Ia bagaikan sebuah diari yang kutitip bersandarkan apa yang berlangsung dalam kehidupanku dan juga kerjayaku sebagai wartawan. Sekadar ingin berkongsi cerita, pengalaman ditempuhi mahupun secebis ilmu pengetahuan yang kiranya boleh dijadikan manfaat bersama untuk diri ini dan kalian.
Friday, December 28, 2007
kudaku lari gagah berani...
lupa lak nak cerita hari tu aku terserempak dengan kuda...cerita dia macam ni...masa hari sabtu, aku teman my bestfriend ida pergi ofis dia kat kajang..sebetulnya hari sabtu memang dia tak kerja, tetapi dek kerana kerja dia tak selesai lagi, terpaksalah overtime...so, akupun jadi mangsalah teman dia..on the way kat highway dekat dengan ladang UPM, dari jauh lebih 200 meter aku dah nampak kelibat kuda tengah catwalk nak masuk highway ni..aku apa lagi, sound awal kat ida, suruh perlahankan kereta, takut kuda tu masuk highway...memang betul dia masuk highway,nasib baik kita orang perlahankan kete, si kuda tu jalan penuh sopan ambil lane laju..nasib baiklah kete kat belakang sudah alert lebih awal,semua jadi slow gara2 kuda coklat bertompokkan warna putih tu...yang syoknya kita orang berhenti betul2 depan kuda tu,dia dengan selambernya dan gaya tersendiri jalan depan kita orang, aku betul2 mengadap dia..takut gak kalu dia angkat kaki dia macam gaya kuda dalam siri 'blackstallon' ..cerita masa zaman kanak-kanak aku tentang kuda lumba..ataupun macam zorro ke..maunya pecah cermin kete,bila dah melepasi dia, aku jengok dari cermin belakang, dia masih dengan gaya tersendiri berjalan kat tengah jalan, eee...,kalaulah dia ambil lane laju,teruklah kereta yang bawa laju yang tidaksedar kehadirannya..tak sempat nak berhenti...ish! ngeri...bila balik pula, ada lagi satu 'tragedi'..ida terlanggar jejaka India yang sedang menaiki motor..kejadian berlaku ketika dia nak reverse...kuat gak bunyi hentaman dia...tapi nasib baik ane tu tak apa2...tapi melayang gak ler rm50 untuk kos dia ke klinik..tu belum lagi kos baiki motor dia dan kereta ida...abis gak ler duit gaji dia...kesian ida...yelah, malangkan tak berbau...mungkin bukan rezeki dia kan..tak pelah, yang penting nyawanya masih panjang...ia juga menjadi 'peringatan' bagiku bahawa maut itu akan datang menjemput bila-bila masa sahaja...Ya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment