Friday, December 28, 2007

Hepi besday to me

Baru-baru ini tanggal 14 Mei 2007, persamaan 26 Rabiul Awal 1428 yakni hari Isnin lalu, maka genaplah usiaku 27 tahun. Hmm..bulan Mei rasanya banyak hari istimewa diraikan, sehari sebelum hari lahirku, ialah hari Ibu, tiga hari kemudiannya, hari Guru pula..lepas tu baru aku tahu ada hari komunikasilah, hari airlah…pendek kata macam-macam ado…walau bagaimanapun, aku rasa cukup bertuah kerana aku berkongsi bulan kelahiran bersama mamaku tersayang yang baru sahaja meraikan hari jadinya pada 2 Mei lepas..mungkin itulah agaknya kami berdua very close, we shared everything...she'is my best friend ever..love u mama...a lot...Rasa makin tuo pulak.

Rasanya bila sebut sahaja soal usia, terasa sensitive pulak. Bagaimanapun aku bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya dan izinNya aku masih dapat bernafas di muka bumi ini.Tiada apapun special di hari lahirku..namun, aku boleh katakan ia juga menjadi hari sedihku...Kerna malam itu, aku menangis sahaja...Entah tak tahulah mengapa aku sedih sangat pada hari itu, hari yang sepatutnya untuk aku gembira..Terlalu sedih hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam isi hati ini...Nampaknya hari 'kebesaranku' dicemari dengan tangisan air mata kesedihan dan bukannya kegembiraan...

Azamku, andai masih lagi aku berkesempatan meraikan hari ulangtahunku untuk akan datang, aku tidak mahu perkara ini berlaku lagi...

Sebaliknya aku ingin ia menjadi detik paling gembira dan begitu bermakna dalam hidupku..InsyaAllah..BAgaimanpun ku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada muna, angah, ammar, ida, chot, alin, kak nora, miza, kak beha kerana ucapan harijadi buatku...ingat juga kome semua pada teman ek...

Happy Besday to me..........

No comments: