Saturday, January 5, 2008

Sup penaik selera dan kesihatan

Sup sering disajikan sebagai makanan sampingan ataupun sebagai ‘pembuka selera’ sesebuah hidangan. Namun disebalik peranan tersebut dikatakan sup sebenarnya mengandungi 1001 khasiat yang tersembunyi antaranya mampu dijadikan penawar untuk demam dan sakit urat. Bagi yang ingin jadikan sup sebagai menu berkhasiat untuk keluarga, mari mencuba dan berkongsi resipi hidangan aneka sup menggunakan pelbagai rempah ratus asli Adabi yang punyai rasa tersendiri pastinya berkhasiat lagi menyelerakan.

Note:
Setiap sukatan hidangan sup adalah anggaran untuk 10 hingga 20 orang
Perlu dipastikan sup dihidang pada suhu 60 hingga 70 darjah Celcius untuk mengekalkan keenakan dan mengelakkan ia dari berketul.


1. SUP PEKAT KAMBING
Bahan-bahan:
2 paket pes pekat
12 liter air
Daging kambing
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang

Bahan kisar:
450 gram kentang direbus
20 gram daun bawang
20 gram daun sup
200 gram bawang besar
30 gram bawang putih
2 paket sup bunjut Adabi

Cara menyediakan:

Rebus kesemua bahan B bersama pes sehingga kentang benar-benar empuk.
Kemudian bahan ini dikisar untuk dijadikan pemekat sup. Ketepikan.
Rebus pula daging kambing dan masukkan semula pemekat sup tadi. Masak untuk seketika.
Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.


2. SUP GEARBOX SPECIAL
Bahan-bahan:
200 gram pes sup gearbox special
1 liter air rebusan daging (stok)
Gearbox yang telah direbus
Daun sup
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng

Cara menyediakan:
Masukkan pes ke dalam air rebusan, dan biarkan sehingga mendidih di atas api perlahan
Masukkan gearbox dan biarkan selama lima minit atau sehingga ia mendidih semula.
Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang.

3. SUP EKOR NUSANTARA
Bahan-bahan:
2 kg ekor
4 inci halia
10 gram bawang putih dikisar untuk dijadikan bumbu
5 gram lada putih

177 gram bawang kecil dipotong dadu
1.2 gram buah pelaga
2 gram bunga lawang
80 gram stok ayam
680 gram kentang dipotong dadu
220 gram lobak merah dipotong dadu
12 gram daun sup (bahagian batang)
Daun sup
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng

Cara menyediakan:
Rebus ekor sehingga empuk (anggaran 2 ½ jam). Tos dan ketepikan.
Kemudian rebus 4 liter air dan masukkan rempah (bunga lawang, buah pelaga), kentang dan bumbu yang telah disediakan tadi.
Apabila kentang hampir empuk, masukkan labak merah, stok ayam, bawang kecil dan batang daun sup.
Didihkan air rebusan ini selama 10 minit sebelum sedia untuk dihidangkan.

4.SUP IKAN
Bahan-bahan:
12 gram minyak masak
1 paket sup bunjut ikan Adabi

80 gram bawang kecil
30 gram bawang putih dikisar
15 gram halia
1500 gram air
170 gram kentang (dibelah empat)
600 gram ikan (citarasa sendiri) dipotong kecil
80 gram tomato
30 gram serai (diketuk)
80 gram seleri (dihiris)
Bahan perasa secukupnya
Daun sup
Bawang goreng - dihiris untuk hiasan

Cara menyediakan:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
Masukkan air diikuti kentang dan sup bunjut ikan Adabi
Setelah kentang empuk, masukkan ikan, tomato, serai dan seleri. Masak selama 8 hingga 10 minit sebelum dimasukkan bahan perasa dan kacau seketika.
Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

5.SUP PEKAT TULANG
Bahan-bahan:
2 paket pes pekat
12 liter air
Tulang rusuk
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang

Bahan kisar:
450 gram kentang direbus
20 gram daun bawang
20 gram daun sup semua bahan ini dikisar
200 gram bawang besar
30 gram bawang putih
2 paket sup bunjut Adabi

Cara menyediakan:
Rebus kesemua bahan B bersama pes sehingga kentang benar-benar empuk.
Kemudian bahan ini dikisar untuk dijadikan pemekat sup. Ketepikan.
Rebus pula tulang dan masukkan semula pemekat sup tadi. Masak untuk seketika.
Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

6. SUP WARISAN DAGING
Bahan-bahan:
200 gram pes sup warisan Adabi
1 liter air rebusan daging (stok)
Daging lembu (yang telah direbus dipotong kecil)
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara menyediakan:
Masukkan pes di dalam air rebusan sehingga mendidih dengan api perlahan.
Masukkan daging dan biarkan selama 5 minit atau sehingga ia mendidih semula.
Taburkan hirisan daun bawang dan sup serta bawang goreng apabila hendak dihidang.

7.SUP WARISAN AYAM KAMPUNG
Bahan-bahan:
200 gram pes sup warisan Adabi
1 liter air rebusan ayam (stok)
Ayam kampung (yang telah direbus dan dibuang kulitnya)
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara menyediakan:
Masukkan pes ke dalam air rebusan sehingga mendidih dengan api perlahan.
Masukkan ayam kampung dan biarkan selama 5 minit atau sehingga ia mendidih semula.
Taburkan hirisan daun bawang dan sup serta bawang goreng apabila hendak dihidang.
Pastikan sup dihidang pada suhu 60 hingga 70 darjah Celcius.

No comments: