Saturday, January 5, 2008

Hidangan lazat di Naluri Cafe

“Selain menghidangkan masakan Melayu dan barat yang pastinya memenuhi selera anda, kami di Naluri Café memastikan kehadiran anda akan ‘sambut’ bersama persekitaran premis cukup bersih lagi selesa dan servis terbaik dari meja ke meja pelanggan oleh kakitangan terlatih kami,” kata Ahmad Nazri selaku Pengurus Naluri Café tatkala ditanya keistimewaan kafe yang mula dibuka pada 13 Julai 2007.

Selain itu menurut Ahmad Nazri, kafé yang terletak di tengah pusat bandaraya Shah Alam ini turut menyajikan menu dalam saiz hidangan besar pada harga cukup berpatutan. Pendek kata kunjungan anda menikmati variasi menu di sini amat berbaloi!

Kafe yang baru sahaja berusia setahun jagung ini menyajikan hidangan lazat lagi menyelerakan hasil air tangan daripada chef berpengalaman dari hotel seperti Sirloin steak, set nasi beriani ayam dan daging kambing, mee sup dan sebagainya.

Mengenai minuman, pengunjung harus mencuba ice blended Samba, mangga dan durian belanda. Rasanya memang sedap. Selain itu, ice blended mocha tidak kurang juga enaknya.
Sesekali ingin mencuba kelainan dalam menu harian anda, apa kata datang ke kafé ini sambil menikmati set hidangan lengkap yang bukan sahaja enak berkhasiat tetapi ditawarkan pada harga berpatutan. Didatangkan tiga set menu istimewa antaranya;

Info Naluri Café

Menu istimewa:
Stik sirloin(RM18.80), chicken chop(RM9.80), char kue teow(RM5.50), mi hailam(RM5.50), nasi goreng Naluri(RM5.80), soto ayam(5.80), sup tulang herbal(RM4.80), BBQ chicken(RM11.80), ubi kayu rebus/goreng(RM4.50), mixed salad(RM4.80), cucur ikan bilis(RM4.80), nasi lemak Naluri special (RM5.80), lontong(RM5.80), ice blended Samba(RM5.50), ice blended durian belanda(RM3.50).

Lokasi:
No 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J/9J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor (belakang Hotel Concorde Shah Alam)

Tarikh mula operasi:
13 Julai 2007

Waktu operasi:
11 pagi hingga 12 malam (setiap hari kecuali Jumaat)
4 petang hingga 12 malam (Jumaat)

Keistimewaan:
- Dimiliki sepenuhnya oleh Sinaran Naluri Sdn Bhd
- Café ini mampu memuatkan 75 pelanggan dalam satu-satu masa
- Dekorasi kafé simple dengan konsep moden kontemporari. Hiasan dinding pasti memikat elanggan dengan lukisan bercirikan kesenian Islam.
- Pekerjanya seramai 15 orang dilatih secara profesional oleh tenaga pengajar berpengalaman.
- Menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar wi-fi secara percuma kepada pelanggan.

6 comments:

Anonymous said...

kenapa pekerja anda yang tinggi lampai dan putih itu terlalu sombong? tidak tahu senyum, tidak tahu menyambut tamu atau berterima kasih? sedangkan pelayan2 yang lain semuanya bagus tetapi kerana dia seorang membuatkan saya dan rakan2 tidak ingin lagi mengunjungi restoran anda.
yang dia pandai hanyalah bergayut di handphone sahaja.
tarikan sesebuah restoran bukan hanya terletak pada makanan tetapi juga pada layanan. harap di ambil perhatian.

zaheerah said...

nampaknya anda salah sangka, saya bukanlah owner atau orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pengusaha Naluri Cafe itu..

dari gambaran anda, saya rasa kenal dia, dia kiranya orang yang menguruskan cafe itu, kalau tak silap namanya jack..dengan dialah saya interview ketika membuat food review restoran tersebut..

mungkin dia agak sibuk pada ketika itu, sebab itu dia kurang mesra kot..;)..itu pendapat sayalah, kerana selalunya dia ok..hehehe

apa-apapun terima kasih kerana sudi melayari blog saya..:)

Anonymous said...

assalamualaikum...anda ada tak contact number naluri cafe tersebut?sbb saya igt nak bt reservation utk berbuka puasa...npk tmpt tu mcm menarik....terima kasih...

hakim said...

assalamualaikum..saya berterima kasih kepada semua waiters naluri cafe..layanan anda sangat puas hati..tak rugi saya makan di cafe anda..kalau macam ini hari2 saya akan luanch di cafe anda..makanan anda juga amat sedap..saya suka pelayan lelaki yang baru keje dekat situ..tahu melayan pelanggan dan sikap hormat kepada pelanggan..kalau tak silap saya pelayan itu name pyan...family saya suka akan dengan cara die dan menghormati orang yang lebih tua...

faradila said...

saya pernah makan berbuka puasa di cafe anda..makanan dan layanan anda membuatkan saya tak jemu untuk menunjungi lagi cafe tq

Anonymous said...

third time to this cafe - the food is excellent! Highly recommended!