Ia bagaikan sebuah diari yang kutitip bersandarkan apa yang berlangsung dalam kehidupanku dan juga kerjayaku sebagai wartawan. Sekadar ingin berkongsi cerita, pengalaman ditempuhi mahupun secebis ilmu pengetahuan yang kiranya boleh dijadikan manfaat bersama untuk diri ini dan kalian.
Friday, December 28, 2007
ada apa dengan valentines’s day
semalam akau menyusuri lebuhraya federal Lebuh raya persekutuan untuk pulang ke rumah di gombak..untuk bertemu dan mengucapkan selamat jalan kepada mama dan kakak yang akan ke medan, Indonesia (bukan medan perang ye) melawat saudara-mara mama di sana, terutama bunde-bunde atau makcik dalam B. Melayunya…pernahku melangkah kaki ke sana untuk pertama kalinya dua tahun lepas…kehidupan mereka di sana kuakui begitu sukar, namun ternyata mereka gembira..dan tidak pernah sekali-kali mereka meminta apa-apa atau mengharapkan bantuan daripada saudara mereka di Malaysia.. Cuma ia terpulang kepada kami disini atas inisiatif masing-masing untuk membuat apa yang perlu..itu yang membuatku kagum mengenai bunde-bundeku di sana.Tapi bukan itu sebenarnya yang ingin kusampaikan disini..Aku ingin mengkhabarkan keadaan yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ke rumah yang sentiasa sesak..setiap masa kumengeluh jam..jam..jammm je..nak kata ada accident, takde pula..tapi kerana radio dok ulang lagu2 cinta, barulah ku tahu mungkin sesak disebabkan warga kota keluar untuk menyambut hari valentine bersama pasangan masing-masing…Entah apa yang hebat sangat mengenai hari yang menjadi keagungan orang kafir ini..satu budaya yang cukup membuatkan aku sedih, kerana rata-ratanya bangsa ku sendiri yang meraikannya…nak kenali mereka ini cukup sekadar melihat mereka membawa sejambak bunga ros ditangan, coklat dan makan malam…Bukan dek kerana aku iri hati, memandangkan aku ‘lonely’ pada malam itu, tidak berteman seperti mereka..tetapi kesal kerana itu bukan budaya dan ajaran yang termaktub dalam agama kita…Daripada mereka mengingati setiap kali ulang tahun 14 Februari (Valentine’s Day), lebih baik mereka mengingati ulang tahun yang penting dalam kalender Islam…tidak pun, ingat hari lahir ku pada 14 Mei…hihihi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment