Melihat kepada keperluannya ini, boleh dikatakan hampir setiap hari diadakan kempen menderma darah di tempat-tempat umum sama ada di hospital, pusat membeli belah, ruang legar institut pengajian tinggi, dewan orang ramai, dan sebagainya. Malah ada juga pengurusan jabatan sumber manusia sesebuah organisasi awam mahupun swasta yang peka dengan kepentingan menderma darah inisiatif menyediakan perkhidmatan ini dengan kerjasama jabatan kesihatan di ruang legar organisasi mereka.
Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan turut giat mempromosikan hal ini untuk memberi kesedaran setiap rakyat Malaysia menerusi media elektonik mahupun bercetak. Setelah segala usaha dilakukan namun masih ramai memandang sebelah mata meskipun umum mengetahui bekalan darah negara ini ditahap membimbangkan. Alasan demi alasan sering diberi antaranya pernah menderma sebelum ini, tidak ada masa, takut dimasukkan jarum dan sebagainya.
Manfaat derma darah
Selain dari menderma wang ringgit, pakaian, makanan dan minuman dan sebagainya perbuatan menderma darah mahupun organ badan lain sekalipun di dalam Islam dianggap amalan yang paling tinggi kedudukannya di samping mempunyai hikmahnya tersendiri. Selain dari mendapat ganjaran pahala dan rahmatnya kita juga beroleh kebajikan dan sekali gus membantu pesakit yang benar-benar memerlukannya.
Menurut Dr. Syeikh Yusuf Qaradhawi seorang cendekiawan Islam terbilang dari Mesir, menderma darah merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah, kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa manusia lain tanpa mengira batasan agama (Muslim ataupun tidak). Ia adalah satu tindakan yang mana kebaikannya telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya di dalam al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud; “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” (Al-Maidah : ayat 32).
Dari sudut kesihatan pula, sebenarnya menderma darah merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang berkeupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, ia seterusnya membuatkan tubuh badan berasa lebih segar dan sihat. Pada masa sama, kecekapan badan menggunakan zat besi akan meningkat memandangkan keperluannya penting bagi menghasilkan sel darah merah yang baru. Secara tidak langsung, membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.
Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain.
Prosedur menderma darah:
Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
Mengambil dadah secara suntikan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila beritahu sebelum menderma darah.
Berapa banyak darah yang akan diambil?
Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid folik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru. Proses menderma darah hanya akan mengambil masa antara 7 hingga 10 minit. Bagi Muslimah bekerjaya waktu rehat tengah hari mungkin adalah paling sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk menyumbangkan darah mereka kepada golonga memerlukan
Apa yang perlu dilakukan selepas menderma.
Sekirannya anda mengalami sebarang reaksi seperti berasa pening, pitam, dapatkan bantuan rakan sekerja atau orang terdekat dan terus baring dengan kedua kaki ditinggikan seketika sehingga pulih.
Semoga sumbangan ikhlas anda menderma darah dapat membantu meringankan beban dan penderitaan yang dialami oleh pesakit dan juga keluarganya. Ia secara tidak langsung mewujudkan rasa kasih sayang dan tali persaudaraan sesama insan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai derma darah hubungi Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia atau lawati laman web:www.pdn.gov.my
1 comment:
Maklumat yang baik untuk dikongsi bersama
Post a Comment