal mereka bergelar muslim), nostalgia pendidik, muslimah bestari dan beberapa lagi, saya pun dah lupa..
bunyi masa senang jer kan..tapi cabarannya adalah ketika kita mencari contact person untuk diinterview..walaupun dah ada stok, tak semestinya ada yang mahu diinterview, nak muka keluar majalah (ini kes takmo glamour), malah kena tipu pun ada...bila atur temujanji sekian2 masa, orang yang ditunggu2 tak muncul2 lak seperti waktu dijanjikan..kadang2 kalau terdesak sangat or last minit minta tolong dengan kawan-kawan sendiri kalau ada topik yang sesuai dengan mereka. (kesian jadi mangsa keadaan)..

Tapi rasanya dlm banyak2 segmen kelolaan saya, fesyen boleh tahanlah penatnya, bukan apa,walaupun ia tak perlukan banyak teks, tapi prosedurnya renyah..kita kena cari butik untuk pinjam baju, pastu kena cari modellah yang masanya kena ngam dengan time make-up artist, berebut photographer (sebab masing2 ada jurufoto kegemaran dan mereka ni fully booked, kalau lambat takdelah fotographer, alamatnya kena cancellah or set time lain..hehe)...

Tapi apapun bila dikenang kembali, enjoy gak kerja ni..dapat berjumpa dengan ramai orang (sampai jutawan macam2 perniagaan MLM sibuk suh join mereka), termasuk celebriti...selalunya jumpa wardina dan datin nurjumalah..dan mereka wa cakap sama u all memang cantik,..selain itu orang media ni dilayan baik punyeee, banyak dapat privilege, doorgift jangan cakaplah, bolehlah...
  • time jadi wartawan, alhamdulillah saya dapat merasai;Pelbagai voucher fastfood spt, McD, KFC, Kenny Rogers, pizza, dapat makan kat menara KL, (asyik ingat makan jer erk)..
  • Duit raya…
  • Pertama kali seumur hidup dapat hadiah lucky draw rantai mutiara dari Rafflesia, ku hadiahkan khusus buat bonda tercinta..
  • Macam2 doorgift kalau launching..yang best dpt kasut Crocs..design dia mcm kelakar jer, tapi mahal jugak rupanya…tapi dah free kan, maka cantiklah jugak..hehehe..banyak dpat free spa treatment, tapi tak pernah pergipun….seganlah, takde masa pun yer
  • Pengalaman meredah terowong berair di lost world of tambun dan banyak lagilah..saya pun dah lupa..

Apapun, seperti wartawan, saya juga suka dengan karier ku kini, Alhamdulillah syukur sangat2 dengan rezeki dari Allah ini…

Rasanya dahlah kot post untuk kali ini…dah macam2 saya cerita..tapi sebenarnya banyak lagi kisah2 dan pengalaman menarik yang ingin dipaparkan disini, tapi dah penatlah menaip..lain kalilah pulak yer..di episod2 yang akan datang..:p

Inipun dah panjang sangat ni saya menulis, rasanya inilah post paling panjang pernah saya karang kot..so sebelum melalut dan mula merapu-meraban, baik saya undur diri dulu…

- karang sambil mendengar lagu “Jauhkanlah Sengketa’-
Al Jawaher... halwa telinga di petang Jumaat yang mulia ini..












Wednesday, July 22, 2009

Apakah pernah kita mengalami perasaan malas beribadah

Telah sekian lama saya menyimpan koleksi artikel-artikel berunsur keagamaan, kerohanian, muhasabah diri, motivasi dan sebagainya seperti tajuk artikel ini. Dengan harapan diri ini dapat diperbaiki walau tidak secara drastik tetapi beransur-ansur menuju ke jalan yang lebih baik, lebih hampir dengan Penciptaku..InsyaAllah...walaupun kuakui begitu banyak cabaran dan dugaan dari 'anasir-anasir' jahat yang sentiasa cuba menyesatkan umat Rasullulah..saw...

Ya Allah aku berlindung kepadaMu dan memohon agar diperkuatkan iman ku melawan hasutan syaitan...

Lantaran itu, sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dosa kecil mahupun besar..kesalahan yang mungkin dianggap dosa kecil tetapi jika sering dilakukan dan diamalkan sudah pasti menjadi besar, dosa yang selama ini dianggap remehatau dipandang enteng rupa-rupanya dijanjikan pembalasan yang cukup besar di akhirat kelak.


Apapun saya cuba dan masih lagi bermuhasabah diri, masih cuba untuk memperbaiki diri, walaupun ia bukan suatu perkara yang mudah...

Untuk teman-teman yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni (yang lebih banyak merapu meraban ni..;p), khas post di pagi jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, saya selitkan di sini petikan artikel menarik untuk dikongsi bersama..saya pun dah lupa dari mana saya ambil..harapnya kita sama-sama dapat mengambil pengajaran darinya...

Yang mana baik datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk dan seburuk-buruknya itu dari diri saya sendiri...

----------------------------------persembahan artikel...................

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah. Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri.

Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya.

Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat. Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita.

Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka.

Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando.

Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis. Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan.

Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Thursday, July 16, 2009

kononnya luahan hati seorang pembeli yang tak berpuashati

Sering saya dengar keluhan beberapa rakan mengenai harga barang pada hari ini naik mendadak. Harga makanan pun cukup ketara kenaikannya. Saya juga mengalami senario ini, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan kos makanan yang dibeli di luar.

Contoh paling mudah, kalau dulu 3 biji kuih dijual seringgit, tapi sekrang ada peniaga (banyak sebenarnya, bukan kes terpencil lagi..;p) yang jual seketul 4 kupang..kalau besar dan sodap takpelah juga, hati pun sejuk jer makan kuih itu dengan kopi panas..tapi hati akan bertukar menjadi membara sehangat kuih yang baru digoreng kalau kuih pilihan itu dahlah mahal pastu, makin kecik lak tu, dah lah kecik tak sedap seperti biasa lak tu...siapa tak angin..tapi benda makanan kan , kita pun takleh merungut sangat kan..

Kalau sebelum ini saya tak amik pusing sangat pasal isu makanan mahal ini, bukan pasal mampu bayar, (berkira2 jugak sebenarnya..;)), tapi alhamdulillah masih dapat diterima dek dompet saya, harga masih reasonable, sesuai dengan rasanya, portionnya dan layanan yang diterima. Walaupun mahal, tapi layanan mesra, hati pun masih sejuk untuk bayar, tapi kalau tak muka macam rojak basi (macam dah takde menu lain wat contoh..;)) ditambah pula macam orang kena sembelit, aduhai..saya takdelah marah direct dengan orang tersebut..Cuma mulalah mulut ni ringan’berzikir’ dan terkumat kamit merungut tak sudah2..hehe..jahat lak kan, dah geram nak wat macam mana..

Kegeraman saya pasal isu ini memuncak apabila baru-baru ini menemani mama beli buah-buahan untuk di bawa ke medan, Indonesia (bukan medan perang yer ). Melawat kaum keluarga di sana. Mungkin susah nak dapat atau harganya mahal di sana, mereka pun kirimlah buah delima dan mangga dari mama.(alamak dah rindu lak kat my mother ni walaupun baru sehari pergi ..hehe).

Mulanya pening gak nak beli kat mana buah2 tu time malam2..saya pun tiba2 mendapat idea yang sangat bijak lagi hebat yang mampu dicapai oleh kanak-kanak bawah 12 tahun..hehe..untuk beli di area greenwood, dekat jer dengan umah.

Kami berhenti betul2 depan idung peniaga buah tu, so saya stay dlm kete jer, mak turun beli sambil dibekalkan note 50, kononnya bolehlah dapat beli buah dengan banyaknyanya dengan nilai tersebut...tapi rupa-rupanya, harapan setinggi gunung jer..mama buka pintu sambil minta lagi 12 hinggit..saya fikirkan mungkin orang tu takde duit tukar ker...tapi hmmm idoknyer..tak cukup lagi adalah...u all bayangkan yer..untuk 5 biji buah delima dan 5 buah mangga yang sederhana saiznya berharga RM62...Ya Allah..mahalnya...bagi saya mahal, tapi tak tahulah kalau ada yang berasakan harganya standard mcm tu..penerimaan mama? tenang jer...tapi tidak bagi saya

Saya lak dok ulang cakap mahal jer, sebab sukar nak percaya....terkejut pun yer...bak kata orang mangolia....terkejut beruk lah...mama senyum jer...tapi 1 jer ayat ’power’ yang mama sebut yang sekaligus menjadi ’penawar hati’ saya yang geram masa tu...katanya, ”orang yang berniaga, mengaut keuntungan lebih daripada separuh dah kira haram..”..laa...baru saya tahu..;p.

Lagipun mungkin peniaga yang kurang bertimbangrasa tu leh bertindak demikian, sebab dialah satu2nya peniaga buah kat area situ, so leh lah dia demand kot, customers no choice..u take it or u leave it!..

Jadi saya pun keluar dengan fahaman dan teori tersendiri;- gamaknya mungkin inilah antara punca mengapa sebilangan orang melayu kurang berjaya atau kureng menjadi dlm bidang perniagaan, sebabnya;

  • meletak harga yang tidak masuk akal (seperti kes saya ini), terlalu mahal..kesannya timbul ketidakpuasan hati dan rungutan pembeli yang menimbulkan ketidakredhaan terhadap harga tersebut dan akhirnya mungkin akan menyebabkan rezeki peniaga itu tidak berkat..(rasanya lah)

  • sudahlah mahal, harga yang dikenakan tidak setimpal dengan perkhidmatan layanan yang diberikan dan produk tak berkualiti..contohnya makanan dibeli kurang enak ker dll..dahlah tak sedap, pelayan ker cashier ker buat muka mcam nak kena hukuman pancung sampai pengsan lak..lagilah berasap badan customer tersebut..cuba tengok cara restoran mamak yang ala2 bistro tu (saya kurang sikit makan kat restoran ni)

  • apalah salahnya sesekali peniaga beramal jariah, jangan fikirkan keuntungan jer..contohnya kalau kuih tinggal lagi 2 ketul tak terjual, apalah salahnya jual murah pada customer terakhir tu atau bagi yang lebih tu secara percuma..dari takde orang nak beli kuih terakhir tu kan...
bukan nampak gayanya, tapi memang hakikatnya saya takde langsung ciri2 jadi businessman…tak sesuai….

sebab mudah kesian kat orang, tak sampai hati pun ada..pernah saya jual pelbagai kerepek imported dr batu pahat, kat pantry ofis lama…kerepeknya luak, tapi duit dlm bekas kurang, banyak orang tak bayar..agaknya mereka ingat konsepnya ialah, Makan dulu baru bayar, tu yang sampai sudah tak bayar2…

oklah, masa dah time ;p .nak kemas2 untuk balik…5.29.30 bersedia ke garisan..sedia…mula!..kebabooow

Tuesday, June 30, 2009

1001 pengalaman BTN

“Abislah kena buli nanti,”..masih terngiang2 ayat itu di telingaku sehingga kini sebaik saya menerima surat mengikuti BTN dari bahagian sumber manusia tempatku bekerja.
Itulah usikan staf saya yang kesemuanya telah mengikuti kursus yang sama lebih awal dari saya.

Banyak pengalaman ‘dahsyat’ daripada mereka saya dengar, kena masuk hutan lah, kena berkawatlah, kenna berlarilah, telefon diambillah dll..pada mulanya membuatkan saya keberatan dan tak ingin menyertainya..tapi bila difikir2kan, apa salahnya mencuba lagipun ini antara proses perlu saya lengkapkan untuk sah dlm jawatan.

