Friday, December 28, 2007

zahraa, ziyad, zuhairah dan ammar haziq

hari ni kira back to office ler setelah 4 hari cuti sempena tahun baru cina..hmm..apa yang aku masa cuti?..takde buat apa pun..aku siapkan artikel untuk bulan april yang semakin hampir menuju ke dateline...ada banyak lagi kena siapkan ni...InsyaAllah,mungkin boleh siapkan jika tiada halangan menimpa disaat akhir.. YaAllah..semoga Kau permudahkan segala urusan hambaMu ini...aku juga habiskan masa bersama keluarga terutama melayan kerenah zahraa, ziyad, zuhairah dan ammar haziq...oh, riuh gak rumah dibuatnya kalau ada diaorang...masa diaorang kecil, memang akulah yang 'tergila-gilakan' diaorang...peluk cium, serang kat rumah dioaorang, angkut bawa balik umah...tapi bila dah agak besar sikit ni, hmmm...dia orang dah tak nakkan aku...sombong tul...agaknya diaorang dah besar kan, nak main jelah, orang lain dah tak dilayannya..cuma anak buahku yang pertamalah si zahraa yang baru masuk darjah 1 setia dengan bundenya ni...makin gelap lak dia aku tengok, mana taknya sejak dua menjak ni gi kelas swimming je...kira dah terror lah dia...aku katakan pada dia, "ni mesti dah boleh selamatkan bunde ni kalau bunde lemas," senyum je dia, lalu menjawab, "mana ada"...hehehehmm, apa lagi aku buat ek..oh ye, buat makan-makan sempena kehadiran keluarga mertua angah..hebat jugalah mama masak, aku cuma tolong sediakan bahan-bahannya je...kira oklah tu..aku juga kena jaga kereta sahabat baikku Ida yang dikenali sebagai lakinya..hehehe..maklumlah dia balik johor, takde siapa lak nak tolong tengokkan dan nak panaskan enjin...."laki" dia tu akan 'merajuk' kalau lama tak dipanaskan enjinnya, mulalah tarik muka 24 setengah..dengan penuh kasih sayang aku menjaganya..tak sabar rasanya nak tunggu Ida balik...dialah sahabat baikku yang sentiasa bersama tidak kira susah dan senang...rasanya masih belum terlambat untukku ucapkan Selamat Tahun Baru pada mereka yang meraikannya...Gon Xi Gong Xi....

No comments: