Siapa sangka disebalik taman tema Lost World of Tambun (LWOT) yang terkenal di tengah bandaraya Ipoh, Perak sebenarnya menyimpan 1001 rahsia khazanah alam yang tidak diketahui oleh pelancong yang berkunjung waima penduduk tempatan sekalipun. Namun, kesempatan yang diberikan pihak pengurusan LWOT kepada sekumpulan wartawan bagi menyertai kem perkhemahan selama dua hari di sini baru-baru ini memberi peluang kepada kami untuk menerokai keistimewaan yang tidak diketahui itu.
Di sebalik keriangan pengunjung di taman tema yang mengambil masa dua jam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur ini, kami di bawa ke suatu lokasi yang agak terasing dari orang ramai yang dikelilingi pemandangan hijau yang cukup mendamaikan.
macam pelombong jer
Walaupun LWOT didirikan di kawasan yang cukup luas, namun keaslian dan hidupan semula jadi flora dan fauna dilihat masih kekal terpelihara. Peluang meredah hutan yang yang mempunyai permukaan tanah yang agak basah dan licin, mendedahkan kami kepada kekayaan alam tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Rupa-rupanya masih banyak lagi sumber dari bumi kita yang tidak diketahui umum akan khasiatnya.
Ini kerana menurut Wira Ismail selaku ketua ekspedisi ini, ada di antara sumber dari hutan ini dikenal pasti boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit ringan terutama untuk kesiahatan wanita.
Sebenarnya kawasan Tambun, Perak ini turut dikelilingi oleh gunung dan gua batu kapur yang telah pun berusia lebih 400 juta tahun. Ia antara gua batu kapur yang masih berdiriutuh di negeri yang terletak di utara semenanjung Malaysia ini. Terdapat sebuah batu kapur digelar Needle of Tambun yang dianggarkan berketinggian 10 tingkat sebuah bangunan menjadi mercu tanda keajaiban semula jadi LWOT.
Ini kerana menurut Wira Ismail selaku ketua ekspedisi ini, ada di antara sumber dari hutan ini dikenal pasti boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit ringan terutama untuk kesiahatan wanita.
Sebenarnya kawasan Tambun, Perak ini turut dikelilingi oleh gunung dan gua batu kapur yang telah pun berusia lebih 400 juta tahun. Ia antara gua batu kapur yang masih berdiriutuh di negeri yang terletak di utara semenanjung Malaysia ini. Terdapat sebuah batu kapur digelar Needle of Tambun yang dianggarkan berketinggian 10 tingkat sebuah bangunan menjadi mercu tanda keajaiban semula jadi LWOT.
Ekspedisi seterusnya menjelajahi Gua Anak Datok yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia dikatakan antara penempatan awal manusia di zaman pra sejarah. Ini dibuktikan dengan beberapa lukisan purba peninggalan sejarah lampau yang masih kelihatan di dinding gua. Di dalamnya terdapatnya habitat hidupan liar seperti kelawar dan ular( mengikut musim). Menjadi pengalaman manis penulis kerana berkesempatan melihat kelawar lebih dekat dalam sebuah lubang yang di kenal pasti menjadi lokasi pembiakannya.
Walaupun keadaan di dalam gua tidak rata dan agak curam, namun pihak pengurusan menyediakan ruang pendakian yang selamat bagi menjamin keselamatan para pengunjung. Untuk menambah lagi aktiviti ektreme di lokasi ini, sesuai dengan bentuk permukaannya, LWOT bercadang untuk menyediakan aktiviti memanjat gunung batu kapur pada masa akan datang.
Mitos dan realiti
Mata terpesona dengan pelbagai struktur gua yang terbentuk hasil daripada titisan dan aliran air yang mengalir sejak berjuta tahun lamanya. Malah hasil daripada proses ini telah membentuk stalaktit dan stalagmit yang menakjubkan di beberapa sudut gua. Kelihatan beberapa bentuk menarik yang ganjil dan mempunyai keunikan tersendiri seperti tiga batu yang bersaiz sederhana digelar Tiga Adik-beradik Perempuan Stalagmit (3 Sisters Stalagmite).
Selain itu, terdapat kesan tapak kaki yang dikatakan kepunyaan bigfoot di dinding gua. Namun, tidak dapat dipastikan sama ia sekadar mitos mahupun realiti. Walau apapun sejarahnya, ia mungkin menjadi antara salah satu daya tarikan untuk pencinta alam semula jadi khususnya untuk datang menerokai sendiri pengalaman tersebut.
Menurut kajian geologi, kawasan batu kapur yang terletak di Lembah Kinta ini mempunyai kandungan magnesium yang tinggi. Daripadanya dapat menghasilkan kepingan batu marmar yang cantik dan sesuai dijadikan perhiasan. Di dalam gua tersebut juga terdapat kolam air kecil semula jadi yang sangat jernih. Menurut Pengurus Besar LWOT Calvin Ho yang begitu sporting dengan turut menyertai penjelajahan ini berkata, air takungan berkenaan mengandungi banyak garam mineral semula jadi yang sesuai untuk penanaman sayuran seperti taugeh yang menjadi tanaman utama di Ipoh.
Merentasi terowong berair
Perjalanan menempuh Terowong Enam Batu (Six Mile Tunnel) benar-benar menimbulkan suasana teruja kepada semua peserta kerana perlu mengharungi kawasan berair sedalam kira-kira satu meter dengan jarak perjalanan sejauh 700 meter. Yang lucunya, sebelum itu penulis agak gusar apabila diberitahu perlu meredah perjalanan sejauh enam batu berdasarkan nama terowong tersebut, tetapi sebaliknya lega kerana ia hanya sekadar nama lokasi sahaja.
Sebelum itu kami dibekalkan dengan segala kelengkapan keselamatan yang lengkap. Ketika itu kami kelihatan tidak ubah seperti pelombong biji timah amatur dengan lampu suluh kepala dan topi keselamatan. Bezanya, kami mengenakan jaket keselamatan kerana perlu meredahi air sejuk hingga ke paras dada.
Fobia airWalaupun pada mulanya rasa gementar dan agak ‘tertekan’ berendam dalam air, namun perasaan itu mulai lenyap sebaik menikmati permandangan yang sungguh mengasyikan. Sepanjang perjalanan hati tidak henti mengucap pujian kepada Tuhan Maha Pencipta di atas kejadian-Nya yang cukup menakjubkan. Di kiri kanan gua anda akan melihat pembentukan stalagmit dan stalaktit, batu kristal pelbagai warna, batu karang, sususnan kepingan batu yang rapi, dan jika bernasib baik anda mungkin dapat melihat ikan kecil.
Perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam dengan diterangi cahaya lampu suluh yang dipasang pada topi yang dipakai, memberi peluang kepada peserta merasai segala kepayahan yang pernah ditempuh masyarakat zaman dahulu kala. Ini kerana laluan terbabit dipercayai pernah digunakan untuk pelbagai tujuan terutama ketika zaman darurat di negara ini. Namun segala kepayahan dan keletihan yang ditempuh tidak melemahkan semangat kerana semua peserta berasa perlu mengharunginya dan menikmati sepenuhnya segala keindahan peninggalan yang terdapat di laluan terowong berkenaan.
-LWOT dalam kenangan
No comments:
Post a Comment