Lagipun ekceli saya suka aktiviti2 lasak seumpama ini, naik gunung ledanglah, jangan tak tahu saya pernah wakil fakulti AD untuk pertandingan kawad kaki tau dan sertai unit beruniform kesatria..(or orang panggil katak hijau dek kerana bajunya warna hijau)..hehe

So pengalaman selama 5 hari, 4 malam (20-24 Jun ) di kem btn kulim, kedah itu at the end cukup menyeronokkan kerana:

  • dapat berjumpa dengan ramai kawan2 baru baik dr organisasi sendiri dan 2 lagi dari IPDA dan IPSAH..mereka memang best2 belaka..mai, kak erna, kak intan, intan kecil, norida, nadiah, sutha nis dan ramailah..(memang niatpun nak cari kawan2 baru..maklumlah sorang2 jer kat jabatan ini)
  • masa dlm perjalanan ke kem, pakcik driver bas tersesat, dia nak masuk kem plkn yang terletak tidak jauh dr kem btn..ada suara2 sumbang cakap “..pakcik kami dah tualah (tak sesuai masuk plkn)..”..;p
  • dapat lakukan aktiviti lasak repealing kot namanya (yang turun dr tempat tinggi mcm bomba tu), masuk hutan (ekceli kebun getah siapa entah) meniti di atas seutas tali untuk ke seberang, meniti atas 2 batang kayu menyeberangi sungai kecil yang banyak pacat..(alhamdulillah takde pacat hinggap di badan saya).
  • Walaupun banyak buah durian dan rambutan, saya tak berani nak makan sebab tak dapat permission secara direct dr owner dia. Tapi ramai sebenarnya peserta makan..hehe..sedap katanya..
  • Macam rasa back to school lak..sepanjang berada di sana kena pakai baju kurung putih dan kain hitam..lucu lak beli baju sekolah kat kamdar 2 helai lak tu..kalu time sekolah dulu2 punya susah lak nak cari saiz, sekarang senang nye, saiz M pun dah ok..tak tahu nak wat apa dengan baju tu sekarang , maybe buat sarung bantal or pinjamkan pada siapa2 yang kena BTN lak..hehe
  • Dapat mempelajari kembali sejarah Malaysia (subjek sejarah memang favouritelah), tengok filem ‘Hati Malaya”, fungsinya untuk beri kesedaran bagaimana peritnya pemimpin terdahulu mendapatkan kemerdekaan dan baru saya tahu apa itu ‘kontrak social” (yang bagi saya secara peribadi, secara tidak langsung tidak menguntungkan langsung bangsa saya)
  • Bangun setiap hari jam 4.45 am, sebab takmo berebut toilet…walaupun sebenarnya tiasa masalah nak mandi, sebab kebanyakkannya mandi kolah dengan berkemban..hehe
  • Terpaksa pinjam kasut kak zu (nasib baik muat) untuk masa hutan...sebab kasut sport saya hanya tunggu masa jer ..tapaknya dah ‘mengaum’ dah..itupun kasut kidnap kakak punya..dia tak tahu pun..nantilah saya bawa pergi jahit..keekeke..terima kasih bebanyak kak zu
  • Duduk dalam dorm paling best seramai 16 orang ..dah lama tak rasa suasana mcm dok kat asrama (eh seingat saya tak pernahpun)..semuanya sempoi dan 1 kepala..terutama kehadiran kak erna yang sangat lucu dan best orangnya…baik lak tu..dia sahaja sudah menggamatkan suasana..pendek kata kalau dia takde tak cerialah btn waktu itu..:)

Saya takkan sentuh soal intipati silibus yang diajar dlm kelas LDK, biasalah kalu dlm btn kita dah leh bayangkan apa yang dibincangkan kan..susah sebenarnya saya nak terangkan dlm blog ni..tapi yang leh saya rumuskan ialah; sekiranya kita terus membiarkan perbalahan sesama kaum, apatah lagi sesame Melayu seperti yang berlaku sekarang ni antara kedua-dua parti utama di Malaysia, tidak mustahil negara kita akan berpecah belah, permusuhan kaum dan lebih dahsyat lagi berlaku rusuhan kaum sehingga membawa kembali kepada peristiwa darurat 13 Mei 1969, ataupun keadaan tidak aman di negara-negara seperti selatan Thai, Indonesia, Iran dan sebagainya….

mahukah kita hidup dalam keadaan tidak aman dan selamat itu hanya kerana kita mempunyai perbezaan ideology dan matlamat, tuntutan yang tidak munasabah tidak dipenuhi dll ?..renung-renungkan wahai sang pemimpin..

Pun demikian, pengalaman btn cukup menyeronokkan..walaupun semuanya dah dewasa, tapi ada beberapa aktiviti yang dilakukan oleh fasilitator agak santai, seronok dan bunyinyer macam kebudak-budakkan.

Ada 1 yang kiranya leh diibaratkan senaman kot semua peserta akan menyanyi “angkat tangan kanan godek-godek-godek”... (sambil pusingkan tangan itu) dan seterusnya sampailah ke punggung..”angkat punggung kanan godek-godek-godek (sambil goyangkan punggung )hehehhe...agaknya rezeki kaum wanita kot yang dok berbaris di bahagian belakang kaum adam,..bila nampak kaum adam gelek2 time tu..adalah yang ketawa dan keluar suara2 nakal ..’peewet..cutenyer..comellah..”..hehehe..nakal betullah diaorang ni..(saya tak terlibat eh, cuma tersenyum jer)..hehehe

Begitulah sedikit sebanyak kisahnya btn..ingat nak amik gambar pakai baju sekolah guna handfon buat kenang-kenangan, tapi tak beranilah...penggunaan handphone DILARANG sama sekali...so gunapun dlm bilik jerlah..so time malam waktu saya mengadu domba dlm fon..keke


Salam dr btn kulim, kedah... dalam kenangan

Wednesday, June 10, 2009

Pertama kali kukenakan tol..

Lain padang lain belalang..lain orang lain juga caranya..begitulah agaknya tradisi perkahwinan orang johor dengan daerah atau negeri lain. masing-masing mempunyai cara dan budaya tersendiri.

Melihat pihak pengantin lelaki dikenakan tol sebelum dapat bertemu dan duduk di sebelah pengantin perempuan sememangnya satu satu pengalaman baru buat saya,apatah lagi diminta oleh pihak pengantin perempuan yang juga merupakan kawan baik saya untuk menjadi pengapitnya.

”a--k, awak jadi pengapit saya boleh tak,”begitulah kira-kiranya pertanyaaannya bakal pengantin pada saya beberapa bulan lalu. Lalu saya pun menjawab..”alamak, kena ker..jadi pengapit kena buat apa..kena tolong lap muka jer kan, dengan kipas-kipaskan..ala, a--k takut malukan julie jer kat atas pelamin,” tanya saya untuk kepastian.

Bukan apa saya ni memnang suka tersenyum, buat lawak, takut atas pelamin nanti saya lak yang sengeh dan galak ketawa lebih-lebihan (tengok2 memang betul pun, saya gelak melampau2 dalam gambar..kekeke) teman saya pun jawab, ”lebih kurang macam tulah”.

Itu katanya sebulan sebelum itu, tapi 2 hari sebelum nak bersanding tu, ”a--k, nanti awak buat tol yer,”. Mulalah saya melopong, terkedu dan panik..”duduk kat depan pelamin, tutup muka pengantin sambil minta tol!..bior benor”, macam nilah konon2nya saya kata dlm hati..hehe

Tapi kepanikkan itu sebentar cuma, setelah diterangkan oleh teman2ku yang lain..kata mereka senang jer minta jer duit tol sebelum buka muka pengantin dengan kipas sate tu...hehe,,tak mengapalah, apa yang lebih penting saya dapatkan tunaikan hasrat teman saya itu untuk menjadi pengapit di hari bersejarahnya...lagipun hari tukan dia bergelar raja sehari, so kenalah layan bak raja ...yer tak..

Nasib baik, ramai teman-temanku yang ada bersama selain makcik2 yang duduk menghadang di hadapan pelamin untuk memeriahkan upacara minta tol..kekekekke..meriah sikit..kawan kami linda memang sporting abis..dia pandai bercakap..yang lucunya..belum pun sempat kami minta, pengapit lelaki dah bagi sampul duit..malas cakap banyak agaknya takpun dah nervous sangat kot, bila tengok otai2 kat depan tu..

Apabila semua dah ketepi, saya fikirkan leh saya persembahkan teman saya pada si pengantin lelaki, rupa-rupanya tugas saya belum selesai lagi, kira saya tol terakhirlah..hehe

Bila dapat sampul pertama, saya ingat nak bangunlah, tapi apabila pengapit lelaki tanya ”nak lagi tak”, saya pun duduk balik cakap ”nak bagi lagi ker, kalau bagi nak gak”..hehe..boleh pulak tawar menawar atas pelamin..tapi sebelum tu saya rujuk tanya dulu teman saya tu boleh ker minta lagi, yelah dia pun dah siap warning awal2 lagi jangan minta banyak2 kat bakal suami dia tu, berpeluh dia karang takut tak cukup..so bila teman saya cakap,”dah oklah tu”..saya pun bangun dan berkata,” ok, saya persembahkan,” merujuk kepada pengantin perempuan tersebut.

Alhamdulillah berjaya misi pertama saya menjadi pengapit buat teman saya yang kini bergelar Pengantin Baru dan menjadi suri hidup En Azman. Makin banyak muka student AD17 2001 ’dipangkah’...kekekee

Tatkala pengantin diambil gambar, saya dengan kawan-kawan lain Azie (bawak adik-adiknya sebagai bodyguard), Kak HAni (datang lambat kerana jem di seremban), dan Linda (Moon tak dpt hadir dengan bersurat) dok berposing sakan dan mulalah bercerita itu dan ini maklumlah berapa tahun tak jumpa, alih2 linda dah bawa ‘handbag’ mahalnya (lupa nama anaknya)..hehe

Memang kecoh abis, tu belum ramai lagi kawan2 kami dari AD17 datang, kalau ada MOOn sahaja dah retak agaknya dinding umah Julie!...:)..seronok betul…thanks kawan2 seronok rasanya dapat jumpa u all!!

Paling puas dan rasa seronok apabila si pengantin perempuan berkata, “terima kasih a--k, saya suka awak jadi pengapit kita,” ..Alhamdulillah saya dapat menjalankan amanat teman saya itu dengan baik...yelah sayapun tak mahulah cara atau perilaku saya akan memalukan teman saya di hari bersejarahnya..

Oh ada 1 pengalaman melucukan sepanjang perjalanan ke rumah pengantin di Parit Samijan, Batu Pahat, Johor. Alkisahnya saya bertugas sebagai co-pilot pada sahabat baikku yang juga merupakan anak jati Batu Pahat..saya tergelak2 melihat papan tanda jalan yang bertulis, Parit Botak, Parit Baring (entah parit terlentang ada ker idak) dan entah apa lagi saya dah lupa..”lucunya dah takde nama lain ker nak buat nama jalan”kataku pada sahabatku.
Balas sahabatku ”wah2 gelakkan kampung orang yer, saya tinggalkan awak kat sini jelah..”kata orang yang tak boleh terima kritikan..:)

Yang paling lucu, saya baca peta yang dilakarkan oleh Julie salah..Jalan Parit Bengkok saya gi sebut Parit Bengkak dan Parit Samijan saya gi panggil Parit Sarjan...hehehehe..tulisan Julie tu berseni sangatlah..

Oklah begitulah ceritanya pengalaman menghadiri kenduri perkahwinan sahabat baikku Julie Aziah pada 6 Jun 2009 di Batu Pahat, Johor..kiranya 3 hari 2 malam saya di Johor homestay makcik saya..hehe.

Jullie, lepas ni tak bolehlah a--k mengadu-damba pada julie lagi erk, pastu a- - k pun dah tak dengar cerita-cerita sedey dari u lagi kan tentang hanya kita berdua sahaja yang tahu...takpelah lepas ni ’U have A Shoulder to Lough On’beside u...which is your beloved husband ..

So kepada Julie dan Azman, a- - k nak wish sekali lagi...

Selamat Pengantin Baru, Semoga Perjalanan Hidup Kalian diberkatiNya dan sentiasa Berbahagia Sehingga Ke Akhir Hayat…Amin..

Gambar nantilah akan di post..