Thursday, January 3, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Sudah lama rasanya aku tidak pergi bercuti. Aku pun dah tak ingat dah bila kali terakhir aku cuti-cuti Malaysia. Oleh itu, peluang bercuti dan bersantai di Port Dickson baru-baru memang aku nanti-nantikan walaupun agak sibuk dengan tugas harian. Tetapi tak apalah, semuanya disponsor, Alhamdulillah. So takkan nak lepaskan peluang keemasan tu ye tak..

Tetapi percutian tiga hari dua malam itu nampaknya kira ‘wrong timing’ lah. Mana taknya sepanjang hari kat sana huuuuuuuuuuuujann sajer…padan muka aku.. Sepanjang perjalanan ke PD pun huuuuuuuuuuhan je..aduih..

Tak pelah, tak boleh mengeluh, hujan kan rahmat dr Allah swt. Lagipun memang bulan Disember masanya berlaku musim tengkujuh. Silap aku jer pilih masa yang tidak sesuai.

Secara ringkasnya kira enjoy jugalah duduk kat sini. Aku duduk kat Apartment Sunshine Bay Resort. Kira oklah duduk kat sini, mengadap pantai lagi. Hujan-hujan pun redah juga main banana boat…syok wooo..
Dah lama tak enjoy macam ni. Aku duduk belakang sekali, genggam kuat bukan main dengan harapan bila driver speed boat tu ‘berniat suci’ nak kasi semua pembonceng jatuh menjunam bak penerjun papan anjal taraf olimpik, aku masih berdiri teguh atas pisang kuning tu. Tapi hmmm…pasti korang dah dapat bayangkan ‘keletah’ aku jatuhkan… habis rosak jambul tudung aku..kuikuikui. nasib baiklah dah dekat tepi pantai, laratlah juga aku berenang ke tepi. Kalau jauh, menangis aku, confirm!


Pergi jalan kat pekan dia, takde apa sangat yang menarik. Tapi yang buat aku ‘angin’ kuih yang dijual kat sini mahallah. 5 ketul kuih yang kecil harga rm2. Rasanya pula biasa2 saje. Pastu yang buat aku berangin lagi, aduhai pasal pantainya. Pemandangan dah ok dah tapi baunya mak ai busuk tak ingat punya. Bau yang sungguh kurang menyenangkan. Tak tahu pula macam mana aku nak gambarkan baunya, patutlah tak ramai pengunjung kat sini. Anjing pun banyak berkeliaran kat sini. Mungkinkah ia pasal isu sensitive kat melaka yang suatu ketika dulu pernah dilaporkan oleh karam singh walia…jeng.jeng..jeng..


Aktiviti malam pula barbeque dalam hujan renyai2 pula tu..dan lepak dalam bilik.
Frustlah aku tak dapat ambil gambar pemandangan banyak2, terutama gambar sunset dan sunrise dan sbgnya. Sebab memang aku suka berfotografi terutama gambar lanskap. Jadi inilah sebahagian foto-foto yang sempat aku rakamkan sepanjang bercuti di PD ni. Selamat tinggal PD…….

























No comments: