Wednesday, August 13, 2008

HotChat di HotFm...

Hari ini aku keluar rumah menuju ke tempat kerja agak lewat sikit. Tapi takdelah lewat sangat, lebih kurang 15 minit daripada waktu lazimnya. Alhamdulillah, jalan tak sesak sangat, biasalah sangkut sikit2 kat traffik light sahaja dekat depan pasar besar sentul. Namun ’kelewatan’ aku itu dapatlah juga aku mendengar panggilan Hangit yang dibuat oleh dj2 Hotfm yang kejam Fafau dan FBI. Hari ini mangsa mereka seterusnya ialah Nurul (tanpa Ajai!), pasal buat event apa entah.

Sesekali aku rasakan mereka ni tak patut kenakan orang macam itu, walaupun atas dasar untuk berhibur apabila celebriti ini ’dihangitkan’. Macam kesian jer aku dengar..ish..ish..
Hehe

Namun topik post aku kali ini bukanlah nak menghentam segmen Panggilan Hangit tu,(mampus kena marah dengan pendengar setia mereka karang ) tapi cuma rasa tertarik dengan topik Hotchat mereka pagi ini.mengenai dilema seorang lelaki bernama Hakimi( kalu tak silap akulah namanya) yang mempunyai 2 orang kekasih hati pada waktu sama, tetapi akan melangsungkan perkahwinannya pada Jumaat ini tanpa diketahui oleh salah seorang daripadanya. So awek yang dia ’give up’ kan ni bernama Ain. Ain ni tak tahu si Hakimi akan berkahwin Jumat ini sehinggalah pagi semalam, apabila Hakimi meluahkannya secara live di stesen hangit kesukaan ramai ini.

So topic hotchat pagi ini sambungan daripada semalamlah, mengenai pandangan orang ramai, sama ada berbentuk komen, nasihat, meluahkan rasa simpati, dll kepada kedua-duanya . Rupanya ramai yer orang mengalami pengalaman seperti Ain ni. (aku rasa aku tidak terkecuali kot, mungkin cara berbeza..:))

Aku tidak tahu kenapa Hakimi mengambil keputusan demikian, kerana hanya dia jer yang tahu. Boleh pulak wanita yang dia panggil selama ini ’Honey”, dalam radio semalam dia panggil Ain jer...wah cepatnya berubah!...

Yang lebih menghangitkan (nasib baik takde kebakaran), hati aku pagi tadi apabila si Hakimi cakap lebih kurang macam ni kat Ain..”sabarlah awak, janganlah marah-marah..saya cuba selesaikan masalah ini, bagilah saya kawin dulu,”...kepala hotak dia!..ha nah..kan aku dah marah!

Banyak cantik muka Hakimi, begitu mudah dia cakap macam tu.. Oh my god!...

So maksudnya, tengok dulu lepas dia kahwin, sama ada dia syok atau tidak dengan kehidupan baru dia tu, sama ada dia bahagia atau tidak dengan pasangan dia tu, sama ada dia dia boleh lupakan Ain ke..macam tu ke maksudnya?!!

“BAgi saya kawin dulu”..i hate that word…boleh dia cakap macam tu

Pastu dia juga cakap yang dia sayang kedua2nya..meaning Ain dan orang yang dia nak kawin tu. Agaknya kalau ada empat wanita dalam hidup dia, semuanya dia sayanglah yer
Tapi apabila diminta pilih salah satu,..dia takde pilihan, empat2 dia nak kot..hehe

Dan sudah pasti yang kecewa pastinya si Ain. Dari nada suaranya kedengaran dia agak tabah, takde bunyi teresak2 menangis pun..tapi tak tahulah sebab masa tu pun ’on air’, dia cuba kawal diri mungkin..aku suka dengan cara dia..kalu aku dalam situasi dia, aku dah letak dah fon aku dan dah tak selera bercakap lagi, apatah lagi dalam siaran radio yang didengari oleh berjuta pendengar!...Cuma agak tidak patut apabila Ain mengatakan lebih kurang begini ayatnya, ”lepas ini dah tiada lelaki lain dalam hidup Ain, (lepas Hakimilah)”..

No!..Ain tak sepatutnya cakap begitu..memang walaupun perit untuk kita menghadapinya tetapi sekurang-kurangnya dia tahu hakikat dan realitinya, Ain sudah tahu siapa dia dan kedudukan dia pada hati Hakimi. Paling common Ain just anggap dia bukanlah jodoh yang terbaik buat diri Hakimi. Memanglah sukar untuk melupakan kekasih hati yang pergi meninggalkan kita. Tetapi percayalah masa akan merubah segalanya. Dan pastinya ada hikmah di sebaliknya. Janganlah lagi kita meratapi pemergian insan yang telah mengecewakan hati dan tidak menghargai diri kita lagi.

Apapun aku nyatakan sedikit disini antara nasihat dan pendapat aku (from my point of view) khusus buat Ain, dan wanita2 lain yang menghadapi masalah yang sama secara amnya

  • Bukalah hati dan terimalah kenyataan tersebut dengan setenang-tenangnya. Janganlah cuba menyalahkan sesiapa , sebaliknya fikirlah secara rasional.

  • Banyakkan bersabar, kerana dengan sabar dapat menghindarkan diri daripada berprasangka buruk, berfikiran negative, dan membuat kerja2 tidak berfaedah (menyalahkan diri, suicide dll)..semua itu buang masa sahaja!

  • Banyakkan berdoa, amal ibadah, akan membuatkan diri lebih tenang.
    Yakinlah setiap kejadian itu ada hikmahnya tersendiri. Dan ingatlah janji Allah bahawa setiap dari insannya diciptakan olehNya berpasang-pasangan. Tunggulah ‘kehadirannya’..InsyaAllah..

  • Hapuskan segala kenangan yng membawa kita kepada terus mengingatinya, seperti hadiah2, gambar2 dan sebagainya. Jangan biarkan diri keseorangan, sebaliknya penuhi masa2 anda seperti berkumpul dengan kawan2 rapat dan juga kaum famili, lakukan aktiviti kegemaran dsb.

  • Dan amalkan doa apabila ditimpa musibah ini (doa harianku); Ya Allah Ya Tuhanku, Daripada Engkaulah kami datang, dan kepada Engkaulah juga kami kembali. Ya Allah kurniakanlah pahala di atas musibah yang melanda diriku ini Dan gantilah buatku sesuatu yang lebih baik daripadanya…(lebih kurang macam nilah pengertiannya)

    Harap ia membantu…

2 comments:

Siti Fatimah said...

pstu si faizal bengong tu die ckp die tak salahkan hakimi tu sepenuhnya...ish ish....

izhryn said...

ye ker.. x patut betul si hakimi tu kn.. 2 selfish n kijam.. tp faizal pn x patut ckp camtu, dh terang lg bersuluh mmg si hakimi tu yg salah, kenapa nk dinafikan lg.. walaupn sy neh lelaki, tp tu bkn lesen utk sy menyokong tidakan mereka berdua tu huu..