Friday, August 8, 2008

Tip dalam perhubungan suami dan isteri..

kebanyakan petikan artikel yang aku post di sini lazimnya kudapati daripada kiriman email teman-temanku..ada yang berunsur jenaka, tentang kehidupan para celebriti, gosip sana-gosip sini, gambar2 menarik dll.

tidak lupa kiriman2 yang berunsur renungan, keagamaan, kisah masyarakat dan sebagainya yang boleh diteladani. begitu juga dengan artikel post kali ini sebuah panduan bagi sang suami dalam melayani kerenah si isteri yang kuat membebel...hmm..aku menilai diriku, adakah diri ini juga salah seorang dari golongan yang suka membebel ini (kalau orang putih-rapping, konsep hip hop dan rap..hehe). sekurang-kurangnya panduan ini juga buat diriku nanti..

bacalah renungan ini; ....jangan termenung pulak :)


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteriSaidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendakmengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah punbegitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar m ema nggilnya dan bertanya,

“Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, " aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimupun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah diatelah m ema sak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjagaanak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah,sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.

Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).

Wallahu a’lam

2 comments:

Cerita Melayu said...

Memang betul tu, kita sbg suami haruslah bersabar dan reda.

Kalau kita dapat membantu lebih afdal kerna seorang isteri itu bukanlah orang gaji ataupun hamba...

izhryn said...

hidup berumah tangga neh ibarat mengharungi lautan yg penuh dgn gelora.. biasalah adat klu ada selisih faham, sedangkn lidah lg tergigit inikn pula suami dn isteri kn.. kenalah byk bersabar dn bertoleransi, brlah aman & damai masjid yg dibina.. =)