Friday, December 28, 2007

masuk penjara wanita kajang

Pernah dengar tak ada orang teringin nak masuk penjara?..hilang akal kan bunyinye, tapi itulah yang diluahkan oleh sekumpulan wartawan wanita yang muda lagi cun tentang hasrat mereka nak masuk penjara...termasuk budak kononnya cun ini;)Ini gara-gara tugasan Sabtu lalu yang disuruh editor minta aku meng'cover' program anjuran Penjara Wanita Kajang sempena program Hari Ibu 2007. Entah mcam mana aku pun berkobar-kobar nak pergi.

Dalam hati terdetik "teringin nak masuk penjara,nak tengok keadaan di dalamnya'..."giler! karang masuk betul2 baru padan muka engkau"...ini mungkin skrip korang kan...tapi bukan aku aje, yang cakap macam tu tau, wartawan lain, Yan, Rina dan Lizapun cakap macam tu...Bila program dah abis lebih kurang kul 12, masing-masing merungut..."la,.. ingatkan leh masuk penjara, poyo jer (itu ayat tambahan aku), "..hehehe

Moralnya, harapan untuk masuk meninjau penjara, tidak kesampaian...harapan setinggi gunung..(tinggi lagi kot)Apapun hari tersebut, cukup membuatkan kami syahdu dan pilu...tatkala menyaksikan detik pertemuan antara banduan dan ahli keluarganya. detik tersebut dimulakan dengan seorang banduan memeluk erat kedua-dua anak perempuannya...diikuti jejaka berbangsa India memeluk ibunya....sedih sungguh...aku yang tahankan diri dari menangis ni, kalah jua akhirnya....Menangis gak, tapi control2, takut orang nampak...Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pun kulihat mengalir air matanya.

Pendek kata, suasana di dewan itu begitu sedih...inilah masanya mereka dapat mendakap erat insan tersayang yang dirindui yang selama ini mereka dipisahkan oleh jeriji besi ataupun sekadar dapat melihat dari dinding cermin...Sejahat-jahat ibu atau anak mereka, golongan ini tetap ahli keluarga mereka.Kesalahan yang dilakukan itu adalah antara mereka dan undang2 serta Tuhan...Paling aku sedih, melihat dua orang banduan yang duduk di hujung dewan sekadar mampu menyaksikan detik-detik rakan mereka bertemu dengan ahli keluarga masing-masing...aku difahamkan ahli keluarga mereka tidak dapat hadir meraikan hari 'istimewa' mereka itu...sayu benenor...

Aku malas, nak cerita panjang, wat aku sedih lagi...so ini aku sertakan lead story yang aku karang untuk keluaran Julai nanti...

"Suasana pilu menyelubungi Kompleks Sukan Penjara Wanita Kajang apabila melihat detik pertemuan antara banduan dengan dua orang anak perempuannya. Pelukan erat serta tangisan anak beranak itu bukan sahaja meruntut hati ahli keluarga lain yang hadir, kalangan media serta kakitangan penjara berkenaan, tetapi turut tidak dapat menahan sebak ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Beliau hadir bagi merasmikan program Hari Ibu 2007 yang bertemakan ‘Kasih Ibu Penyuluh Hati’ anjuran institusi penjara berkenaan baru-baru ini. Selain banduan tersebut, seramai 15 banduan wanita lagi terpilih untuk turut serta dengan memberi peluang menemui keluarga masing-masing pada majlis itu. Mereka dipilih berdasarkan kelakuan dan disiplin baik yang ditunjukkan sepanjang menjalani hukuman."

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih blogger...sayalah anak perempuan kepada banduan tu...saya tak pernah mengasingkan ibu saya..saya melihat kembali pengalaman lampau pada hari ini untuk saya lebih menghargai ibu saya...saya akan jaga ibu saya sehingga hujung nyawa..insyallah...alhamdulilah pembebasan ibu sejak tahun 2010 membuat hidup saya lebih bermakna dan ibu sngat rapat dengan anak2nya